Popular Posts

Friday, 12 April 2013

Maafkan Daku ( bab 8 )



Bab 8
“ Fariz , kamu ni , nenek tengok asyik termenung je … kamu ada masalah ke ?” soal Mak Nah yang merisaukan cucunya yang semenjak tadi melayan perasaan sambil merenung akuarium ikannya .
“ Tak ada apa lah nek , Fariz cuma terfikir dah lama sangat Fariz tak balik kampung . Kesian nenekkan ?” Fariz cuba memberikan senyuman yang paling manis buat neneknya untuk menyembunyikan perasaaan sebenarnya .
“ Mana boleh tak ada apa – apa . Nenek bukannya kenal kamu setahun dua , dari kecil nenek dah faham benar dengan kamu tu . Kalau dah duduk termenung sorang – sorang maknanya ada masalahlah tu .” ujar Mak Nah yang masih tidak mahu mengalah .
“ Betullah nek , Riz tak ada apa – apa . Masalah apa je yang Fariz ada . Riz duduk dekat akuarium nenek tu sebab dah lama tak tengok ikan nenek . Tu je .” kata Fariz yang berusaha menyembunyikan masalahnya .
“ Sudah – sudahlah kamu nak tutup masalah kamu tu . Kamu ingat nenek ni apa nak tipu – tipu . Nenek tengok kamu pun dah tahu lah . Ni mesti pasal Adira kan .” Mak Nah merenung ke anak mata cucunya yang masih mahu menyembunyikan masalah .
“ Nek , Fariz naik dululah . Fariz nak rehat . Penat .” Fariz tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang soalan yang diajukan neneknya . Fariz tahu kalau dia memang akan dapat menyimpan apa – apa dari neneknya .
Fariz berlari naik ke tingkat atas ruang tamu rumahnya . Mak Nah hanya mampu menggelengkan kepala . Dia tahu Fariz akan berusaha sedaya upaya untuk menyembunyikan masalah daripadanya . Dari kecil Fariz tidak mahu menyusahkan dirinya . Mak Nah sambung memasak untuk makan tengahari .
Ketika Fariz naik ke atas dia terserempak dengan pakciknya , Azman yang menghempas pintu rumah sewaktu masuk tadi . Azman memandang Fariz dengan penuh dendam . Sejak Fariz kecil , Azman memang tidak menyukainya kerana Fariz sentiasa menjadi penghalang untuk dia melakukan sesuatu .
Fariz turut menatap wajah Azman yang sudah tidak terurus kerana setiap hari kerjanya hanya berulang alik ke tempat perjudian dan minum arak . Tidak pernah sekalipun Azman berniat untuk membuka hatinya agar mencari kerja untuk menyara ibunya yang semakin dimamah usia .
Fariz beredar masuk ke bilik kerana dia tidak tahan melihat sikap pakciknya yang tidak pernah berubah . Fariz tidak mahu membuat kekecohan kerana dia baru sahaja tiba di kampungnya malam tadi . Fariz sering juga berkecil hati kerana neneknya tetap mahu menyara pakciknya walaupun sudah dipesan berkali – kali bahawa Azman bukan lagi tanggungjawabnya .
“ Aku tahu dia ada duit , kalau tidak , tak mungkin budak tu balik sini .Mesti dia ada bagi pada Mak …” Azman berkata sendirian . Niatnya untuk mengambil wang ibunya yang telah diberi oleh Fariz untuk membayar hutang kepada kaki judi yang lain .
ADIRA berniat untuk bertemu dengan Fikri ditemani oleh Aleesya . Dia memasukkan makanan kegemaran Fikri ke dalam bekas dengan sempurna .
“ Dira , cepatlah sikit . Dah pukul berapa dah ni , sayang hoi ! ” teriak Aleesya yang sudah pun menunggu di luar pintu rumah mereka .
“ Sabarlah , aku dah nak siapkan ni .Kau ni tak sabar – sabar betullah .” omel Adira dari dalam rumah .
