Popular Posts

Sunday, 4 December 2011

Maafkan Daku ( Bab 1 , Bab 2 , Bab 3 , Bab 4 & Bab 5

Bab 1
Semua pelajar dari Universiti LimKokWing berasa senang hati kerana kaunselor mereka baru sahaja memberitahu tentang Final Year Party yang akan diadakan tidak lama lagi .
Adira sangat gembira kerana dia diberi tanggungjawab untuk menghiburkan para tetamu pada majlis itu nanti . Dia , Aleesya , Zaima , Athirah dan Zanita menjadi ahli jawatankuasa untuk majlis tersebut . Kata orang rezeki  jangan ditolak , Adira , Zaima dan Aleesya ditawarkan menjadi pengacara pada malam majlis tersebut .
Setelah tamat kelas Encik Hakim , Adira terus menuju kafe untuk membasahkan tekak dengan minuman kegemarannya apa lagi kalau bukan cappuccino . Seleranya hampir sama dengan Zaima . Hidup mereka bagaikan tidak lengkap jika tiada cappuccino .
Adira menanti kehadiran temannya , Aleesya dengan penuh kesabaran . Aleesya berjanji mahu bertemu dengannya selepas sahaja kelas tamat . Malangnya , bayang – bayang Aleesya masih belum kelihatan . Dia mengetuk – ngetuk hujung sudu pada cawan minumnya .
Sorry Dira , aku lambat . Tadi aku terpaksa dengar Puan Ainon tu membebel . Kau tahu je lah kalau dia dapat membebel berapa lama .”  Aleesya menjelaskan mengapa dia lambat bertemu dengan Adira .
“ Takpe lah, , dah nasib aku kena tunggu kau sampai setengah jam kat sini sorang – sorangkan . Dahlah , apa kata kau order minum dulu .” Adira menukar topik lain supaya Aleesya tidak membebel keseorangan kerana Adira malas mahu mendengarnya .
Ketika Adira sedang khusyuk menikmati minumannya , dia ternampak satu susuk tubuh yang amat dikenalinya . Adira mengamati wajah itu . Dia segera berjalan menuju ke arah tubuh tersebut dan meninggalkan Aleesya sendirian di meja .
“ Fariz !” Adira terkejut melihat kekasihnya , Fariz yang bersama dengan seorang perempuan yang terlalu asing baginya . Hatinya bagai ditikam tombak yang tajam . Dadanya berombak deras . Air matanya sudah tidak dapat ditahan lagi . Adira hampir saja pengsan apabila melihat kekasih yang amat dicintai selama ini telah curang bersama dengan perempuan lain . Aleesya yang menyedari dirinya ditinggalkan sendirian , lantas menuju ke arah Adira .
Please , let me explain first .” Fariz cuba berterus terang kepada Adira . Mata Aleesya sakit kerana melihat kedekatan kekasih baru Fariz , Mimi Aqila . Matanya bertambah sakit apabila Mimi memeluk tangan Fariz tanpa perasaan bersalah .
“ Cukup ! Awak tak perlu cakap apa – apa lagi . Semuanya sudah jelas . Untuk kali terakhir saya ucapkan  , yang saya amat mencintai awak .” Adira berlalu pergi meninggalkan Fariz yang masih lagi memerlukan belas kasihan dari Adira . Fariz tidak dapat berbuat apa – apa ketika Adira pergi meninggalkannya kerana dirinya ditahan oleh Mimi .
Cinta yang mereka pertahankan semenjak dari bangku sekolah lagi kini punah segalanya . Hubungan percintaan yang dibina selama enam tahun berakhir dengan kecurangan Fariz . Hati Adira amat terluka bagai dihiris dengan pisau belati yang tidak terkata tajamnya .
Aleesya yang kehilangan jejak Adira lantas menelefon Fikri dan Zaima untuk meminta bantuan mereka . Aleesya takut perkara buruk akan terjadi kerana perasaan Adira yang masih berkecamuk .
ZANITA berasa sakit hati kerana Fikri meninggalkan dirinya begitu sahaja setelah mendengar khabar tentang Adira . Kenapalah kau nak sibuk sangat dengan perempuan tu ? desis hatinya . Zanita sentiasa mempunyai perasaan cemburu terhadap Adira apabila rakan – rakannya sering memberi perhatian kepada Adira sedangkan dirinya tidak . Dia teringat kembali saat – saat hubungan persahabatannya dengan Adira mulai renggang .
“ Aku tak kisah kalau kau nak bercinta dengan sesiapa sekalipun , tapi bukan dengan Airil . Dia tu cuma nak rosakkan diri kau je . Aku buat semua ni sebab aku sayangkan kau .” Adira melarang perhubungan Zanita dan Airil kerana dia tidak mahu Zanita terjebak dengan dunia Airil yang penuh dengan kejahatan .
“ Kau tak perlu nak nasihatkan aku . Yang couple dengan Airil tu aku ,dan bukannya kau . Yang rosak tu diri aku , dan bukannya kau . Kau tak perlulah nak sibuk dalam hubungan aku . Aku sayangkan dia . Noktah ! ” Adira tersentap mendengar kata – kata Zanita yang menusuk ke dalam kalbunya .
Adira tidak menyangka nasihatnya disalah ertikan . Adira terpaksa beralah demi sahabat yang dia sayang . Adira berlalu pergi sebelum air matanya jatuh berderai .
Zanita tersentak dari lamunan . Dia melihat Airil datang menuju ke arahnya . Tanpa segan silu , Airil mengucup pipi Zanita di hadapan khalayak ramai . Semua mata yang memandang hanya mampu bergeleng kepala sahaja .
Airil hanya mementingkan nafsunya sahaja . Dia memperalatkan Zanita demi kepentingannya sendiri  . Dia hanya mementingkan hal duniawi sahaja . Tiada yang lain baginya . Zanita boleh memberikan segala – galanya .
ADIRA merenung jauh mengenangkan dirinya yang kini sendirian tanpa pengubat rindunya , Fariz . Dia duduk sendirian di atas bangunan kuliahnya . Di situlah tempat Adira sering meluahkan perasaan jika sedang berduka .
Langit seakan – akan memahami apa yang sedang dialami Adira . Awan mendung mengiringi dukanya bersama . Terimbas kembali saat mereka mulai rasmi menjadi pasangan kekasih .
Adira selera menikmati roti kegemarannya ketika sedang rehat di kantin sekolah . Tiba – tiba terdengar suara Zaima yang memanggilnya dari belakang . Hampir sahaja dirinya mahu tersedak kerana terkejut .
“ Ada apa ni ? Kau ni , aku nak makan pun tak senang lah .” Adira memarahi Zaima yang memanggilnya secara tiba – tiba .
“ Fa…Fa..Fariz !” Zaima cuba untuk berbicara walaupun dia penat berlari untuk mendapatkan Adira .
“ Kenapa dengan kau ni ? Apa kena dengan Fariz ? Yang kau tercungap – cungap macam kena kejar hantu ni kenapa ? ” Bertalu – talu soalan yang keluar dari mulut Adira . Dia sudah mula seperti cacing kepanasan apabila nama Fariz disebut .
“ Fariz dengan Fikri bergaduh ! Dekat belakang sekolah .” Akhirnya tercapai jua hasrat untuk berkata .
Adira tersentak . Tanpa mengendahkan Zaima yang masih penat , dia segera berlari ke belakang sekolah untuk melihat apa yang terjadi . Zaima menyusulnya dari belakang . Rancangan Zaima dan Fikri hampir berjaya , hanya tinggal selangkah lagi untuk maju ke hadapan .
Adira terkejut melihat Fikri dan Fariz saling berbalas serangan . Masing – masing tidak mempedulikan kesakitan yang sedang menimpa mereka .
“ Fariz , Fikri sudah lah ! Korang ni kenapa ?!” Adira meleraikan pergaduhan tersebut . Dia berasa pelik kerana sebelum ini Fikri dan Fariz tidak pernah bergaduh kerana mereka sahabat karib semenjak dari tingkatan satu lagi .
Fariz dan Fikri saling berpandangan . Mereka hampir tergelak melihat sikap Adira yang begitu serius , namun tetap ditahan . Adira masih lagi dalam keadaan bingung . Tiada seorang pun mahu menjawab soalan yang diajukan kepada mereka .
Fikri menepuk bahu Fariz sebelum beredar meninggalkan Fariz dan Adira berduaan . Dia dan Zaima bersembunyi di sebalik tembok yang tidak jauh dari tempat Fariz dan Adira berdiri .
Adira masih lagi mahukan penjelasan . Dia memerlukan jawapan yang masih lagi terkunci rapat di dalam mulut Fariz .
“ Awak sayangkan saya ? ” Tanya Fariz .
Kesabaran Adira mulai hilang . Lain ditanya – lain pula yang dijawab . “ Awak ni kenapa ? Hilang akal ke ? Saya tanya kenapa awak bergaduh dengan Fikri . Bukan soalan ni yang saya nak ! ” Adira meninggikan suaranya .
Senyuman Fariz hilang . Dia tidak pernah melihat Adira marah sebegini . Zaima dan Fikri yang melihat dari jauh juga berasa takut kerana mereka yang merencanakan ini semua .
“ Sebenarnya , saya rancang pergaduhan ni . Bukan salah Fikri or Zaima . Saya nak bersemuka dengan awak secara sendirian . Itu sebablah saya buat macam ni . Saya nak tahu sejauh mana perasaan awak pada saya .” jelas Fariz .
“ What ! Jangan jadi gilalah Fariz . Awak ingat saya ni apa ? Barang permainan awak ke ? Awak sengaja buat saya risau tak tentu pasal .” gertak Adira . Kemarahannya sudah tidak dapat dibendung lagi. Adira berlalu pergi meninggalkan Fariz .
Fariz buntu apabila melihat Adira meninggalkannya . Zaima dan Fikri memberi isyarat kepada Fariz untuk mengejar Adira yang berlari ke arah taman sekolah . Fariz nekad untuk meluahkan segalanya kepada Adira .
“ Adira tunggu dulu !” Fariz memberhentikan langkah Adira yang mahu menjauhi dirinya .
“ Saya tahu awak marahkan saya . Saya minta maaf . Sebenarnya saya dah pun sukakan awak semenjak dari tingkatan empat lagi . Walaupun kita dah lama kawan ,tapi saya tetap tak boleh nak luahkan perasaan saya pada awak . Awak berbeza dari perempuan – perempuan yang saya kenal dalam sekolah ni .” luah Fariz .
Adira tersentak saat Fariz mengungkapkan kata – katanya . Adira yang juga mempunyai perasaan yang sama terhadap Fariz juga tidak tahu untuk membalas semula . Dia tidak menyangka kalau cintanya tidak bertepuk sebelah tangan .
“ Saya cuma nak tahu jawapan dari mulut awak je . Saya terima apa pun jawapan awak nanti .” tambah Fariz lagi . Dia tidak mahu mendesak Adira , lalu berganjak pergi dari situ .
“ Awak , nanti dulu .” Adira memberhentikan langkah Fariz .
“ Saya pun sukakan awak sejak dari dulu lagi . Tapi saya takut nak cakap . Awakkan ramai peminat . Lagipun saya tak nak perasan sendiri . Saya marahkan awak tadi pun sebab saya risaukan awak . Saya tak nak terjadi apa – apa pada awak .” Adira menghela nafas panjang setelah mengungkapkan apa yang dipendam selama ini .
“ Betul ke ?” Fariz meminta kepastian dari Adira sendiri . Adira mengangguk setuju . Setelah mendengar jawapan Adira , Fariz melompat gembira kerana Adira menerimanya . Untung pada waktu tiada sesiapa pun yang melewati taman tersebut melainkan Zaima dan Fikri yang memerhati mereka dari jauh .
Mereka saling bertatapan . Fikri dan Zaima datang menghampiri . Zaima memohon maaf kepada Adira kerana bersubahat dengan rancangan ‘jahat’ Fariz .  Mereka ketawa riang . Semenjak dari kejadian itu , Adira dan Fariz telah pun menjadi pasangan kekasih .
Adira tersenyum sendirian . Air mata yang menitis ke pipinya juga sudah kering . Kini , segala memori indahnya bersama Fariz hanya akan terkubur bersama perasaannya . Adira tidak menyedari jam telah pun menunjukkan pukul enam petang . Dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah kerana tidak mahu rakan – rakan mengkhuatiri akan keadaannya .
ATHIRAH menghempaskan tubuhnya ke sofa lembut berwarna merah kegemarannya . Dia baru sahaja pulang dari bertemu kekasihnya Harith . Wajah Athirah kusut seperti ada masalah yang menimpa dirinya .
Zaima menghulurkan segelas air kepada Athirah yang kepenatan. “ Apa pulak kali ni ? ” Zaima dapat menghidu masalah yang menimpa Athirah . Dia yakin kalau mereka hanya bertengkar tentang masalah kecil dan mempunyai jalan penyelesaian .
