.“ Awak sayangkan saya ?” soal Adira walaupun dia sudah mengetahui jawapannya .
“ Awak tanya saya beribu kali pun , saya tetap akan jawab sebab saya sangat sayang dan cintakan awak . Saya janji yang saya takkan tinggalkan awak dan sayangkan awak sampai mati .” luah Fariz sepenuh hatinya .
Tapi kini itu hanya kenangan semata - mata . Tiada lagi ungkapan manis yang lahir dari mulut masing - masing . Semuanya kerana kehadiran seorang perempuan yang sentiasa mahu merebut kebahagiaan Adira , Mimi Aqila . Dia tidak pernah puas dengan apa yang sudah dimilikinya . Sehingga dia berjaya memiliki Fariz . Tetapi , hubungannya dengan Fariz bukanlah satu kerelaan , Fariz mempunyai alasan mengapa dia harus menerima Mimi sebagai kekasinya , yang tidak diketahui Adira dan rakan - rakan yang lain .
Adira dihimpit masalah teman - temannya , Zanita yang menjadi semakin liar . Aleesya dipaksa bertunang dengan sepupunya , Zariff . Sedangkan Aleesya mencintai Jeffri dan Zariff mencintai Zaima . Hubungan Athirah dan Harith pula semakin rumit . Tambahan lagi , Mimi Airil , kekasih Zanita yang begitu membencinya .yang sering mencari jalan untuk menghancurkan Adira .
Kehadiran cinta Fikri , sahabat Adira dan Fariz membuatkan hati Adira berbelah bahagi . Cintanya terhadap Fariz masih menggunung , tetapi dirinya juga sudah mula menyayangi Fikri yang selalu prihatin akan dirinya , menjaganya setiap masa dan sering menjadi penghibur ketika berduka . Fikri sangat mencintai Adira walaupun dia tahu Adira sukar untuk menerima dirinya kerana rasa cinta Adira terhadap Fariz sukar dilenyapkan . Akankah cinta Fikri akan terbalas ?
Masihkah ada waktu dan ruang kemaafan buat Fariz yang begitu mencintainya ? Siapakah yang menjadi pendamping hidup Adira untuk selama - lamanya ? Fariz atau Fikri ? Akankah Adira mengecapi kebahagiaannya nanti ?