Adira segera menghidupkan enjin kereta dan menuju ke rumah Fikri . Dia tidak mengerti akan dirinya yang terlalu gembira mahu bertemu dengan Fikri . Padahal , dia sendiri yang menyepikan diri dari Fikri dek kerana ucapan Fikri yang sedikit menggugat perasaanya .
“ Yang kau tersenyum sorang – sorang ni kenapa ? Menang loteri ke ?” sindir Aleesya . Wajah Adira kelihatan begitu gembira .
“ Hish , sejak bila pulak aku main loteri ni ?” soal Adira dengan wajahnya yang agak kaget .
“ Tak ada lah , bukan senang tau aku nak tengok kau senyum macam kambing macam hari ni . Ni mesti sebab nak jumpa Fikri kan ? Padan jugak dengan muka kau sebab Fikri merajuk dengan kau .” ujar Aleesya sambil melihat wajahnya ke cermin kecil .
“ Entahlah , aku rasa susah hati bila Fikri tak bercakap dengan aku . Kau tahu je lah kan , Fikri tak pernah berdiam diri dengan aku selama ni .” balas Adira . Dia menumpukan pandangannya ke hadapan supaya pemanduannya tidak tersasar .
“ Aku rasa kau dah mula suka dengan Fikri lah .” Aleesya segera membuat kesimpulan . Dia lega kerana perasaan sayang Adira terhadap Fariz mulai berkurang .
Adira membungkam . Dia sendiri tidak pasti perasaannya kini . Hatinya masih utuh mencintai Fariz , tapi kebaikkan Fikri terhadapnya membuatkan Adira berbelah bahagi . Adira tahu Fikri memang seorang yang baik dan ikhlas . Adira tidak menyedari kalau dia sudah pun mulai suka kepada Fikri semenjak Fikri menolongnya dari genggaman Airil .
“ Aku rasa tak salah kalau kau suka pada Fikri . Cuba kau dalami hati dia , mesti kau nampak apa yang tersirat selama ni . Aku yakin Fikri takkan pernah menyakiti hati kau macam yang Fariz lakukan .” tambah Aleesya .Dia yakin suatu saat pasti Adira akan menyedari perasaannya terhadap Fikri .
Suasana sepi seketika . Adira menumpukan pemanduannya dan Aleesya masih lagi membelek wajahnya ke cermin kecil yang dibawa ke mana sahaja .
FIKRI membuka pintu rumahnya sebaik sahaja mendengar ketukan pintu dari luar . Fikri terkejut kerana melihat Adira sedang berdiri di hadapan pintu rumahnya . Dia hampir sahaja rebah tetapi digagahkan juga untuk dirinya berdiri . Fikri benar – benar tidak menyangka kalau Adira akan datang juga melawatnya kerana sudah lebih seminggu Adira tidak menghubungi atau menanyakan khabar tentang dirinya .
“ Tak nak jemput kita orang masuk ke ? Kalau tak nak tak apa , kita orang balik .” sindir Aleesya kerana  sudah hampir sepuluh minit mereka berdiri di luar rumah kerana Fikri tidak berhenti melihat wajah Adira .
“ Sorry , sorry . Jemputlah masuk .” ujar Fikri .
“ Mana yang lain , takkan kau sorang je dekat rumah ?” soal Aleesya . Dia melihat rumah Fikri kelihatan begitu sepi kerana tidak melihat kelibat Fariz dan Jeffri . Jika tidak , pasti rumah itu riuh kerana senda tawa mereka .
“ Fariz balik kampung , biasalah dah tiga bulan tak jenguk nenek dia tu . Jeffri ada kat atas , tengah mandi kut . Kau tahu je lah kan kalau orang bujang ni duduk rumah mesti mandi lambat .” kata Fikri sambil mengemas sedikit majalah maskulin dan sukan yang berselerak di atas meja .