“ Kau macam tak kenal Harith tu ! Dah lah cemburu tak tentu pasal , lepas tu boleh lagi dia tuduh aku mesej dengan Izwan . Kau pun tahu aku ni jenis macam manakan ? ” Athirah melepaskan amarahnya .
Harith dan Athirah memang sering bertengkar walaupun masalah kecil . Mereka sudah menjalin hubungan sudah semenjak dari sekolah lagi . Memang sudah menjadi asam garam orang bercinta . Pasangan suami isteri yang hidup bersama sepuluh tahun pun boleh bercerai , inikan pula pasangan kekasih walaupun sudah hampir sembilan tahun bersama .
“ Sudahlah tu . Daripada kau terus marah – marah macam ni lebih baik kau pergi mandi , rehat kat atas . Tenang sikit fikiran kau .” nasihat Zaima .
Athirah mengangguk faham . “ Aku dah tahu cerita pasal Adira . Esya telefon aku siang tadi .” Tiba – tiba dia teringatkan Adira .
Zaima hanya mendiamkan  diri . Dia mengenangkan perasaan Adira selepas menerima hal ini . Pasti dirinya dibayangi Fariz setiap masa . Kenapa kau buat dia macam tu Fariz ? kata Zaima dalam hati .
“ Fariz ni pun satu , kalau dah tak nak dekat Adira janganlah buat dia macam tu . Mengaku je lah pada Adira daripada dia rahsia – rahsia .” leter Athirah . Dia memang tidak boleh menerima jika rakan – rakannya diperbodohkan oleh orang lain .
“ Cukuplah Athirah , kau marah macam ni pun , bukannya Fariz yang dengar tapi aku pulak yang terkena !” Zaima penat mendengar omelan Athirah yang tidak sudah – sudah semenjak pulang tadi .
Athirah akur dengan permintaan Zaima . Sebaik sahaja dia mahu melangkahkan kaki ke anak tangga , dia dan Zaima terdengar pintu kereta ditutup dari luar rumah . Cepat – cepat Zaima membuka pintu untuk mengetahui siapa yang pulang .
Zaima lega apabila dihadapannya berdiri seseorang yang dinanti semenjak dari petang tadi . Adira pulang dengan wajahnya yang sugul . Mata Adira bengkak kerana terlalu banyak menangis hanya kerana seorang lelaki yang bernama Fariz .
Athirah dan Zaima memeluk erat Adira . Mereka memahami apa yang sedang ditanggung rakannya sekarang . Malam itu menjadi malam yang sayu ditemani dengan hujan lebat serta guruh berdentum .
FIKRI dan Jeffri bergerak menuju ke bilik persalinan untuk menggantikan baju yang basah dek kerana peluh  di tubuh mereka . Mereka berdua baru sahaja selesai bermain tenis . Memang itu adat Fikri dan Jeffri , jika ada kelapangan pasti mereka akan melakukan aktiviti tersebut .
Fikri melepaskan lelah penatnya setelah hampir satu jam bermain di bawah mentari yang tidak terkata panasnya . Beruntung Fikri kerana dia tinggal di negara Malaysia yang beriklim khatulistiwa , jika berada di gurun Sahara pasti dia sudah mati kepanasan .
Ketika hendak menukar pakaian , Fariz menjengah masuk untuk tujuan yang sama . Fikri memandang tepat ke arah mata Fariz . Panahan mata Fikri membuatkan Fariz membatalkan niatnya untuk menegur Fikri . Jeffri hanya melihat tingkah laku mereka berdua .
Wajah Fikri jelas menampakkan sikapnya yang marah dengan tindakan Fariz yang menyakiti perasaan Adira . Tanpa menghiraukan Fariz , Fikri segera mengajak Jeffri berlalu pergi ke kafe supaya hatinya tidak sakit melihat sahabatnya yang satu itu .
Fariz membiarkan sahaja . Dia tahu kalau Fikri amat marah setelah mengetahui perkara yang terjadi antara dirinya dan Adira . Jauh di sudut hatinya , masih terselit perasaan sayang kepada Adira . Tapi entah mengapa , apabila dia bersama Mimi kuasa vetonya sebagai seorang lelaki hilang entah ke mana . Fariz sendiri tidak mampu menjawab soalan tersebut .
“ So , apa langkah kau sekarang ?” Jeffri memulakan perbualan kerana ingin meredakan kemarahan sahabatnya itu .
“ Langkah apa ?” soal Fikri semula .
“ Kau dengan Adira lah . Aku rasa ini peluang terbaik kau untuk meneruskan niat kau yang tergantung dulu tu .” jelas Jeffri .
“ Kau ingat aku gelojoh sangat ke , sabarlah dulu . Aku sebenarnya tak nak paksa Adira sayangkan aku , sebab aku tahu sayang dia pada Fariz tu terlalu tinggi . Aku rasa biarlah masa yang menentukan . Kalau takdir menentukan InsyaAllah , kalau tak , takde lah .” Fikri menegaskan kata – katanya .
“ Relakslah bro , aku tahu lah kau macam mana . Walau apa pun , aku tetap support kau , okey ? ” Jeffri mengerti perasaan sahabatnya . Dia tahu kalau Fikri tidak akan pernah memaksa dalam sesuatu hal yang melibatkan persahabatan .
“ Semalam aku ada call Alessya , dia cakap yang Adira balik dekat pukul sembilan malam . Aku ingat petang ni nak pergi rumah Adira , bolehkan ?” kata Fikri sambil meneguk sebotol air mineral .
Fikri dan Jeffri tidak ada masalah untuk ke rumah Adira kerana dia tinggal berlima bersama Zaima dan teman rapatnya yang lain . Tambahan pula , rumah orang tua Adira tidak jauh dari petempatan mereka  .
Jeffri memanfaatkan peluang untuk bertemu dengan kekasih hatinya , Aleesya , untuk mengubat rindunya tidak bertemu di kuliah kerana Aleesya tidak mempunyai kelas . “ No hal , bro .” ungkap Jeffri .
ADIRA memandang jauh ke langit yang indah dengan kurniaan Tuhan . Gambarnya bersama dengan Fariz digenggam erat . Adira hanya dibelenggu kesedihan yang mendalam . Foto Fariz ditatap dengan penuh kedukaan . Mengapa semuanya berakhir dengan kesedihan ? Kenapa awak tinggalkan saya Fariz ? soal Adira dalam hati .
Air matanya menits ke foto Fariz . Seandainya Fariz mendengar segala rintihan Adira pasti hatinya luluh dan tidak akan meninggalkan kekasih hatinya yang telah bertaut selama enam tahun . Adira mengoyakkan gambar itu dengan hati yang sakit , lalu melemparkannya ke udara .
Adira berazam untuk berusaha melupakan Fariz meski dia tahu itu adalah perkara yang paling berat untuk ditunaikan . Sayang dan cintanya kepada Fariz tetap tidak akan berubah walaupun seketika .
Aleesya pergi kepada Adira yang berdiri di balkoni rumah sendirian . Dia begitu kasihan akan nasib sahabatnya itu . Aleesya berusaha memujuk Adira untuk menjadi seperti dahulu . Seorang yang ceria dan murah dengan senyuman .
“ Adira sudahlah tu , aku tahu ini semua berat untuk kau lalui , tapi aku tahu yang kau kuat . Aku nak Adira yang dulu , Adira yang aku kenal . Kalau memang Fariz bukan takdir kau , mungkin ada orang yang lebih baik dari dia .” pujuk Aleesya .
“ Aku minta maaf Esya . Disebabkan masalah aku , kau dan yang lain yang susah . Aku dah buat keputusan , yang aku akan berusaha melupakan Fariz .” bicara Adira dalam nada sendunya .
“ Kenapa kau nak minta maaf ? Kau tak salah Dira , yang salah adalah Fariz . Dia yang sepatutnya minta maaf pada kau . Kau tahu tak yang Fikri tu tak sudah – sudah telefon aku semalam . Dia telefon aku semata – mata nak tahu keadaan kau . Aku rasa dia yang paling risaukan kau kot .” tambah Aleesya .
Adira tersenyum mendengar kata – kata Aleesya . Dia perlu mengucapkan terima kasih kepada Fikri kerana merisaukan dirinya .
Aleesya gembira melihat Adira tersenyum kembali . Dia memeluk erat Adira yang sedikit telah melupakan masalahnya .
“ Terima kasih Esya , kau banyak dorong aku . Itulah sebabnya aku sayangkan kau . Sekali lagi aku minta maaf sebab banyak menyusahkan kau . Kau memang best friend forever aku .” kata Adira pula .
“ Kenapa kau suka sangat minta maaf . Ini bukan hari raya lah kakak . Lepas ni aku tak nak kau minta maaf kalau kau tak buat salah .” omel Aleesya . Mereka tergelak sesama sendiri .
 Aleesya sangat berharap agar hubungan persahabatan antara dirinya , Adira , Zaima dan Athirah akan kekal sampai bila – bila . Nama Zanita sedikit pun tidak terlintas di hatinya . Zanita satu – satunya rakan yang tidak diharapkan untuk bersama dengan dirinya . Aleesya sudah muak dengan perangai Zanita yang jelik .

Bab 2
Zanitatersedar dari tidur nyenyak di sebuah bilik yang terlalu asing baginya . Dia menyedari bahawa dirinya tidak berpakaian dan hanya ditutupi selimut tebal . Aku kat mana ni ? Soalan pertama yang keluar dari kotak fikiran Zanita .
Dia melihat seseorang yang amat dikenali berada di sampingnya . Airil masih enak dibuai mimpi walaupun cahaya mentari sudah menembusi tirai bilik mereka . Zanita terus menjarakkan dirinya ke sudut katil milik Airil .
Dia diselubungi ketakutan . Zanita tidak ingat apa yang terjadi antara dirinya dan Airil malam tadi . Zanita melihat sendiri tubuhnya yang tidak mempunyai seurat benang yang menutupi tubuhnya . Dia menangis dalam penuh kekesalan .
Airil terjaga dari tidurnya . Dia mendapati Zanita tersedu – sedan di sudut katilnya . Dia segera menghampiri Zanita tetapi dihalang .
What you have done ?!” teriak Zanita dalam tangisnya .
“ Sayang , please let me explain .I’m really really sorry . I didn’t mean it . I swear !” pujuk Airil sambil merapati tubuh Zanita .
No , you’re liar !”  Zanita masih tidak percaya dengan kata – kata Airil .
Shut up ! Can you please listen to me first !” Airil menggertak Zanita . Zanita terdiam kerana Airil tidak pernah meninggikan suara ke arahnya .
Okey , I minta maaf . Seriously , I memang tak ada maksud apa – apa . I memang tak sedar apa yang terjadi malam tadi . Malam tadi kita sama – sama mabuk . I bawa you balik ke rumah sebab nak bagi you rehat dulu . Tapi I tak sangka sampai jadi macam ni .” jelas Airil .
Zanita memikirkan kata – kata Airil . Ada benar juga kata kekasihnya . Zanita dan Airil telah keluar bersama ke sebuah kelab malam yang terkenal di Kuala Lumpur . Mereka berdua terlalu seronok berhibur mendengar muzik yang melalaikan dan minum air syaitan sehingga membawa mereka ke lembah neraka .
“ I janji yang I akan jaga you dan tetap sayangkan you walau apa pun yang terjadi .” tambah Airil lagi .
“ You’re promise ?” Zanita menyoal Airil untuk memastikan kesetiaanya . Airil mengangguk dengan senyuman .
Sekali lagi Zanita mempercayai Airil . Airil tersenyum puas apatah lagi Zanita terus memeluk Airil setelah mendengar jawapan yang meyakinkan darinya . Airil tahu Zanita akan sentiasa bersamanya walau apa jua keadaan sekalipun kerana Zanita mudah terpedaya denga kata – katanya .
Zanita mengajak Airil untuk menghantarnya pulang ke rumah sekaligus melupakan hal yang terjadi di antara mereka .
ATHIRAH berehat sambil menikmati minuman coklat kegemarannya . Selang beberapa minit dia terdengar bunyi enjin kereta yang berhenti di hadapan rumahnya . Lantas dia melihat ke arah tingkap untuk mengetahui siapa yang pulang .
Hatinya mula panas apabila melihat Zanita yang baru pulang bersama Airil . Dia menuruni anak tangga dengan pantas untuk mendapatkan Zanita .
“ Apa jawapan kau pulak kali ni ?” tanya Athirah sambil menyandarkan tubuhnya ke dinding .
Zanita memandang tepat pada Athirah . Dia malas mahu menjawab soalan yang tidak penting baginya .
Athirah kesal kerana pertanyaan tidak dilayan . Dia menyentap tangan Zanita yang mahu naik ke tingkat ke atas .
“ Apa ni ? Lepaslah ! Hey ,aku malas nak jawab soalan kau . Boleh tak kalau satu hari kau tak perlu nak sibuk urusan aku !” tempik Zanita sambil melepaskan tangannya dari genggaman Athirah .
“ Kalau ini tak berkaitan dengan Adira , aku pun tak ingin nak ambil tahu pasal diri kau lah ! Kau dengar sini , Adira tu seharian risau pasal kau sebab tak balik – balik daripada semalam . Aku cuma tanya ke mana kau pergi sampai tengahari ni kau baru balik ! Kau merewang ke mana dengan Airil !” Athirah memberi tamparan hebat kepada Zanita . Kata – katanya menusuk ke hati Zanita .
Hampir sahaja Zanita mahu menampar wajah Athirah . Namun dia masih mampu mengawal perasaanya . “ Kau cakap dengan Adira yang dia tak perlu nak sibuk urusan aku ! Dan kau jangan nak fikir diri kau tu bagus sangat . Aku malas nak dengar kau membebel .” tengking Zanita pula . Dia terus memajukan langkahnya naik ke bilik daripada terus mendengar bebelan Athirah yang masih belum berhenti .
Athirah yang masih berada di bawah amat kesal dengan sikap Zanita . Kalau bukan kerana Adira , pasti dia sudah meninggalkan rumah itu . Jujur di hatinya , Athirah sudah tidak tahan dengan sikap Zanita yang tidak pernah mahu mendengar nasihat .
“ OKEY , kelas kita tamat di sini . Kalau tiada apa – apa masalah pastikan assignment anda semua siap sebelum dateline .” Puan Rozie memberi arahan kepada para pelajarnya sebelum beransur keluar dari dewan kuliah .
“ Adira , aku dah lapar ni . Jom pergi kafe .” pelawa Zaima sambil memasukkan buku – bukunya ke dalam beg .
Zaima menyedari kalau pertanyaannya tidak dilayan . Dia melihat wajah Adira  yang termenung jauh sehingga tidak menyedari bahawa kelas sudah tamat . Zaima menghentak meja dengan kuat sehingga Adira tersedar dari lamunan .
Lecturer panggil aku ke ? Apa soalannya ni ?” Adira mulai kalut kerana tidak memberi kosentrasi yang cukup semasa pensyarah  memberi penerangan di hadapan .
“ Kenapa dengan kau ni ? Dah dekat sepuluh minit kelas habis , tahu tak ? Fikiran kau melayang ke mana ni ?” Zaima memarahi sahabatnya yang sering termenung di dalam kelas . Sudah hampir dua minggu Adira bersikap demikian . Sehinggakan pensyarahnya hampir perasan akan perubahan sikap Adira .
Adira mengeluh panjang . “ Aku minta maaf . Aku memang tak boleh nak focus bila ingatkan….” Kata – kata Adira terhenti apabila Zaima cepat memintas .
“ Dah , Aku tak nak dengar drama sedih kau . Nanti aku nangis siapa yang susah ? Kau juga . Dira… aku lapar ni , jom pergi kafe .” Zaima menukar topik perbualan supaya Adira tidak terlalu memikirkan masalahnya .
Adira menuruti kata temannya . Dia dan Zaima menjadi orang terakhir yang keluar dari dewan kuliah . Zaima berjalan di lobi sambil mendengar mp3 miliknya . Dia terlalu khusyuk mendengar sehingga tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya .
Adira mengeluarkan telefon bimbitnya untuk membaca mesej yang baru masuk sebentar tadi . Dia melihat siapa pengirimnya . Adira tersenyum .
‘ Kau free tak hari ni ? Kalau boleh aku nak ajak kau main tenis petang ni . Kalau jadi , aku jumpa kau pukul 4 petang okey .’
Adira segera membalas mesej tersebut . Dia setuju untuk main tenis bersama Fikri . Adira sangat menghargai Fikri yang sering mengambil berat tentang dirinya . Baginya , Fikri memang seorang lelaki yang baik .
Zaima melihat Adira yang tersenyum sendirian . “ Kau ni kenapa ? Tadi bukan main moody lagi , sekarang tersenyum pulak . Aku tak fahamlah dengan perasaan kau .” Zaima berasa hairan dengan perubahan sikap Adira secara drastik .
Zaima segera mengambil telefon yang berada di tangan Adira . Kini , dia tahu mengapa Adira kembali ceria . Ini semua kerana Fikri .
“ Untung kau kan ? Dulu Fariz , sekarang ni Fikri pulak . Ada je orang yang sentiasa caring pasal kau . Aku ni ? Entah sampai bilalah nak macam ni .” kini wajah Zaima pula yang berubah . Dia teringat akan seseorang yang pernah menjadi teman di hatinya suatu ketika dahulu .
“ Apalah kau ni  . Aku dengan Fikri tu kan kawan je . Bukannya apa pun . Kau jangan risaulah , petang ni mesti aku ajak kau sekali . Takkan lah aku nak main dengan dia je .” Adira menafikan kata – kata Zaima . Adira segera mengajak Zaima ke kafe kerana dia tahu apa yang sedang difikirkannya saat ini .
ALEESYA hanya mendiamkan diri di sepanjang perjalanan . Jeffri kehairanan dengan sikap Aleesya yang tiba – tiba senyap . Mereka keluar untuk makan tengahari dan berjalan – jalan di Cyberjaya .
“ Esya , awak okey ke ? Kenapa hari ni awak diam je ? Awak tak suka saya ajak keluar ke ?” Jeffri menduga .
“ Eh , mana ada . Pernah ke saya complain bila awak bawa saya jalan – jalan . Saya cuma terfikir kenapa Fariz sanggup buat macam tu pada Adira . Awak takkan buat saya macam tu kan ?” Aleesya mengeluh panjang .
Jeffri memberhentikan keretanya di bahu jalan sebaik sahaja mendengar soalan Aleesya . Dia berasa tergugat kerana Aleesya masih meragui kesetiaannya . Jeffri menatap serius wajah Aleesya .
“ Kenapa awak tak percayakan saya ? Saya bersungguh – sungguh sayangkan awak .” kata Jeffri dengan nada serius .
“ Jujur saya cakap ,saya masih takut dengan hubungan kita . Masih terlalu awal untuk awak cakap yang awak terlalu sayangkan saya . Tahun ni adalah tahun akhir saya sebelum saya menuju ke cita – cita saya . Saya tak nak hubungan kita merosakkan cita – cita dan impian saya and the most important is I don’t want to be like Adira .” jawab Aleesya sambil menatap wajah kekasihnya dengan penuh ketenangan .
Buat pertama kalinya Aleesya meyakini perasaannya . Jeffri adalah lelaki pertama yang berjaya mencuri hatinya . Bukan tiada yang mahu tetapi Aleesya yang menolak demi menumpukan masa depannya . Bagi Aleesya , Jeffri memang seorang lelaki yang baik walaupun masih terlalu awal untuk mengatakannya .
“ Saya tahu memang terlalu awal untuk saya ungkapkan kata – kata ini . Saya berharap sangat kalau hubungan kita akan kekal sampai bila – bila . Cinta kita takkan menghalang masa depan awak sebab awak sendiri tahu prinsip hidup saya bagaimanakan ? Saya akan buktikan kalau saya betul – betul mencintai awak .” luah Jeffri .
Aleesya mendengar jawapan Jeffri dengan penuh yakin . Kini , dia tahu kalau dia tidak salah mencintai lelaki sebaik Jeffri . Mata mereka saling bertatapan . Aleesya meminta Jeffri meneruskan perjalanan mereka ke sebuah restoran di Cyberjaya untuk menikmati makan tengahari . Lagu Di Saat Aku Mencintaimu mengiringi perjalanan mereka .
“ SAYA tengok Zanita dah berubah sangat perangai dia . Awak tak ada nak cuba untuk nasihatkan dia ke ?” pertanyaan Jeffri membuatkan Aleesya hampir tersedak ketika sedang menyuapkan kek coklat ke dalam mulutnya .
“ Awak boleh tak jangan sebut nama dia bila saya tengah makan , sakit telinga saya bila dengar nama Zanita .” Aleesya tiba – tiba meninggikan suaranya kepada Jeffri dan membuatkan riak wajah Jeffri berubah serta – merta .
“ Yang awak nak tinggikan suara pada saya ni kenapa ?! Saya tak tahu apa masalah awak dengan Zanita ! Kalau tak nak jawab sudah , awak tak perlu nak tengking – tengking  !” Kali ni Jeffri pula yang menempik ke arah Aleesya .
Para pelanggan di restoran itu mulai seronok melihat drama yang dipertontonkan oleh Aleesya dan Jeffri . Aleesya menahan malunya apabila dilihat sedemikian . Pipi mulusnya berubah merah padam . Tambahan lagi , Jeffri terus beredar ke kereta dan meninggalkan Aleesya terkontang – kanting sendirian . Jeffri tidak mengerti mengapa Aleesya naik angin bila berbicara tentang Zanita .
Aleesya serba salah kerana telah menengking Jeffri tanpa alasan yang kukuh . Dia sendiri tidak berniat untuk bersikap seperti itu kepada Jeffri . Aleesya memberanikan diri untuk menatap Jeffri yang masih sakit hati dengan sikapnya.
“ Saya minta maaf , saya tak ada maksud pun nak marah awak tadi . Saya tahu saya salah , saya tak patut lepaskan marah saya pada awak tadi . Saya marahkan Zanita , itu sebablah saya tak sengaja marah awak bila awak sebut nama dia .” kata Aleesya dengan nada terketar – ketar .
Jeffri menatap mata Aleesya yang jelas kelihatan takut dan bersalah . Baru dia tahu mengapa Aleesya berubah sikap apabila bercakap tentang Zanita . Dalam hati kecil Jeffri ketawa melihat Aleesya yang begitu ketakutan untuk menyatakan maafnya . Namun , wajahnya masih tidak berhenti berkerut .
“ Kalau awak marahkan dia sekalipun , tak perlulah sampai nak tinggikan suara pada saya . Saya bukannya Zanita .” kata Jeffri sambil mengalihkan pandangannya ke arah burung – burung yang hinggap di dahan yang terletak di hadapan parkir keretanya . Jeffri seakan – akan merajuk dengan kekasihnya .
Kepala otak Aleesya ligat berfikir mencari cara untuk memujuk Jeffri . “ Awak sudahlah tu , saya betul – betul minta maaf . Saya memang tak sengaja marah awak . Okey , saya janji akan buat apa sahaja yang awak mahu asalkan awak maafkan saya .” rayu Aleesya yang tampak gelisah .
Jeffri tersenyum kecil . Aleesya menyedari senyuman dari wajah Jeffri . Aleesya tahu sejauh mana Jeffri memarahinya, Jeffri tetap akan memaafkannya . Jeffri kembali menatap mata Aleesya . Jeffri menerima maaf Aleesya dan Aleesya senang .
“ Tapi , ada satu perkara yang awak kena lakukan . Tadi awakkan dah janji .” kata Jeffri sambil tangannya mencuit hidung mancung milik Aleesya .
“ Hemm , iyalah . Saya tahu sangat perangai awak tu . Lagipun sayakan dah janji . Saya mestilah kena buat , nanti berdosa .” terang Aleesya seperti seorang ustazah .
Jeffri ketawa besar . Akhirnya Aleesya terkena . Aleesya hairan melihat Jeffri yang seperti ‘ orang bahagia ’ . Cepat benar sikap Jeffri berubah . Tadi bukan main lagi tinggalkan aku seorang di sana . Desis Aleesya dalam hati .
“ Awak dah terkena ! Aleesya Qaisara yang tersayang , tak mungkinlah ‘abang’ nak suruh Esya buat sesuatu baru ‘abang’ nak maafkan…” Aleesya hampir sahaja mahu muntah apabila Jeffri menggelar dirinya ‘ abang’ . Mujur Aleesya masih bisa menahan loyanya jika tidak pasti baju Jeffri yang terkena sasarannya .
“ Eee , sejak bila awak pandai menggatal ni ? Abanglah , sayanglah . Sudah , jom kita balik .” ungkap Aleesya . Satu cubitan telah mengenai bahu Jeffri .
Jeffri menurut permintaan Aleesya . Walau seberat mana kesalahan Aleesya padanya , Jeffri tetap akan memaafkannya kerana tidak mahu Aleesya pergi jauh dari hidupnya .
ADIRA dan Zaima datang tepat jam empat petang . Mata mereka meliar mencari keberadaan Fikri di setiap penjuru gelanggang tenis .
Fikri begitu sabar menanti Adira di gelanggang walaupun cuaca agak panas . Dia melihat jam tangannya yang berjenama G-shock yang menjadi trend remaja masa kini . Baru pukul empat , sekejap lagi sampai lah tu . Katanya dalam hati .
Fikri tidak menyedari kalau Adira sudah berada di belakangnya . Zaima berbisik kepada Adira untuk memberitahu sesuatu . Adira tertawa kecil . Mereka berniat untuk mengejutkan Fikri dari belakang .
Adira mengambil sehelai bulu burung yang terselit pada begnya lalu mencuit leher Fikri . Fikri masih lagi tidak menyedari kehadiran Adira . Dia khusyuk bermain game di iPhone 4 dan menganggap kalau cuitan itu hanya seekor serangga yang hinggap di lehernya .