“ Ooo,aku ingatkan dah lesap ke mana tadi . Kau tahu tak , aku sebenarnya sakit hati tengok rumah korang bertiga ni . Harap je duduk rumah besar , tapi rumah Ya rabbi . Dah macam tongkang pecah aku tengok .” bebel Aleesya . Dia tidak tahan melihat rumah mereka yang agak berselerak kerana majalah bersepah – sepah di atas meja dan sofa .
“ Hehe , kau faham je lah kan rumah bujang . Korang pun satu , kalau dulu tu selalu sangat datang sini . Tapi kenapa sekarang ni dah jarang .” Fikri tidak mengakui kesalahannya .
Aleesya sudah penat melihat Adira yang hanya mendiamkan diri sebaik sahaja sampai di rumah Fikri . Tadi bukan main lagi suka nak datang sini . Sekarang dia pulak buat muka lima posen . Rungut Aleesya di dalam hati . Dia menyenggol bahu Adira supaya rakannya itu berbicara dengan Fikri .
“ Korang , tunggu jap .Aku buatkan air .” pelawa Fikri .
“ Fikri , tak payah . Kau duduk je sini . Kau tu bukannya sihat lagi . Biar aku buatkan air . Lagipun sekejap lagi boleh kita makan sama – sama . Ada baiknya kau tolong Aleesya kemaskan rumah ni . Nanti Aleesya penat , kau jugak yang kena jawab dengan Jeffri .” Langkah Fikri terhenti sebaik sahaja Adira mempelawa dirinya untuk membancuh air . Fikri lega kerana Adira sudah tidak lagi merajuk dengan dirinya .
Adira bingkas bangun dari tempat duduknya dan menuju ke dapur . Dia tidak mahu berada lebih lama di situ kerana masih janggal untuk berbicara dengan Fikri . Dia takut kalau Fikri masih memarahinya kerana Fikri dari tadi hanya melayan Aleesya .
JEFFRI yang mendengar keriuhan suara Aleesya dan Fikri bergurau , segera turun ke bawah . Dia juga tidak mahu melepaskan peluang untuk saat – saat seperti ini .
“ Ini apa riuh – riuh ni ?” soal Jeffri  .
Aleesya dan Fikri terkejut dengan kehadiran Jeffri . Mulut mereka terkunci rapat . Mereka berdua memalingkan tubuh ke arah Jeffri yang masih berdiri di tangga .
“ Yang korang senyap ni kenapa ? Sampai hati korang tak ajak aku sekali . Aku pun nak join jugak .” ujar Jeffri sambil menuruni anak tangga .
“ Tak adalah apa , aku dengan Aleesya cuma terkejut je kau tiba – tiba tegur kita orang . Bukannya nak bagi salam .”
“ Assalamualaikum !” jawab Jeffri bernada tidak puas hati .
“ Aleesya , kau sambunglah mengemas dengan Mr.Perfect kau ni . Aku nak ke dapur sekejap .” kata Fikri . Dia mahu bertentang mata dengan Adira yang masih lagi membancuh air dan menyiapkan makanan tengahari .
Jeffri dan Aleesya tersenyum mendengar kata – kata Fikri . Jeffri mengambil peluang ini untuk  meluangkan masa bersama Aleesya yang dilihat lagi mempunyai masalah . Walaupun Aleesya menyimpan jauh di sudut hati , Jeffri tetap dapat mengetahuinya kerana mata Aleesya tidak dapat menipu Jeffri .
Fikri melihat Adira dari pintu dapur yang lagi memasukkan makanan yang dibawanya tadi ke dalam bekas .
“ Kau nak aku tolong ke ?” Fikri mendekati Adira .
“ Tak perlulah , aku rasa kau duduk je dekat depan . Lagipun dah nak siap ni . Sekejap lagi kita makan .” ujar Adira . Nada suaranya diperlahankan kerana masih gementar untuk berbicara dengan Fikri . Matanya fokus ke arah lauk Ayam Masak Lemak Cili Api yang dituang ke dalam mangkuk .
“ Adira , aku nak kau abaikan apa yang kau dengar hari tu . Aku minta maaf sebab terlalu lancang sangat bercakap sampai aku tak sedar siapa di hadapan aku masa tu .” jelas Fikri . Dia memegang tangan Adira untuk memberhentikan aktivitinya buat sementara.
Dia menoleh muka Adira yang masih tunduk ke bawah ke arahnya . Adira terpaku dengan tindakan Fikri . Dia tidak tahu mengapa dirinya tidak boleh memberikan respons ke atas perbuatan Fikri .
“ Aku harap kau boleh lupakan perkara tu . Maksud aku hari tu , aku cuma nak kau tahu yang aku nak kau sentiasa jadi sahabat aku sampai bila – bila kalau kau tak boleh lebih dari itu .” tambah Fikri lagi . Tangan Adira masih tidak lepas dari genggamannya .
Adira kurang selesa dengan panahan mata Fikri ke arahnya . Kenapa aku rasa berdebar – debar ni ? Adakah ini semua berkaitan dengan perasaan ? Soal hatinya . Adira segera melepaskan tangannya . Adira tidak mahu dihasut oleh syaitan disekelilingnya supaya melakukan kejahatan .
“ Ehemm , aku dah lupa pun pasal perkara tu . Kau janganlah risau , kau tak salah apa pun . Sepatutnya aku yang minta maaf sebab aku terus balik hari itu . Aku tak patut buat kau macam tu . Maafkan aku ya .” ujar Adira .
Fikri mengangguk . Sebaiknya  , biarlah dia menyimpan segala perasaan yang terpendam kepada Adira kukuh di dalam hati . Mungkin dia sudah tewas untuk memiliki Adira dan dia tahu sayang dan cinta Adira terhadap Fariz yang masih menggunung sukar dilenyapkan .
Walau apa pun , Fikri tidak akan membawa dirinya pergi jauh , kerana dia mahu Adira sentiasa di sampingnya walaupun hati Adira bukan miliknya .
“ Mari sini aku tolong , kesian kau buat sorang – sorang .” Fikri segera mencapai bekalan makanan di tangan Adira untuk dituang ke dalam mangkuk . Adira tidak dapat menghalangnya .
Adira menyedari bahawa dirinya telah memberi secebis rasa cinta dan sayang terhadap Fikri . Tetapi Adira masih bingung akan pilihan hatinya . Masih mahu menagih kasih dan cinta dari lelaki yang telah meninggalkannya , atau belajar menerima seorang lelaki yang begitu setia menyayanginya ? Adira yakin Allah S.W.T akan memberikan  yang terbaik untuk dirinya kelak .
Adira tersenyum kepada Fikri kerana membantunya di dapur . Adira berasa tenang dan selamat jika berada di samping Fikri . Adira amat berterima kasih kepada Fikri kerana telah menyelamatkan dirinya ketika nyaris diperkosa oleh Airil .
MIMI memberikan bayaran selebihnya yang telah dijanjikan kepada Bob . Tidak salah dia memilih Bob untuk melaksanakan segala rancangannya berjaya . Mimi berpuas hati kerana Bob dapat memastikan bahawa Airil memang berada di kampung seperti yang dikatakan temannya Fina .
Bob meninggalkan Mimi yang telah pun berada di Kampung Hulu Langat . Mimi berada di hadapan rumah di mana Airil tinggal . Dia mengetuk pintu rumah Airil yang masih ditutup walaupun tengahari sudah menjelang . Dia tidak sabar melihat reaksi Airil apabila melihat kehadirannya .
Airil membuka daun pintu dan melihat Mimi berada terpacak di hadapan rumahnya . Mimi menahan pintu apabila Airil cepat – cepat mahu menutupnya .
“ Kenapa kau takut ? Aku cuma datang nak melawat kau je lah . Sampai hati kau tak beritahu aku yang kau tinggal dekat tempat macam ni ya ?” Mimi masuk ke dalam rumah tanpa segan silu . Airil agak terkejut kerana selama dia tinggal di sini , tiada seorang pun yang tahu keberadaannya termasuk keluarganya .