Kali ini Zaima pula tidak berpuas hati kerana Fikri tidak memberikan sebarang respon terhadap cuitan Adira . Dia mencuit sekali lagi leher Fikri sehingga Fikri terasa geli . Tetapi tetap juga tidak diendahkan . Mana pergi touch receptor dia ni ? Marah Zaima dalam hati .
Mereka berdua tidak menyedari kalau Fikri mahu menghantar pesanan ringkas kepada Adira . FIkri terkejut apabila mendengar nada dering yang berdekatan dengannya . Adira turut terkejut kerana merasai getaran pada poket seluarnya .
Fikri segera menoleh ke belakang dan terkejut kalau Adira sudah berada di hadapan mata . “ Jadi , koranglah yang tak habis – habis cuit aku tadi .” Fikri sudah  menduga pasti yang mencuitnya sebentar tadi adalah mereka berdua .
Fikri mengejar Adira yang sudah berlari keliling gelanggang kerana mahu menghindari diri dari Fikri yang mahu membalas dendam . Zaima pula terlompat – lompat seperti pasukan sorak yang memberi semangat kepada pemain bolasepak .
Hampir sepuluh minit mereka hanya menghabiskan masa dengan berkejaran keliling gelanggang tenis . Fikri dan Adira duduk berlunjur kerana kepenatan . Zaima menghulurkan kain tuala dan air kepada mereka . Mereka duduk di bawah sebuah pondok yang tersedia khas untuk para pemain tenis berehat .
“ Orang datang sini nak main tenis . Bukan berkejaran macam korang ni .” Zaima menudingkan jari ke arah Fikri dan Adira .
“ Entah kenapa , hari ni aku rasa seronok sangat . Mungkin sebab aku dapat luangkan masa dengan korang kot .” kata Adira dengan nada ceria .
Fikri memerhatikan sikap Adira . Dia berasa senang kerana Adira gembira . Sudah lama Fikri tidak melihat Adira seceria hari ini . Mungkin Adira sedikit telah melupai bekas kekasihnya , Fariz . Kenapa aku tiba – tiba fikirkan Fariz ? Fikri teringatkan sahabatnya yang sudah lama tidak bertegur sapa walaupun tinggal sebumbung .
Fikri mengeluh . “ Sejahat mana pun apa yang Fariz dah buat . Kau kena ingat , dia tetap sahabat kau . Jangan kerana hal macam ni kau nak putuskan persahabatan yang berharga . Ingat Fik , air dicincang tidak akan putus .” kata – kata Jeffri terngiang – ngiang di luar kotak fikirannya .
Adira dan Zaima menyedarkan Fikri yang termenung sebentar tadi . “ Tak payah lah main tenis , aku rasa korang berlari tadi pun dah penat . Kita lepak kejap di kafe , lepas tu baliklah , boleh ?” ucap Zaima yang jelas tidak tahan dengan matahari yang memanahi cahaya panas kepadanya .
Dia tidak dapat membayangkan jika matahari berada sejengkal di atas kepala ketika berada di padang Masyar nanti seperti yang dikatakan oleh ustazahnya semasa di zaman sekolah dahulu . Kata – kata itu berada teguh di hatinya .
Fikri dan Adira setuju dengan rancangan Zaima . Mereka tidak menyangka perancangan mahu bermain tenis bersama bertukar menjadi suatu tragedi yang sangat menghiburkan hati . Mereka berjalan bersama menuju ke kafe .








Bab 3
Fariz mengambil keputusan untuk pulang ke rumah setelah jam di tangan menunjukkan tepat pukul lapan malam . Sudah seharian dia menemani Mimi di rumah bersama dengan teman – teman perempuan Mimi yang tidak kenal erti bosan .
Mimi membiarkan sahaja Fariz berganjak keluar dari pintu rumah . Dia masih lagi ketawa bersama teman - temannya sehingga alpa dengan dunia yang hanya sementara . Kekasih apakah seperti itu ? Tidak mengendahkan Fariz yang mahu pulang .
Ketika di dalam kereta , Fariz memandu dengan penuh kebosanan . Radio di keretanya tidak dihidupkan . Tiba – tiba wajah Adira masuk ke ruang fikirannya .
Fikirannya serabut apabila memikirkan bekas kekasihnya . Dia tidak tahu mengapa dirinya boleh mencintai Mimi . Sedangkan , Adira jauh lebih baik dari Mimi . Mimi seorang yang sangat suka bersosial tetapi Adira tidak . Adira hanya akan keluar bersama kenalan rapatnya sahaja .
“Apa yang aku dah buat ? Kenapa aku tak boleh laksanakan janji aku pada Adira ? Kau memang bodoh Fariz !” Fariz memarahi dirinya . Dia menghentak sikunya pada cermin tingkap kereta . Mujur tidak pecah . Fariz teringat kembali saat dia mengungkap janjinya pada Adira .
“ Awak cantikkan bintang tu ?” kata Adira sambil menikmati permandangan pada waktu malam di sebuah taman tasik di Putrajaya .
“ Yep , cantik macam awak .” ujar Fariz pula . Dia sempat mencuit pipi mulus Adira .
Adira memukul bahu Fariz . Dia tidak menyukai Fariz melakukan sedemikian . “ Ini yang saya tak suka . Selagi kita tak ada apa – apa ikatan , awak jangan berani nak sentuh saya , okey .” rungut Adira .
Fariz ketawa . Dia suka melihat Adira merajuk kerana wajah Adira kelihatan comel . “ Itulah sebabnya saya makin sayangkan awak .” katanya sambil memandang Adira.
“ Walaupun dah hampir enam tahun awak jadi teman hati saya , awak tetap jaga diri .” tambah Fariz lagi .
Adira kembali dengan senyuman . Memang itulah kelemahan Adira . Dia tidak mampu merajuk dengan Fariz terlalu lama kerana akhirnya dia sendiri akan mulai bicara .
“ Awak sayangkan saya ?” soal Adira walaupun dia sudah mengetahui jawapannya .
“ Awak tanya saya beribu kali pun , saya tetap akan jawab sebab saya sangat sayang dan cintakan awak . Saya janji yang saya takkan tinggalkan awak dan sayangkan awak sampai mati .” luah Fariz sepenuh hatinya .
Adira terdiam sejenak . Dia tidak menyangka sebegitu sayangnya Fariz pada dirinya . “ Kenapa tiba - tiba sebut perkataan mati ni ? Saya tak suka lah . Saya tahu awak cintakan saya . Saya rasa beruntung sangat sebab dapat bersama dengan awak .”
Malam itu , mereka ditemani dengan cahaya bintang malam yang cantik . Adira dan Fariz sangat beruntung kerana tinggal di Bumi Allah yang begitu indah .
Fariz tersentak dari lamunan . Cepat – cepat dia memadamkan memori indah ketika bersama Adira . Kini semua itu hanya menjadi kenangan yang indah buat Fariz . Salahnya juga kerana meninggalkan Adira . Tanpa semua orang tahu , Fariz mempunyai seribu satu sebab mengapa dia meninggalkan Adira dan bersama dengan Mimi .
FIKRI menghulurkan air kepada Jeffri yang lagi menyiapkan assignment yang diberikan  oleh pensyarahnya . Wajah penat jelas kelihatan pada Jeffri . Fikri mahu membantu ,tetapi dia sendiri perlu menyiapkan assignmentnya sendiri .
“ Seronok ke main tenis dengan kekasih hati siang tadi ?” soal Jeffri sebagai pembuka bicara .
“ Main tenis apa , aku penat berkejar dengan dia adalah . Aku punyalah tunggu dia , tup tup , dia main cuit – cuit belakang aku . Apalagi , aku pun kejar lah .” Fikri berseloroh .
“ Dah macam filem Hindustan aku dengar . Eh , dah nak pukul sembilan ni . Kau nak makan apa – apa tak ? Aku ingat nak beli makanan sekejap . Laparlah .” kata Jeffri sambil menggosok perutnya yang sudah berkeroncong .
“ Kau belikan aku nasi goreng lah .” pinta Fikri .
Jeffri mengemas dahulu bahan kerja yang berselerak di atas meja makan . Dia tidak mahu kelihatan bersepah jika hendak keluar rumah . Jeffri seorang yang sangat mementingkan kekemasan .
“ Kau jangan lupa belikan makanan untuk Fariz sekali .” tiba – tiba Fikri menyebut nama Fariz . Jeffri yang mendengarnya terpaku sebentar . Fikri sudah memaafkan Fariz ke ? Kalau dulu bukan main lagi tak ambil kisah . Desis hatinya .
Tidak lama selepas Jeffri keluar , Fariz sampai di rumah . Fariz masuk ke dalam dan melihat Fikri sedang sibuk menyiapkan assignment . Fariz sangat berharap agar Fikri dapat memaafkan dirinya .
Tanpa menegur Fikri ,Fariz segera ke bilik untuk membersihkan dirinya . Fariz tahu kalau Fikri masih berat untuk memaafkan dirinya .
Fikri sedar kalau Fariz memerhatikan dirinya sebelum naik ke bilik . “ Kejam sangat ke aku ni ? Ya Allah ,  maafkan aku.”  Fikri berkata dengan perlahan . Terbit rasa bersalah di hatinya kerana terlalu menghukum Fariz .
ADIRA melihat Zanita turun dari tangga degan memakai pakaian yang begitu menjolok mata . Zanita mengenakan sehelai baju tanpa lengan dan skirt paras pahanya . Adira hanya menggelengkan kepala . Pakaian Zanita mampu membuatkan nafsu lelaki membuak – buak untuk mendekatinya .
“ Kau nak pergi mana malam – malam ni ? Cuba lah melekat dekat rumah sekali . Ini tak , ada sahaja tempat kau nak pergi .” nasihat Adira
“ Aku bosanlah duduk rumah. Kau tak payahlah nak sibuk aku nak ke mana . Lambat ke cepat ke , aku balik juga kan ? ” bentak Zanita .
Athirah yang lagi menonton televisyen berasa sakit hati melihat layanan Adira yang begitu lembut terhadap Zanita .
“ Kau nak ke mana ?” tanya Adira .
“ Mana lagi , keluar dengan Airil lah . Sudahlah , Airil dah sampai tu . Nanti aku lambat .” kata Zanita . Dia berlalu pergi meninggalkan Adira .
“ Cubalah sekali kau jangan berlembut dengan dia . Aku penat tahu tak tengok dia layan kau macam tu .” tegas Athirah .
Aleesya yang sedang membancuh minuman di dapur juga setuju dengan kata – kata Athirah . Dari jauh Aleesya melihat Adira begitu berat untuk menunjukkan kemarahan yang telah berkurun lama tersimpan di dalam hati .
“ Aku bukan apa Irah , kalau aku marah , kau marah , Esya marah , semuanya marah , siapa yang nak jadi pendamai ? Aku tak nak hilang kawan aku .” keluh Adira .
“ Kalau kau simpan marah kau pun tak guna jugakan ? Kalaulah Zaima dengar ni , mesti dia pun marahkan kau .” kata Athirah . Zaima tidak menyertai perbualan mereka kerana sudah tidur akibat terlalu penat menyiapkan assignment pada petang tadi .
“ Suatu hari kau kena bersuara juga . Kalau dibiarkan , sama juga kau tak sayangkan dia . Memang kita kena berlembut , tapi adakala mesti kena tempatnya .” nasihat Aleesya saling tidak tumpah seperti seorang pakar motivasi terkenal .
Adira terdiam seketika . Ada benarnya juga kata Athirah dan Aleesya . Dirinya sudah terlalu banyak berlembut dengan Zanita . Wajar sahaja kalau Athirah dan Aleesya menasihatinya supaya berkeras dengan Zanita dalam sesetengah perkara .  Aku salah atau mereka yang salah ? katanya di dalam hati .
FARIZ mendaratkan tubuhnya di atas katil yang bercorak sederhana . Di sisinya terlihat sebuah gambar Adira yang masih berada di atas laci katilnya . Fariz mengusap foto tersebut , seolah – olah dia membelai Adira .
“ Maafkan saya , Adira .” ucap Fariz . Dia hanya mampu berkata- kata di hadapan foto Adira . Lamunan Fariz terhenti apabila mendengar pintu biliknya diketuk .
Fariz membuka pintu dan terkejut kerana Fikri berada di hapadan pintunya . Di hatinya cuma satu , Fikri datang untuk meluahkan rasa marahnya yang terpendam selama ini . Tapi sangkaanya salah apabila Fikri mengajaknya untuk makan bersama – sama .
“ Jom makan , tadi Jeffri dah beli kat luar . Aku tahu kau belum makan .” kata Fikri dengan wajah selamba . Dia segera memalingkan tubuhnya ke arah tangga untuk turun ke bawah .
“ Fik , aku nak minta maaf dengan kau . Aku sedar yang aku memang salah . Aku tak patut buat Adira macam tu . Kau boleh nak tumbuk aku , sepak aku , tapi satu je aku minta , tolong maafkan aku .” mohon Fariz . Terserlah wajah kesalnya .
“ Aku pun minta maaf juga pada kau sebab aku terlalu menghukum kau . Padahal kau tak buat salah apa pun pada aku .” ucap Fikri pula . Dia meraup wajahnya yang tampak gelisah kerana niatnya memang mahu berbaik semula dengan Fariz .
“ Kau tak perlu minta maaf sebab apa yang kau buat tu betul .” tambah Fariz lagi .
“ Aku nak kau tahu , sampai bila – bila pun kau tetap sahabat aku . Kau dan Jeffri lah satu – satunya sahabat yang terbaik buat aku .” ujar Fikri .
Mereka saling berpelukan . Fariz begitu gembira kerana dia mendapat kembali sahabatnya yang dulu . Tanpa mereka sedari , Jeffri memerhatikan mereka dari tangga . Jeffri adalah orang yang paling bahagia sedunia kerana baru melihat sebuah persahabatan bertaut kembali .
“ Kalau nak berpeluk pun ajaklah aku sekali .” Jeffri datang menghampiri mereka . Fariz dan Fikri meleraikan pelukan mereka .
“ Terima kasih Jeffri sebab kau banyak sedarkan aku dalam hal ni . Kalau tak kerana kau mungkin aku masih keras kepala untuk maafkan Fariz .” kata Fikri .
“ Sudahlah , aku dah tak nak dengar cerita sedih korang ni . Jom kita makan , nanti sejuk tak sedap . Dah penat – penat aku masak untuk korang tau .” tambah Jeffri . Dia ingin cepat – cepat menamatkan episod duka mereka kerana perutnya sudah kelaparan .
“ Banyaklah kau punya masak . Nak suruh potong bawang pun menangis , ada hati nak masak nasi goreng . Cakap je lah yang kau beli dekat kedai mamak depan sana tu ha .” Fikri berseloroh.
“ Hish kau ni , aku baru nak berlagak . Bagi la aku chance sikit .” rungut Jeffri . Fariz tertawa melihat lawak jenaka Jeffri . Mereka turun bersama – sama untuk menikmati makanan yang telah dibeli Jeffri  sebentar tadi .
Fariz berasa lega kerana semuanya sudah kembali seperti sediakala . Fariz berharap agar tidak akan berulang lagi kesilapannya .
“ HELLO , mama..! ” Aleesya bersorak gembira apabila mendengar suara ibunya setelah sekian lama tinggal di Australia .
“ Ya sayang , kamu macam mana kat sana ?” kata mamanya mengubat kerinduan .
“ Esya ok ma , kat sini .”
“ Mama nak beritahu yang hujung minggu ni Mama dan Papa balik Malaysia .”
“ Ya ke …Esya tak sabar nak peluk Mama dan Papa .”
“ Oh ya , satu lagi , sepupu kamu Zariff akan ikut Mama sekali balik ke sana .Ingat lagi tak Zariff ?”
Aleesya terpinga – pinga semasa Mamanya menyebut tentang Zariff . Sudah lama benar dia tidak bertemu dengan Zariff . Kali terakhir mereka bertemu ketika Zariff berada di tingkatan 5 dan mahu berangkat ke Australia untuk meneruskan pelajaran di sana .
“ InsyaAllah , Esya ingat . Lagipun last time Esya jumpa dia masa form 5 .But , Esya tahu lah macam mana muka dia sekarang .” kata Esya dengan yakin .
“ Okey sayang , Mama rasa cukup sampai sini dulu . Sebab Mama nak masakkan makan malam untuk Papa kamu .” kata Mamanya sebelum menamatkan panggilan . Aleesya menitipkan salam buat Papanya yang tercinta . Dia sudah tidak sabar untuk bertemu dengan ibu bapanya setelah hampir tiga bulan menetap di Australia .
“ Tersenyum lebar nampak .” sindir Adira  .
“ Macam mana aku tak senyum lebar kalau family aku nak balik sini .” kata Aleesya dengan gembira .
So, kau balik rumahlah hujung minggu ni ?” Athirah mencelah .
Aleesya mengangguk benar . “ Hmm , kau ingat lagi tak Zariff ?” Aleesya mengajukan soalan kepada Adira .
Athirah dan Adira saling berpandangan . “ Maksud kau Tengku Zariff Addli ?” jawab mereka berdua serentak .
“ Apahal dengan korang ni ? Macam dengar orang meninggal pula ?” soal Aleesya kehairanan .
“ Tak adalah apa , cuma kita orang nak pastikan je betul atau tak .” jelas Adira .
“ Kenapa pula kau tiba –tiba bangkitkan pasal dia pula ni ? Mamat tu kan dah lama tinggalkan Malaysia . Dah dekat lima tahun , kita semua tak dengar berita pasal dia . Entah hidup lagi ke , entah tidak .” ujar Athirah tanpa mengendahkan kata – katanya .
Aleesya menggelengkan kepala . “ Korang je yang tak dengar apa – apa . Aku setiap tahun dengar cerita pasal dia .” katanya dalam hati . Aleesya tersenyum kecil . Semenjak dari zaman sekolah , hubungan persaudaraan antara Aleesya dan Zariff dirahsiakan . Mereka tidak mahu diberi layanan istimewa kerana gelaran yang mereka punya iaitu Tengku .
Aleesya mahu hidup seperti rakan – rakannya . Begitu juga dengan Zariff . Ibu bapa mereka telah mendidik supaya jangan meninggi diri . Ingatan itu sentiasa berada di dalam diri Tengku Zariff Addli dan Aleesya atau nama sebenarnya Tengku Aleesya Qaisara .
ATHIRAH  dan Aleesya lagi berbincang di balik tirai pentas dewan untuk menyemak status PA system sebelum digunakan untuk malam party yang akan diadakan tidak kurang dari dua bulan . Sebagai ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab , mereka perlu memastikan supaya segalanya peralatan berada dalam keadaan baik dari semasa ke semasa .
Adira dan Zaima pula sibuk mempersiapkan diri dengan latihan nyanyian bersama dengan Puan Amani . Mereka diberi penghargaan untuk bernyanyi pada malam reunion dan kebudayaan itu nanti . Aleesya dan Athirah juga turut terlibat dalam nyanyian tersebut .
Itulah rutin mereka jika tiada kelas atau kelas tamat . Mereka akan berlatih dan mempersiapkan segala peralatan yang diperlukan untuk malam tersebut . Tidak lupa juga kepada Fikri dan Jeffri , mereka turut membanting tulang dalam persiapan ini.
“ Maaf Puan , saya perlu minta izin pulang awal hari ini ,sebab saya nak jemput  family di KLIA . Mereka baru balik dari Australia .” pinta Aleesya sambil mengerling ke arah jam tangan Guessnya yang menunjukkan tepat jam 12.30 tengahari .
“ Baiklah , terima kasih sebab kamu sudi membantu saya hari ini . Nanti kirim salam pada orang tua kamu , ya .” kata Puan Amani dengan lemah lembut .
Aleesya mengucapkan selamat tinggal kepada teman – temannya terlebih dahulu sebelum bergerak menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA) .
“  Family dia balik hari ni ke ? Aku tak tahu pun .” soal Zaima .
“ Macam mana kau nak tahu kalau asyik sibuk je . Dalam minggu ni sahaja aku dah boleh kira berapa kali sangat kau lepak dengan kita orang .” ujar Fikri .
“ Takkan sampai macam tu sekali . Alahai , aku tahulah sejak akhir – akhir ni aku sibuk sikit . Banyak assignment nak kena buat . Kalau macam Adira tak apalah , dia tak ada kerja sangat . Aku ni , sekejap sini panggillah ,lepas tu sanalah . Penat tau .” Zaima mulai merajuk .
“ Aik , apasal pulak nama aku terbabit sekali ni ?” gurau Adira .
Zaima sudah menunjukkan muncungnya yang boleh diikat . Dia pura – pura merajuk dengan Fikri yang sering menyakiti hatinya . Fikri datang menghampiri Zaima . Dia memujuk sahabatnya bersungguh – sungguh .
“ Ima ,janganlah merajuk . Takkan I cakap tadi pun you nak marah .” lagak Fikri seperti seorang pondan yang bertauliah .
Zaima menepis tangan Fikri yang hampir memeluk bahunya . Dia hampir tergelak apabila melihat aksi Fikri tetapi tetap juga ditahan .
Fikri berusaha sekali lagi memujuk Zaima . Kali ini dia berlagak seperti biasa . “ Zaima ,sudahlah tu . Aku penatlah nak ikut kau sana sini . Aku gurau je tadi , takkan kau ambil hati . Takkan kau tak kenal lagi kawan kau ni macam mana .” rayu Fikri .
Zaima masih lagi mendiamkan diri . Sesuatu yang tidak diduga telah dilakukan oleh Fikri . Semua yang berada di dalam dewan itu turut terkejut . Termasuk Puan Amani .
“ Sudikah dikau maafkan kesalahanku ?” kata Fikri sambil berlutut di hadapan Zaima . Muka Zaima bertukar merah padam apabila Fikri berbuat demikian . Dia segera meminta Fikri berdiri semula tetapi Fikri tidak mahu kerana Zaima masih belum mengucapkan kata maaf .
“ Sudahlah tu Fikri , kau tak perlulah sampai macam ni . Okey ,okey . Aku maafkan. Dah bangun cepat.Kau tak malu ke Puan Amani tengok ?” pohon Zaima .
Fikri mulai berperangai seperti biasa . Jeffri dan Athirah tidak henti – henti ketawa melihat cara Fikri memohon maaf kepada Zaima .
Ku terpedaya dengan kata – kata cintamu . Ku diberikan kebahagiaan sepenuhnya .Sehingga tiba saat itu ,aku mengetahui bahawa diriku hanya boneka semata – mata . Hatiku hancur punah melihat kamu berada di sisi yang lain .Kenapa dirimu memperlakukan begitu kejam kepada diriku ini ? Apakah dosaku padamu ? Hatiku begitu luluh melihat engkau membiarkan aku tenggelam dalam perasaanku sendiri . Kini aku mengerti , diriku tidaklah secantik mana .Budi bahasaku tidak seindah suasana . Yang aku punya hanyalah cinta yang indah darimu . Cinta yang kononnya menjanjikan kebahagiaan . Tapi apakan daya , hanya penderitaan yang aku alami .Wajahku tidak seperti yang engkau idamkan . Diriku bukanlah pilihan hatimu . Kini , aku tidak mengharapkan apa - apa dari dirimu lagi. Kerana aku tahu , engkau tidak akan mempedulikan diriku yang telah dibuang jauh dari hidupmu ini . Tapi hanya satu yang aku mahu kau tahu , seumur hidup aku akan menantikan cintamu , seumur hidup akanku berikan cintaku kepadamu . Sayang dan cintaku hanyalah untukmu .’
Aleesya menitiskan air matanya ketika membaca coretan perasaan dari sebuah akhbar . Maknanya begitu mendalam sehingga meninggalkan impak dihatinya . “ Ya Allah , aku bermohon padamu agar Engkau pelihara cintaku yang tulus ini . Aku amat mencintai  Jeffri .” rintih Aleesya dalam doanya .
Setelah hampir sepuluh minit Aleesya menunggu keluarganya di ruang legar KLIA , dia terlihat sebuah keluarga yang melambaikan tangan ke arahnya . “ Itu mesti Mama dan Papa .” teriaknya di dalam hati .
Aleesya menyambut kepulangan Mama dan Papanya dengan penuh kegembiraan . Dia terlihat seorang lelaki yang berdiri tepat di hadapannya . Wajahnya dikenal pasti . Aleesya terkejut melihat wajah yang amat dikenali . Terasa mahu rebah bila berhadapan dengannya .

Bab 4
“ Mama gembira dapat balik sini . Mama dah lama tak jumpa Adira , dia macam mana ?” soal Puan Azira tentang rakan – rakan anaknya , Aleesya .
“ Dia sihat yang lain pun sihat . Dia happy tau masa dapat tahu Mama nak balik sini . Biasalah , Adirakan dah anggap Mama macam ibu dia juga .” jelas Aleesya .
“ Mama dan Papa ada perkara nak bincang dengan kamu dan Zariff .” kata Puan Azira .
“ Alahai Mama ni , kalau nak bincang nanti – nanti la dulu . Esya nak luangkan masa dengan Mama . Dah tiga bulan Esya tak peluk Mama macam ni .” balas Aleesya seraya melentokkan tubuhnya pada bahu Puan Azira . Mereka berbual mesra di ruang tamu rumah mereka yang besar dan mewah .
Aleesya seorang anak kepada pemilik hotel yang terkemuka di rantau Asia dan Eropah . Dia dilahirkan dalam keluarga yang sangat kaya . Tambahan lagi , Aleesya adalah anak yang berketurunan raja dari Perak . Oleh demikian , Aleesya diberikan gelaran Tengku .
Zariff senang melihat seorang ibu dan anak berbual mesra . Dia tersenyum sendirian . Ketika itu juga , Puan Azira melihat Zariff yang sedang memeluk tubuh di hadapan tangga . Puan Azira meninggalkan Aleesya dan Zariff di ruang tamu untuk memberi ruang mereka berbual .