“Apa yang kau nak ? Macam mana kau tahu aku tinggal di sini ? Jangan - jangan kau ni bawak polis .” ujar Airil yang jelas ketakutan .
“ Relakslah , aku tak bodoh okey untuk bawa polis ke sini . Kau tak perlulah tahu macam mana aku boleh tahu tempat persembunyian kau ni . Aku datang sini pun sebab aku ada perkara yang dibincangkan .” jelas Mimi . Dia menguis – nguis habuk yang ada pada tempat duduknya .
“ Apa dia ? Aku dan kau tak ada apa – apa yang perlu dibincangkan.” Soal Airil . Perasaan gelisah menguasai dirinya .
“ Aku tak sangka yang orang macam kau ni sebenarnya takut polis . Tak ada lah hebat sangatkan ? Hmm , let me straight to the point . Aku perlukan kau dalam rancangan aku . Aku nak kita bekerjasama , aku tahu yang kau memang tak sukakan Adira , am I right ? ” Mimi berterus terang . Dia ketawa melihat Airil yang sedari tadi mundar – mandir di hadapannya .
“ Rancangan apa ? Apa yang aku akan dapat kalau aku bekerjasama dengan kau ?” soal Airil yang mula meminati tawaran Mimi .
“ Kau akan dapat kepuasan . Dari dulu aku memang benci dengan Adira , dan aku memang nak tengok dia hancur . Aku tahu orang macam kau pasti ligat berfikir untuk hancurkan perempuan seperti Adira kan ? Itulah sebabnya aku nak kau berkerjasama dengan aku .” kata Mimi . Jelas riak wajahnya menunjukkan kebencian yang mendalam terhadap Adira .
Airil lama berfikir . Mungkin benar apa yang dikatakan Mimi , dia akan berasa puas jika melihat Adira hancur ditangannya .
“ Aku akan tunggu jawapan kau , Airil . One more thing , kau sebenarnya dah tak perlu bersembunyi macam ni . Fikri dah lama tarik balik dakwaan terhadap kau tu .” Mimi mahu beransur pulang setelah  hajatnya tercapai . Ketika dia berjalan menuju ke pintu , Airil menahannya .
“ Aku setuju untuk bekerjasama dengan kau .” ujar Airil ringkas .
Mimi yang mendengarnya tersenyum lebar , dari awal lagi dia sudah dapat menjangka kalau Airil akan bekerjasama dengannya jua . Mimi memandang Airil yang juga tersenyum . Dia yakin kalau rancangannya akan berjaya .
SELEPAS mereka semua selesai makan , Fikri membantu Adira begitu juga Jeffri dan Aleesya . Fikri dan Jeffri kelihatan begitu selera , mungkin kerana sudah lama tidak merasai makanan yang dimasak sendiri . Selama ini , jika lapar , Jeffri atau Fikri hanya akan membeli makanan di restoran berdekatan atau membeli mi segera sahaja .
Jeffri melihat Aleesya yang kelihatan sedikit penat duduk di buaian rumahnya . Jeffri mendekati Aleesya  . “ Boleh ke saya duduk sebelah awak ?” soal Jeffri .
Aleesya memandang wajah Jeffri dengan senyuman . “ Takkanlah tak boleh . Duduklah .” balas Aleesya .
“ Kenapa ya , sejak akhir – akhir ni awak jarang telefon or mesej saya ? Kalau saya call awak pun , macam tak nak layan je . Awak ada masalah ke ?” soal Jeffri . Jeffri menunjukkan sikap prihatinnya terhadap Aleesya .
Aleesya membungkam . Dia tidak pasti sama ada mahu menceritakan segalanya , atau lebih baik hanya dia dan Adira sahaja yang tahu . Aleesya yakin Jeffri pasti akan terluka apabila mendengar masalahnya . “ Hmm , saya tak ada apa – apa . Saya minta maaf kalau saya jarang call awak .” ujar Aleesya cuba menyembunyikan masalahnya .
“ Betul ke ni ? Atau awak ada sembunyikan sesuatu ?” soal Jeffri lagi . Dia masih ragu – ragu dengan jawapan Aleesya .
“ Betul lah . Untuk apa saya sembunyikan masalah daripada awak ? Jeff , awak sayangkan saya ?” Airmata Aleesya mulai bergenang di kelopak matanya ketika memandang wajah Jeffri . Dia memang tidak sanggup untuk membohongi Jeffri , tetapi Aleesya tahu sikap Jeffri jika dia mendapat tahu tentang apa yang terjadi kepada dirinya sekarang .
“ Hey , kenapa ni ? Tanpa awak tanya pun saya akan sentiasa menyayangi awak . Saya janji yang saya hanya mencintai awak sampai bila – bila . Itu janji saya .” ujar Jeffri penuh ikhlas .
Jeffri mengesat air mata yang mengalir di pipi Aleesya . Dia tidak pasti apa yang membuatkan Aleesya begitu sedih seperti ini . Jeffri amat yakin bahawa Aleesya pasti lagi menyembunyikan satu masalah yang tidak patut dia tahu . Walau apa pun masalah itu , Jeffri yakin Aleesya mempunyai seribu satu sebab mengapa dia menyembunyikannya .
Kemesraan Aleesya dan Jeffri disaksikan Adira yang bersandar di daun pintu . Dia melihat Jeffri dan Aleesya begitu manis jika bersama – sama . Adira membayangkan mereka berdua seperti dirinya dan Fariz .
“ Kau teringin nak macam tu lagi ke ?” sapa Fikri dari belakang . Dia memerhatikan Adira yang dari tadi termenung sendirian .
“ Kalaulah itu semua boleh terjadi . Tapi aku tahu sampai bila – bila pun aku akan sentiasa begini .” rintih Adira . Sikap romantik dan kasih sayang yang diberikan oleh Fariz masih tidak mampu dibuang , dan mungkin akan terpahat di dalam hati buat selamanya .
Adira tidak mahu mengingati memori pahitnya lagi . Dia mengesat air matanya yang mengalir supaya Fikri tidak menyedari kalau dia menangis . Ketika dia mahu masuk ke dalam , Fikri memaut tangannya dengan erat .Belum pernah Fikri seberani ini .
“ Kalau kau izinkan aku untuk ulangi semula apa yang Fariz lakukan , aku janji takkan buat kau bersedih .” ungkap Fikri . Fikri yakin dengan jawapannya.
Adira tidak memberi sebarang jawapan . Adira tidak menyangka kalau Fikri sanggup berterus terang kepadanya walaupun Fikri tahu bahawa dirinya masih belum bisa melupakan Fariz .



Maafkan Daku ( Bab 7 )


Bab 7
Fariz duduk di sofa sambil membaca akhbar . Dia khusyuk membaca isu – isu masa kini dan halaman yang paling diminatinya , sukan . Setiap perkembangan sukan dari semasa ke semasa akan dibaca apatah lagi bolasepak .
Tiba – tiba iPhone 4 miliknya berdering . Fariz melihat siapakah gerangan yang menelefonnya . Hatinya berbunga mekar apabila nenek yang dirindui menelefonnya .
“ Assalamualaikum , nek .” Fariz memulakan perbualannya .
“ Waalaikumussalam . Apa khabar kamu , sihat ke ?” neneknya , Mak Nah begitu merindui cucunya yang satu .
“ Alhamdulillah , Riz sihat . Fariz minta maaf sebab dah lama tak balik kampung . Sejak kebelakangan ni Fariz terlalu sibuk . InsyaAllah , Fariz janji dalam minggu depan Fariz balik kampung jenguk nenek .” janji Fariz .
“ Nenek ingat kamu tak sedar yang kamu tu dah lama tak balik kampung . Hmm takpe lah , kamu jangan berjanji , nenek takut kamu tak dapat laksanakannya nanti .” ujar Mak Nah penuh nasihat .