“ Ehemm .” Zariff berdehem . Dia masih segan untuk mulai berbicara .
“ Kenapa baru sekarang kau balik ?” soal Aleesya .
“ Aku rasa ini saat untuk aku balik semula pada korang semua .” kata Zariff .
“ Kau jangan merepek la . Kau ingat lagi tak perempuan yang kau tinggalkan lima tahun yang lalu , Perempuan yang mengejar kau sehingga ke KLIA ?” Aleesya berteka – teki dengan Zariff . Dia sebenarnya masih marah terhadap Zariff kerana tindakannya lima tahun yang lalu .
“ Aleesya kau jangan buat aku serba salah macam ni . Aku masih ingat siapa dia , dan sampai sekarang aku masih cintakan dia . Aku tahu aku salah , aku tak patut biarkan dia sendirian di sini .” Zariff akui kesalahannya .
“ Baru sekarang kau mengakui kesalahan kau ? Kau tahu tak dah berapa lama dia tunggu kau ? Dia menangis sebab kau . Kau pentingkan diri !” marah Aleesya . Namun suaranya masih tetap dikawal kerana tidak mahu Mamanya mendengar perbualan di antara mereka .
“ Aku tak pentingkan diri . Waktu tu aku terdesak . Mama Alina dah dapat tahu hubungan aku dan dia . Kalau aku tak tinggalkan dia , aku takut Mama akan buat sesuatu yang di luar jangkaan .” jelas Zariff .
Penjelasan Zariff membuatkan Aleesya terdiam seketika . Dia menatap mata Zariff . Matanya jelas kelihatan bersalah kerana meninggalkan perempuan yang dicintainya .
“ Aku minta maaf . Aku memang tak tahu tentang perkara ni . Aku tak sangka yang Mama Alina akan buat macam tu .” kata Aleesya . Mama Alina adalah ibu kepada Zariff yang kini tinggal di Australia . Aleesya hanya membahasakan ibu saudaranya dengan panggilan Mama Alina .
“ Bukan salah kau . Aku tahu kenapa kau marah pada aku sampai macam ni . Sekarang ni aku balik sini sebab aku nak tebus balik kesalahan aku pada dia dan aku takkan biarkan dia lagi .” ujar Zariff.
Aleesya berlalu pergi meninggalkan Zariff yang lagi menikmati pemandangan pada waktu malam . Aleesya sendiri tidak menyangka sikap keluarganya yang agak keterlaluan . Pasangan hidup mereka akan ditentukan oleh orang tua mereka sendiri . Mungkin ini sebabnya mengapa Zariff terpaksa meninggalkan Malaysia demi keinginan Mama Alina .
“ ESOK kau tak perlulah bawa kereta , Aku jemput kau . Kita pergi sama – sama .” pinta Fikri .
“ Hemm , okey . Kau jangan menyesal nanti .” ujar Adira pula . Mereka berdua meluangkan masa bersama – sama di Midvalley . Fikri dan Adira menghentikan langkah untuk berehat di sebuah kerusi kerana terlalu lama berjalan .
“ Kau sayangkan Fariz lagi ?” Fikri mengeluarkan soalan cepumasnya . Sengaja dia mahu memancing perasaan Adira untuk mengetahui cintanya terhadap Fariz .
Adira diam . Wajahnya berubah menjadi muram . Dia tidak menyangka Fikri akan bertanyakan soalan itu .
“ Aku sayangkan dia lagi . Aku akan tunggu dia .” kata Adira . Nada suaranya bergetar – getar ketika mahu menjawab soalan Fikri .
“ Sampai bila ? Kalau ada orang yang lebih sayangkan kau daripada dia , kau terima tak orang tu ?” tanya Fikri lagi .
“ Sampai mati , mungkin . Aku tak rasa ada orang boleh gantikan dia . Cara dia sayangkan aku berbeza . Itu sebabnya aku masih terkenangkan dia sampai sekarang .” jawab Adira .
Fikri berasa tergugat . Sebegitu besarnya sayang dan cinta Adira kepada Fariz . Mengapa Fariz tidak menyedari tentang ini ? soalnya dalam hati . Fikri berasa lemah dan mahu mengundurkan diri jika dirinya tiada peluang untuk menjadi pengganti Fariz .
“ Kenapa kau tiba – tiba tanya ni ?” tiba- tiba mood Adira berubah .
“ Aku saja je . Yalah , sebagai seorang sahabat kita sepatutnya prihatin sesama sendiri . Aku tak nak lah tengok kau sedih seorang diri . Aku tak suka .” kata Fikri untuk menyembunyikan niat sebenarnya .
“ Ya lah tu , dah malam ni , jom balik nanti kita lambat .” kata Adira setelah melihat jamnya tepat lapan tiga puluh malam .
Fikri mengangguk setuju . Mereka bergerak ke parkir kereta . Hampir satu hari Fikri membawa Adira keluar berjalan – jalan dan membeli – belah di Midvalley .
KEDENGARAN pintu rumah diketuk – ketuk . Zanita yang sendirian di rumah segera melihat dari tingkat atas . Dia terkejut melihat Airil berada di hadapan rumah .
Zanita segera turun ke bawah dan membuka pintu untuk melihat keadaan Airil . Airil berdiri dalam keadaan yang tidak stabil kerana mabuk . Tiba – tiba Airil muntah di hadapan pintu rumah Adira dan rebah tidak sedarkan diri .
Zanita kelam – kabut . Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan pada Airil . Zanita mengambil keputusan untuk membawa Airil masuk ke dalam rumah .
Dia membuka tali leher Airil dan membiarkannya berehat di atas sofa . Zanita berfikir Airil lagi dalam masalah . Dia segera ke dapur untuk membancuh minuman panas buat Airil .
Tidak lama kemudian , Zaima yang baru pulang dari membeli barang masakan pun tiba di rumah . Dia memberhentikan kereta jauh sedikit dari rumah kerana melihat kereta Airil berada di hadapan rumahnya .
Zaima berasa agak aneh kerana sepanjang Zanita bersama dengan Airil , masih belum pernah dia membawa Airil masuk ke dalam rumah . Dia menelefon Adira untuk memberitahu tetapi tidak diangkat . Dia hanya memerhatikan dari jauh untuk mengetahui berapa lama Airil berada bersama dengan Zanita di dalam rumah.
Ketika Zanita sedang membancuh air , dia tidak menyedari kalau Airil berada di belakangnya . Airil memeluk pinggang Zanita dan membuatkan cawan yang dipegang jatuh berderai .
What’s wrong with you ?!” Zanita melepaskan pinggangnya dari pelukan Airil . Airil yang masih lagi dalam keadaan mabuk tidak mengendahkan kata – kata Zanita .
“ I rindu pada you la…” kata Airil .
Airil menggenggam tangan Zanita dengan cukup kuat sehingga Zanita tidak terdaya untuk melepaskan dirinya . Zanita berasa dirinya sudah begitu lemah bila berhadapan dengan Airil .
Zanita masih lagi meronta – ronta untuk melepaskan dirinya apabila Airil mula menjatuhkan tubuhnya ke lantai . Dia tidak mahu Airil meratah dirinya dengan rakus . Zanita cuma bisa berharap agar rakan – rakannya pulang secepat yang mungkin .
Setelah melihat kereta Fikri berhenti di hadapan rumah , Zaima lantas keluar dari keretanya dan mendapatkan Fikri dan Zaima .
“ Kenapa ni ? Apasal kau tak masuk ke dalam rumah ?” soal Fikri kepada Zaima yang masih berdiri di luar rumah .
“ Aku telefon kau kenapa tak dapat ?” soal Zaima pula .
Adira mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangannya dan melihat kalau bateri telefonnya sudah mati . Adira memohon maaf kepada Zaima .
“ Ini kereta siapa ni ? Ima , kau tak jawab lagi soalan aku . Kenapa tak masuk rumah ? Yang engkau pergi tunggu kat dalam kereta tu kenapa ?” soal Fikri lagi yang masih tidak puas hati .
“ Kereta Airil .” jawab Zaima pendek .
Fikri dan Adira saling berpandangan . Mereka baru mengerti mengapa Zaima berat hati untuk masuk ke dalam rumah . Zaima memberitahu kalau dia curiga dengan keberadaan Airil di rumah mereka .
Fikri segera melulu masuk apabila melihat pintu rumah tidak bertutup rapat . Adira dan Zaima memanggil nama Zanita , tetapi tidak disahut . Hati mereka mulai resah kerana takut terjadi apa – apa kepada Zanita .
Fikri melihat seutas tali leher berada di atas sofa milik Adira . “ Ini mesti ada yang tak kena .” desis hatinya . Seketika kemudian , Adira mendengar jeritan Zanita dari arah dapur . Adira memasuki ruang dapur rumahnya dan mendapati Zanita tidak terdaya untuk melawan nafsu Airil yang membuak – buak .
Adira mengambil sebatang kayu besbol yang berada berdekatan dengannya dan mengetuk Airil dari belakang . Airil melepaskan Zanita kerana terkena pukulan Adira sebentar tadi .
Adira mendapatkan Zanita yang lagi menangis ketakutan . Airil yang masih lagi mabuk menyentap tangan Adira dan membuatkan Adira terlepas dari pegangan Zanita .
Zanita didatangi Zaima . Zaima menjerit meminta Airil melepaskan Adira namun tidak diendahkan . Dia tidak berani mendekati Airil kerana takut Airil akan melakukan sesuatu di luar dugaan .
Adira meronta – ronta minta dirinya dilepaskan . Dia sedaya upaya menolak Airil yang cuba memperkosanya tapi tidak berjaya . Fikri yang mendengar teriakan Adira sepantas kilat menuju ke dapur .
Fikri datang menghampiri Airil dan melepaskan satu tumbukan padu ke arah mukanya . Airil terjatuh dan mengerang kesakitan . Fikri segera mendekati Adira yang terduduk di hadapan almari dapurnya . Fikri menatap penuh kasihan . Adira menangis ketakutan melihat keadaan dirinya yang hampir diperkosa .
Kesakitan Airil hanya sebentar , dia melihat Fikri dengan penuh dendam . Airil terlihat sebilah pisau dapur yang tersusun rapi di atas almari . Dia yang seperti hilang akal mengambil pisau tersebut dan menuju  ke Fikri .
Fikri yang bangun menoleh ke arah Airil tiba – tiba terpaku . Suasana menjadi sepi . Tiada lagi tangisan takut Adira dan Zanita . Mata Airil dan Fikri saling bertatapan . Jelas api kemarahan Airil tidak dapat dibendung lagi . Dia melepaskan pisau yang terkena pada perut Fikri . Fikri rebah dan menahan kesakitan .
“ Fikriii!!!” hanya nama Fikri yang mampu keluar dari mulut Adira . Adira menerpa ke arah Fikri yang sudah tidak sedarkan diri .
“ Apa yang kau dah buat !” teriak Adira pada Airil . Dia meletakkan kepala Fikri di atas pehanya dan menahan darah yang mengalir deras  .
Airil tidak menyangka dia mampu melakukan hal sedemikian . Dia mencapai pisau tersebut dan lari meninggalkan mereka berempat .
Zanita dan Zaima segera mendapatkan Fikri yang sedang bertarung nyawa . Zanita membantu Adira memapah Fikri ke kereta dan Zaima segera menghidupkan enjin untuk ke hospital .
Di dalam kereta , Adira sangat berharap Fikri dapat diselamatkan . Air matanya menitis ke wajah Fikri yang lagi dipangkunya .
“ Fik , bangunlah… jangan buat aku macam ni .” Adira meronta .
Zaima yang sedang memandu meminta Adira bersabar dan berdoa agar Fikri tidak apa – apa . Dia menghulurkan telefon bimbit kepada Zanita untuk memberitahu Jeffri tentang apa yang terjadi .
ADIRA sabar menanti kata putus dari doktor yang merawat Fikri . Dia tidak senang duduk setelah Fikri dibawa masuk ke ruang pembedahan . Tangannya diramas – ramas tanda gelisah . Aleesya menenangkan sahabatnya , begitu juga dengan Zaima . Adira beruntung kerana mempunyai rakan – rakan yang begitu setia menemani dirinya .
Zanita yang duduk di hadapan Adira hanya melihat kebaikkan sahabat – sahabatnya apabila bersama Adira . Dia iri hati melihat Aleesya dan Zaima begitu perhatian dengan Adira . “ Ini semua salah kau Adira .Kalau Fikri tak selamatkan kau , perkara ni semua takkan terjadi .” bentaknya di dalam hati .
Aleesya bangun dan menghampiri Jeffri yang lagi bersandar pada dinding . “ Awak dah telefon Fariz ? Dia dah tahu belum pasal Fikri ?” soal Aleesya .
“ Sudah . Mungkin dia dalam perjalanan ke sini . Hemm , ada lebih baik awak bawa Adira pergi berehat dekat bawah . Ajak dia minum ke , asalkan dia tak sedih sangat .” pinta Jeffri . Dia berasa kasihan melihat Adira yang begitu merisaukan keadaan Fikri .