Fariz terdiam . Dia sedar neneknya terasa hati kerana sudah hampir tiga bulan dia tidak pulang ke kampung . Fariz adalah satu – satunya cucu Mak Nah yang dijaga sejak umur dua belas tahun . Orang tua Fariz meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya . Oleh itu , dia sudah terlalu manja dengan neneknya .
Kini Fariz mahu membalas segala jasa neneknya yang telah menjaganya tanpa kenal erti penat . Setiap bulan Fariz akan menghantar duit kepada neneknya sebagai wang perbelanjaan walaupun neneknya masih mampu untuk menyara diri sendiri .
Mak Nah tinggal bersama anak bongsunya yang sudah lama menganggur , Azman . Azman seorang yang kaki judi dan menghabiskan wang . Fariz sudah naik muak dengan sikap pakciknya yang begitu pemalas dan berjudi . Jika kalah pasti Azman akan panas baran dan menterbalikkan segala benda yang ada di dalam rumah . Dia menghormati Azman sebagai pakciknya hanya kerana neneknya .
“ Kenapa diam ? Takkan merajuk dengan nenek ?” Mak Nah sengaja menguji cucunya .
“ Eh , tak ada lah . Buat apa Fariz nak merajuk dengan nenek , nenekkan orang yang paling Fariz sayang .” ujar Fariz .
“ Hmm yelah tu . Sudahlah tu  , nenek nak masak ni . Sampaikanlah salam nenek pada Adira ya . Nanti kalau nak balik sini , ajaklah Adira . Nenek pun rindukan dia .” kata neneknya yang menyembunyikan perasaan sebak di dada kerana merindui cucunya .
“ InsyaAllah nek . Fariz tak janji . Fariz berharap sangat itu semua boleh terjadi .” ujar Fariz acuh tidak acuh .
Mak Nah yang mendengar suara cucunya sudah dapat menghidu bahawa Fariz lagi mempunyai masalah . Dalam hatinya tahu kalau Fariz seorang yang kuat menghadapi masalah dan mampu menyelesaikannya .
Fariz menamatkan perbualannya . Fariz sungguh gembira kerana dia dapat mengubat kerinduan terhadap neneknya . Dia memikirkan kata – kata terakhir neneknya sebelum menamatkan panggilan tadi .
Macam mana aku sampaikan salam pada Adira ? Ya Allah bantulah aku . bisik hati kecilnya . Fariz nekad akan pulang ke kampung pada minggu hadapan kerana tidak mahu menghampakan perasaan neneknya .
“ ALEESYA , kau kenapa ni ? Aku tengok semenjak dua menjak ni , kau muram je . Kalau ada masalah ceritalah . Sejak kau balik dari rumah mama kau , kau terus berubah .” ujar Adira .
“ Aku tak tahu nak buat apa lagi .” Air mata Aleesya jatuh berjujuran . Dia tidak tahan untuk menampung kesedihannya kerana masalah yang ditanggungnya kini .
“ Hey , kenapa ni ? Janganlah menangis . Aku ada kat sini .” Adira menenangkan sahabatnya .
“ Aku disuruh kahwin dengan pilihan orang tua aku . Aku tak nak . Aku tak nak .” rintih Aleesya .
“ Siapa kau maksudkan tu ?” soal Adira .
“ Zariff .” jawab Aleesya pendek .
“ What ?!” Adira terkejut mendengarnya .
Adira mendengar segala masalah Aleesya dengan khusyuk . Adira tidak menyangka kalau sahabatnya mempunyai masalah yang begitu berat sekali .
“ Aku nak tolong Zariff , aku mesti temukan Zaima dengan dia . Aku cuma ada lima bulan je lagi .” kata Aleesya cemas .
“ Kau jangan risau . Aku akan sentiasa sokong kau . Sekarang ni aku dah tak nak tengok kau bersedih lagi . Setiap masalah pasti akan ada jalan keluar . Kau dengan Zariff mesti kena kuat .” Adira memberi kata – kata penguat kepada sahabatnya .