Aleesya mengikut kata – kata Jeffri . Dia segera mengajak Adira turun ke kantin sementara  menunggu Athirah yang masih dalam perjalanan dari rumah . Adira masih keberatan untuk meninggalkan ruangan tersebut . Namun digagahkan juga dirinya untuk menyegarkan diri .
Ketika mereka dalam perjalanan ke kantin , Adira terserempak dengan Fariz yang berlari mencari ruang Fikri dirawat . Mereka berdua saling berpandangan .
Fariz segera mengalihkan pandangannya ke arah jururawat yang duduk di kaunter . Begitu juga dengan Adira . Fariz tidak mampu memandang Adira kerana dirinya akan diburu kekesalan . Adira pula tidak mahu menatap wajah Fariz kerana masih tidak boleh terima tindakan Fariz yang meninggalkan dirinya .
ZARIFF masih terpinga- pinga kerana Aleesya tiba – tiba pergi meninggalkan rumah setelah mendapat panggilan telefon dari seseorang . Dia berniat untuk menelefon Aleesya untuk mengetahui keberadaannya .
“ Aleesya.” kata Zariff tanda memulakan perbualan .
“ Zariff…ingatkan siapa tadi .” jawab Aleesya .
“ Kenapa tiba – tiba tadi keluar rumah ? Ada masalah ke ?” tanya Zariff .
“ Hemm , maaf . Aku tadi bergegas ke hospital . Fikri kena tikam .” jawab Aleesya . Adira yang berada di sebelahnya hanya memandang .
“ What ?! Kenapa kau tak cakap dengan aku ? Aku ke sana sekarang …” kata Zariff dengan nada cemas .
“ Eh , eh , tunggu dulu .” Sebaik sahaja Aleesya mendengar jawapan Zariff , dia segera membantah . Dia teringatkan kata – kata Zariff ketika di rumah . Zariff mahu merahsiakan kepulangannya dari Zaima . Kebetulan juga Zaima masih berada di hospital .
“ Aku rasa kau tak perlu nak datang sini . Sebab Zaima ada . Kau ingatkan apa yang kau beritahu aku tadi .Kalau ada apa – apa hal aku akan cepat beritahu kau .” tambah Aleesya lagi .
Zariff berfikir sejenak . Dia masih belum bersedia untuk bertemu dengan Zaima . “ Hemm , yelah . Aku minta maaf sebab tak boleh temankan kau .” keluh Zariff . Zariff menamatkan panggilan dan menuju ke kamarnya. Dia berharap agar Fikri dapat diselamatkan .
ADIRA dan yang lain sudah menanti keputusan Fikri hampir dua jam . Bapa Fikri , Datuk Amir juga sudah menunggu hampir setengah jam .
Datuk Amir amat cemas saat mengetahui apa yang telah terjadi kepada satu – satu anak lelakinya . Walaupun Datuk Amir sudah berkahwin lain , Fikri tetap diutamakan kerana baginya , Fikri adalah satu – satunya harta paling berharga dalam hidupnya .
Fikri lahir dari keluarga yang mempunyai empayar kapal terbesar di Asia Tenggara dan Russia . Ibu Fikri berasal dari Russia telah meninggal dunia ketika sedang bertarung nyawa untuk melahirkannya . Fikri sudah biasa hidup bersama ayahnya sehingga kehadiran Datin Maria mengubah segalanya .
Di hati Datuk Amir hanya memohon agar anaknya selamat . Datuk Amir merenung ke arah Adira yang tidak berganjak dari jam sembilan malam tadi . Fariz dan Jeffri baru sahaja pulang dari surau selepas menunaikan tanggungjawabnya sebagai orang Islam .
Fariz dan Jeffri tidak henti – henti berdoa di dalam solat mereka akan keselamatan Fikri . Tidak lama kemudian doktor yang merawat Fikri akhirnya keluar dari bilik pembedahan . Adira terlebih dahulu mendapatkan doktor tersebut .
Fariz melihat Adira begitu mengkhuatirkan Fikri . Terlintas di hatinya mengatakan Adira mula menyukai Fikri . Namun , dibuang semula jauh – jauh dari hatinya .
“ Bagaimana keadaan Fikri ?” tanya Fariz dan Adira serentak . Aleesya dan Athirah berpandangan .
“ Bawa bertenang , Alhamdulillah pembedahan berjalan dengan lancar . Fikri selamat . Dalam tempoh 24 jam ini kami akan tempatkan Fikri di ruangan ICU untuk pemantauan yang lebih rapi .”  jelas Doktor Ikhwan .
“ Boleh kami melawat dia ?” soal Adira .
“ Maaf , buat masa sekarang saya sarankan dia berehat dahulu . Kita sama – sama tunggu dia sedar . Kalau ada pun yang mahu menemani Fikri , lebih baik seorang sahaja .” kata Doktor Ikhwan .
“ Saya izinkan Adira untuk menjaga Fikri malam ini .” Datuk Amir mencelah .
Adira terkedu . Dia tidak menyangka kalau Datuk Amir mengizinkan dirinya untuk menemani Fikri . Fariz terlihat sakit hati mendengar pelawaan Datuk Amir . Namun , disimpannya jauh di sudut hati kerana mengenangkan persahabatannya dengan Fikri .
Thank you , uncle .” ucap Adira .
Datuk Amir mengangguk sebelum meminta diri beransur pulang ke rumah . Pemandunya , Razman sedia memberikan khidmat .Adira dan yang lain menghulurkan tangan sebagai tanda hormat mereka kepada orang tua .
Jeffri dan Aleesya juga meminta diri untuk pulang . Mereka berdua turun serentak ke parkir kereta bersama Zanita dan Zaima . Aleesya berpisah dengan Jeffri di parkir kereta kerana dia pulang ke rumah ibunya .








Bab 5
P agi– pagi lagi Adira sudah memasak sarapan yang mahu dibawa ke hospital . Dia memasak makan kegemaran Fikri , nasi goreng untuk menambah selera Fikri . Sudah hampir seminggu Adira berada di hospital . Dia setia menemani Fikri yang telah sedar 15 jam selepas pembedahan beberapa hari yang lalu . Doktor juga tidak menduga kalau Fikri sedar secepat ini . Ini semua ketentuan Ilahi yang menghidupkan dan mematikan kita .
“ Emmww , sedapnya bau . Kau masak untuk akukan ?” ujar Zaima yang baru bangun dari tidur .
“ Hello sis , aku masak ni untuk Fikri okey . Kau nak makan masaklah sendiri .” sindir Adira .
Muka Zaima berubah menjadi cuka . “ Yelah , kau masak untuk Fikri je . Kawan sendiri kau pinggirkan .” rajuk Zaima .
“ Alaa , janganlah merajuk . Aku gurau je . Takkanlah aku nak masakkan untuk Fikri seorang  . Kau tengok nasi ni , banyakkan ? Takkannya Fikri nak menghabiskan sampai satu kuali ni . Dah tentu selebihnya aku masak untuk korang semua .” pujuk Adira .
“ Macam ni lah kawan aku . Janganlah merajuk pasal nasi ni…bila – bila aku boleh masakkan untuk korang .” tambah Adira lagi . Zaima kembali senyum melihat cara Adira memujuknya .
“ Aku mandi dulu lah .” kata Zaima . Adira tersenyum sendiri .
ALEESYA dan Zariff duduk bertentangan di meja makan . Matanya tertunduk ke arah sarapan pagi yang telah disediakan oleh pembantu rumahnya . Zariff hanya memandangnya sahaja .
Tidak lama kemudian Puan Azira dan suami , Tuan Iqbal duduk bersama . Mereka berdua memandang tepat ke arah puterinya yang lagi bermain dengan perasaan sambil memusingkan jari telunjuknya di keliling pinggan .
“ Selepas sarapan , papa nak berbincang sikit dengan Esya dan Zariff .” kata Tuan Iqbal dengan nada serius .
“ Tapi , Esya nak keluar .” balas Aleesya sambil mengangkat mukanya .
“ Mana lebih penting ? Masa depan Esya atau kawan – kawan Esya .” ujar Tuan Iqbal . Nada suaranya membuatkan Aleesya tidak membalas kata – kata ayahnya . Tidak pernah ayahnya meninggikan suaranya seperti ini apalagi berkata sedemikian kepada dirinya .
Kenapa dengan papa ? Apa salah yang aku dah buat ? katanya di dalam hati . Tiba – tiba Aleesya mengadu kesakitan . Dia memandang wajah Zariff . Zariff telah menendang kakinya di bawah meja untuk mengetahui mengapa bapa saudaranya berubah sikap .
Aleesya membalas kembali tendangan Zariff tanda dia tidak mengetahui tujuan sebenar ayahnya . Mata Puan Azira dan Tuan Iqbal hanya melirik ke arah mereka sahaja . Renungan Tuan Iqbal membuatkan Aleesya hilang senyuman .
ADIRA mengunci pintu kereta BMW miliknya rapat – rapat . Dia mahu memastikan supaya keretanya berada dalam selamat . Hatinya begitu gembira kerana dapat menjaga Fikri di hospital hari ini . Senyumannya tidak pernah lekang dari bibirnya semenjak dari dalam perjalanan mahu ke sini lagi .
Adira tidak perasan kalau Fariz juga baru tiba di hospital untuk menjenguk Fikri . Adira berjalan menuju ke lif untuk naik ke tingkat Fikri dirawat . Tidak lama selepas itu Fariz pula masuk ke dalam lif bersebelahan dengan Adira .
 Adira mengetuk pintu bilik Fikri sebelum masuk ke dalam . Selepas Fikri sedar dari komanya , Fikri segera dipindahkan ke wad biasa . Fikri tersenyum melihat kehadiran Adira .
“ Assalamualaikum .” ucap Adira memberi salam .
“ Waalaikumussalam .” Fikri terpana melihat keanggunan Adira mengenakan baju kurung berwarna krim dan sepasang high heels berjenama Guess  .
“ Macam mana hari ini ? Kau dah okey ke ?” soal Adira . Dia kehairanan kerana Fikri tidak henti – henti memandangnya .
“ Fikri … Fikri .” Adira melambaikan tangannya di hadapan wajah Fikri . Fikri tersentak dari lamunannya .
“ Hemm , okey sedikit . Taklah macam semalam … hari ni aku rasa agak sihat sebab ada orang cantik datang hari ni .” Fikri merepek . Adira tidak mendengar dengan jelas sebutan terakhir yang keluar dari mulut Fikri .
“ Apa kau cakap tadi ?” tanya Adira .
“ Tak ada apa – apalah , kau bawa apa hari ini ? Nampak macam sedap .” cepat – cepat Fikri menukar topik perbualan mereka .
“ Hari ini aku bawa nasi goreng kegemaran kau . Mesti kau sukakan ?” ujar Adira .
Tanpa mereka sedari , Fariz melihat kemesraan Adira dan Fikri . Dia yang berdiri di hadapan pintu melihatnya dengan hati yang perit . Begitu cepat Adira melupakan dirinya . Kini Adira kelihatan bahagia bersama Fikri . Rintih hatinya .
Melihat kemesraan mereka , Fariz segera meninggalkan ruangan tersebut . Niatnya terhenti untuk melawat Fariz .
Adira merasa dirinya dan Fikri diperhatikan . Fikri juga turut merasakan hal yang sama . Namun dibiarkan sahaja . Selepas sahaja makan , Doktor Ikhwan yang merawat Fikri masuk ke dalam bilik untuk memeriksa keadaan Fikri .
“ Semakin sihatlah Fikri kalau ada orang macam Cik Adira selalu datang melawat .” ujar Doktor Ikhwan yang datang menghampiri katil Fikri .
“ Ada sahajalah doktor ni . Kalau saya tak ada sekalipun , Fikri tetap boleh sembuh . Yang penting adalah keazaman dan sifat berjuang dalam diri tu mesti ada dalam diri kita .” kata Adira lagak seperti seorang profesor .
“ Oh ya , tadi saya melihat sahabat kamu yang seorang lagi . Kalau tidak silap saya lelaki yang datang membawa buah semalam .” Doktor Ikhwan sempat melihat Fariz yang berdiri lama di pintu bilik Fikri .
“ Maksud doktor , Fariz ?” soal Fikri yang ingin mendapatkan kepastian .
“ Betullah tu ….Hemm , Cik Adira saya minta keluar dulu . Saya ingin melakukan pemeriksaan terhadap Fikri . Sebaik sahaja selesai , saya akan segera memanggil Cik Adira ya .”
Adira keluar dari bilik Fikri dengan perasaan tertanya – tanya . “ Kalau itu memang Fariz ? Kenapa dia tak masuk ke dalam ?” soal Adira sendirian .
Adira sabar menanti di luar bilik . Hari ini dia berniat untuk membawa Fikri keluar berjalan – jalan di sekitar taman di hospital . Menurut buku yang telah dibaca , pesakit bukan sahaja boleh sembuh dengan bantuan perubatan malahan pesakit juga boleh sembuh dengan melihat bunga di sekitar taman kerana bunga membawa erti ketenangan . Ini sedikit sebanyak dapat membantu psikologi pesakit dalam keinginannya untuk sembuh .
ALEESYA runsing memikirkan kata – kata ayahnya pagi tadi . Dia tidak dapat menerima segala ucapan ayahnya yang telah mengundang pertengkaran di antara mereka . Belum pernah Aleesya bertengkar ayahnya sehebat ini .
“ Seperti yang Esya tahu , Zariff ke sini untuk bantu papa untuk menguruskan hotel kita di Kuala Lumpur ini .” kata Tuan Iqbal .
“ So ?” jawab Aleesya pendek .
“ Papa dah bincang dengan Mama Alina , kalau pertunangan kamu berdua akan diadakan setelah Esya tamat pengajiannya di tahun akhir ini .” ujar Tuan Iqbal tanpa berselindung .
“ What !” Aleesya terkejut besar mendengar kata – kata ayahnya . Dia sama sekali tidak dapat menerima keputusan ayahnya yang diaturkan secara mendadak . Zariff juga turut terkejut kerana mamanya tidak pernah memberitahu tentang hal ini . Kemarahannya terhadap mamanya kembali datang menghantui .
“ Tapi kenapa Uncle ? Kenapa Zariff sendiri tak tahu pasal hal ini ?” soal Zariff yang sedikit hilang hormat terhadap bapa saudaranya .
“ It’s not fair , papa ! Sampai hati papa tak bincang dengan Esya dulu . Ini kehidupan Esya dan papa tak boleh nak aturkan hidup Esya . Lagipun Esya dah besar !” bentak Aleesya . Puan Azira tidak dapat berbuat apa – apa melihat pertengkaran bapa dan anak itu .
“ Nak bincang apa lagi ? Papa tahu kamu berdua saling mencintai . Papa dah lihat semua tu semenjak Esya dengan Zariff sekolah lagi .”
“ Uncle , saya dengan Aleesya tak lebih dari seorang kawan . Dan kami tak ada perasaan sesama sendiri . Mama pun tak patut buat saya macam ni sebab saya dah besar . Saya dan Aleesya ada haluan masing – masing . Dari kecil sampai besar saya dan Aleesya memang rapat , tapi kami berdua tak pernah ada perasaan cinta !” Zariff mencelah . Zariff juga menentang habis – habisan tentang pertunangan yang tidak masuk akal ini .
“ Sudah ! Kamu berdua tak perlu nak merepek . Cinta tu boleh beri kamu hidup ke ? Boleh bagi kamu bahagia ke ? Kalau soal cinta , kamu dan Aleesya boleh tanamkannya selepas berkahwin . Apa yang susah sangat ?” kata – kata Tuan Iqbal sudah seperti orang yang tiada perasaan . Dia lansung tidak mengendahkan perasaan anaknya .
“ Esya tak sangka papa macam ni . Papa yang tak pernah mengerti perasaan anaknya . Papa nak tahu apa yang Aleesya faham soal cinta ? Cinta tu boleh beri kita kebahagiaan , ketenangan dan tanpa cinta hanya kegelapan yang akan menghiasi alam perkahwinan , papa ! Aleesya nak tanya satu hal , sepanjang perkahwinan papa dan mama pernah tak mama tinggikan suara ke arah papa ? Aleesya pasti itu tak pernah terjadikan ?” Aleesya merenung mata ayahnya .
“ Papa tahu tak itu semua kerana apa ? Kerana cinta , papa . Mama tak pernah berhenti mencintai papa dan mama menghormati papa .” tambah Aleesya lagi .
“ Maaf uncle kalau saya melampau . Kalau saya tahu perkara ini akan terjadi , saya takkan balik ke sini dan saya akan pastikan pertunangan ni takkan pernah terjadi .” kata Zariff sebelum meninggalkan ruang tamu . Aleesya juga berlari naik ke bilik . Puan Azira tidak dapat menahan kemarahan kedua anak muda itu .
“ Abang fikirkanlah kata – kata Esya dan Zariff tu . Esya tu anak kita dan Zariff pun dah macam anak kita . Abang bacalah isi hati mereka tu baik – baik .” rayu Puan Azira sebelum berlalu meninggalkan suaminya yang masih panas hati dengan kata – kata anaknya .
Aleesya kembali ke alam nyata . Dia dan Zariff berusaha untuk menentang petunangan ini . Tapi akankah papanya dan Mama Alina mengerti tentang semua ini . Aleesya amat mencintai Jeffri  dan Zariff pula begitu mencintai Zaima .
Tidak mungkin Aleesya akan melepaskan Jeffri dan bertunang dengan Zariff atas keinginan papanya . Aleesya tekad untuk berusaha membatalkan perancangan pertunangan ini . Dia mahu mempertahankan cintanya terhadap Jeffri dan Aleesya juga tahu Zariff turut akan melakukan hal yang sama .
FIKRI berasa tenang kerana dapat melihat keindahan alam ciptaan Tuhan yang Maha Berkuasa . “ Terima kasih sebab kau sanggup jaga aku dekat hospital dalam beberapa hari ini .” ucap Fikri .
“ Hey , relakslah aku tak kisah pun . Lagipun aku memang tak ada kelas sampai esok . So , apa salahnya kalau aku nak teman kau .” kata Adira sambil membelek – belek selendangnya .
“ Kau tahu tak , perkara yang paling aku inginkan dalam dunia ni ?” soal Fikri .
“ Apa dia ?” soal Adira pula . Dia penasaran dengan kata – kata Fikri . Adira memberhentikan kerusi roda di kerusi yang terletak di taman itu . Dia memilih tempat yang berhampiran dengan kolam . Adira tertarik dengan ikan – ikan hiasan yang berada di dalam kolam itu .
“ Kalau aku kahwin nanti . Aku nak seorang perempuan yang boleh menemani aku semasa meniti titian siratulmustaqim nanti . Seorang perempuan yang baik dan paling penting bagi aku adalah kejujuran dia terhadap aku  .” jawab Fikri tenang .
“ Kau dah jumpa ke perempuan tu ?” soal Adira lagi .
“ Dah . Aku rasa perempuan tu ada di hadapan mata aku sekarang .” Fikri menatap wajah Adira yang begitu suci dan cantik .
Mata mereka bertemu . Adira lansung tidak mengelipkan matanya . Dia masih menyangka jawapan yang keluar dari mulut Fikri .
Adira segera membuang padangannya ke kolam ikan di hadapannya . “ Ehemm , aku hantar kau masuk biliklah . Lagipun aku ada hal sekejap lagi .” kata Adira yang tidak mahu lebih lama bersama dengan Fikri .
Sepanjang perjalanan ke bilik Fikri , masing – masing mendiamkan diri . Sepatah kata pun tidak keluar dari mulut mereka . Salahkah kata – kata aku tadi ? Soal Fikri di dalam hati .
Betul ke apa yang aku dengar tadi ? Kenapa Fikri cakap macam tu ? Hati Adira turut berkata – kata . Sampai sahaja di dalam bilik , Adira segera meminta diri untuk pulang . Fikri hanya membiarkannya sahaja .
ZARIFF kusut memikirkan masalah keluarganya . Lebih menyakitkan apabila mamanya , Puan Alina akan pulang ke Malaysia untuk pertemuan dua keluarga di antara Zariff dan Aleesya . Otaknya ligat mencari cara supaya pertunangan ini dibatalkan .
Zariff menghitung hari , hanya tinggal tidak kurang dari enam bulan sahaja Aleesya akan menamatkan pengajiannya . Dia keluar dari bilik dan berlari ke bilik Aleesya .
Aleesya tekejut melihat Zariff menyerbu biliknya . “ Aku dah tak boleh tunggu lagi .” ujar Zariff dalam keadaan tercungap – cungap .
“ Tak boleh tunggu apa ?” soal Aleesya kembali .
“ Kau mesti tolong aku Esya , aku nak bertemu dengan Zaima . Walau apa cara sekalipun .” Zariff memegang kedua belah bahu Aleesya . Aleesya sedikit gerun dengan tindakan Zariff .
“ Iya , aku akan tolong kau tapi janganlah pegang bahu aku sampai macam ni . Kau buat aku takut .” kata Aleesya yang ketakutan .
Zariff melepaskan bahu Aleesya . Dia melabuhkan punggungnya di katil Aleesya dan meraup wajahnya yang kelihatan kusut . Aleesya duduk di sebelah Zariff dan menenangkan sepupunya itu .
“ Kau jangan macam ni . Aku tahu kau tak boleh terima pertunangan ni . Aku pun sama . Kita sama – sama akan menentang pertunangan ni . Tapi kau kena bertenang , aku janji akan temukan kau dengan Zaima .” pujuk Aleesya .
Ketika Aleesya dan Zariff sedang berbual . Puan Azira masuk untuk melihat keadaan mereka berdua . Aleesya kelihatan marah dengan mamanya . Zariff meminta izin untuk keluar tetapi dihalang oleh Puan Azira .
“ Mama Azira minta maaf , mama tak terdaya untuk menentang keputusan uncle kamu , Zariff .” kata Puan Azira yang kelihatan kesal . Zariff masih lagi tidak bersuara .
“ Untuk pengetahuan Esya dan Zariff , mama sendiri tak tahu tentang pertunangan ini . Mama cuma tahu kalau papa suka tengok kamu berdua .” tambah Puan Azira lagi .
Puan Azira menggenggam tangan Aleesya dan Zariff yang masih lagi membatukan diri . “ Terserah Esya nak marah pada mama atau tidak . Mama cuma nak Esya dan Zariff tahu yang mama memang tak tahu apa – apa pasal pertunangan ni .” Puan Azira melepaskan tangan mereka .
Ketika Puan Azira mahu keluar dari bilik Aleesya . Zariff telah menahannya . “ Mama , Zariff minta maaf . Zariff tahu Mama Azira cuma tak mahu membantah kata – kata Uncle tadi . Mama Azira tak perlu buat apa – apa . Biar Zariff sendiri akan settle kan masalah ni .” ujar Zariff .
“ Betul tu ,mama . Esya tak marah pun pada mama . Let me be honest to you , mama . Actually , I’ve been fall in love with Jeffri and I love him so much . We’ve been together since last year .” jujur Aleesya tentang hubungannya dengan Jeffri .
Same as me , I already have someone in my life and I want to be with her forever .And I think you know her very much .” jujur Zariff pula .
Puan Azira tersenyum mendengar pengakuan anaknya dan Zariff . “ Do you mean Zaima ?” teka Puan Azira kerana dia pernah melihat Zaima sering bersama dengan Zaima ketika di zaman sekolah dahulu .
Zariff ceria mendengar jawapan Puan Azira . “ Kalau macam tu , lebih baik kamu pergi kejar cinta kamu . Mama takkan beri halangan pada Esya dan Zariff . Mama sayang sangat – sangat dengan kamu berdua .” ujar Puan Zaima seraya memeluk Aleesya dan Zariff .
Sedetik Zariff merasakan kalau Puan Azira adalah ibu kandungnya .  Mamanya , Puan Alina tidak pernah melayannya seperti ini . Puan Alina hanya mahu mengawal kehidupannya sahaja . Dari kecil hinggalah dewasa , segala yang berkaitan dengan Zariff akan ditentukan sendiri .
Puan Alina bersifat angkuh dan tidak seperti adiknya iaitu Puan Azira sendiri yang sering merendah diri .  Disebabkan sikapnya jugalah , Zariff terpaksa meninggalkan Zaima tanpa sebarang alasan .
ADIRA tidak dapat menumpukan perhatiannya ketika sedang memandu kereta . Hampir sahaja dia terlanggar pembahagi jalan . Dia terlalu memikirkan kata – kata Fikri di hospital sebentar tadi .
“ Apa maksud Fikri sebenarnya ? Kenapa dia tujukan pada aku ?” soal Adira sendirian . Dia masih tidak mengerti apa yang tersirat sebenarnya . Adira juga tidak sedar yang Fikri mengakui perasaannya .
Adira menghentikan keretanya di bahu jalan untuk menjawab panggilan telefon . Ada apa pula Athirah call ni ? soalnya di dalam hati .
“ Adira , tolong aku …..” pinta Athirah .
“ Hey , kenapa ni ? Apa dah jadi dengan kau ?” Adira cemas mendengar sahabatnya menangis .
“ Harith…” Athirah tidak mampu untuk berkata apa –apa .
“ Kau kat mana sekarang ?” soal Adira .
“ Aku kat rumah .”
“ Kau tunggu , dalam lima belas minit lagi aku sampai .” Adira menamatkan panggilannya dan segera memecut pulang ke rumah .
Adira tidak lagi memikirkan kata – kata Fikri . Di dalam fikirannya cuma Athirah . Apa yang Harith dah lakukan ? Adira sudah masak dengan masalah Athirah dan Harith . Tetapi Adira menghormati hubungan mereka kerana begitu lama  mereka kukuh bersama .