“ Aku nak jumpa Zariff bila ada masa . Kau kena tolong aku . Aku ada plan .” tambah Adira lagi .
“ Plan apa ?” Aleesya tertanya – tanya .
“ Hehe , ada lah .” Adira membuat wajah nakalnya . Dia tersenyum sendirian .
ADIRA mendail nombor Zariff pada telefon Aleesya . Dia menunjukkan isyarat senyap kepada Aleesya .
“ Hello , Aleesya . Ada apa ni ?” Zariff menjawab .
“ Siapa Aleesya ? Ini aku , Adira .” kacau Adira .
“ Adira ? Macam mana kau boleh tahu aku ?” Zariff terkejut kerana rupa – rupanya Adira yang menelefonnya .
“ Itulah dia , aku ingat kau dah tak kenal aku . Kau macam tak tahu je kalau Aleesya ni tinggal serumah dengan aku .” jerkah Adira .
“Aku nak jumpa kau esok boleh ? Ada hal penting antara kau , Zaima dan Aleesya . Hidup dan Mati .” tambah Adira .
Zaima ? Nama yang begitu dirindui Zariff sendiri . “ Aku free esok . Nanti kita jumpa kat Ice Room boleh ?” Zariff menentukan tempat pertemuan .
“ No hal , kita jumpa dalam pukul dua petang .” kata Adira sebelum menamatkan panggilannya .
Zariff berharap pertemuannya dengan Adira akan memberikan satu penyelesaian dalam masalah keluarganya . Kenapa sulit sekali untuk aku bahagia dengan Zaima . Aku yakin Zaima adalah yang terbaik buat aku . Aku bersumpah cinta aku cuma untuk dia . Saya cintakan awak Zaima . Bisik hati kecil Zariff .
JEFFRI risau memikirkan Aleesya . Sudah hampir seminggu Aleesya tidak menghubunginya . Sesungguhnya dia tidak mengetahui kalau Aleesya sedang ditimpa masalah yang begitu rumit . Dia juga sudah mencuba untuk menelefon Aleesya , tapi hanya peti pesanan suara yang menjawab .
FIkri memerhatikan sahaja gelagat sahabatnya yang gelisah . Dia juga sedar Aleesya tidak menghubungi Jeffri .
“ Kenapa ni ? Aku tak pernah pulak tengok orang yang bernama Jeffri ni termenung sepanjang masa ?” Fikri cuba untuk menghiburkan Jeffri . Jeffri masih tidak menyedari kehadiran Fikri di sampingnya .
“ Kau tahu tak orang pernah kata , tak baik termenung seorang diri macam ni . Itu tandanya kau dah tua .” FIkri berseloroh .
“ Apasal pula kau kata macam tu ?” Jeffri mula menumpukan ke arah Fikri .
“ Ya lah , kalau termenung mestilah kita fikirkan sesuatu , betul tak ? Kalau kau asyik berfikir je nanti uban pun keluar . Tak ke tua namanya tu ?” ujar Fikri .
Jeffri melepaskan lelahnya . “ Aku sebenarnya fikirkan Aleesya . Dia macam ada masalah je . Dah seminggu tau dia tak call aku . Jarang dia buat aku macam ni .” Jeffri mengadu kepada Fikri . Itu membuatkan beban Jeffri terasa ringan .
“ Aku dah agak dah . Kau ni Aleesya tu kalau ada masalah pun takkan dia nak ceritakan semuanya pada kau . Bukannya kau tu laki dia . Kalau dia ada masalah perempuan macam mana ?” kata Fikri .
“ Maksud kau ?” soal Jeffri kehairanan .
“ Aduhai , kenapalah otak kau tiba – tiba slow hari ni ? Kalau dia ada masalah peribadi yang melibatkan perempuan takkan dia nak cerita pada kau . Relakslah , Aleesya tu bukannya tinggal seorang diri . Dia ada Adira , Zaima , sape lagi , Athirah . Apa yang kau nak risau sangat . Tahulah diorang nak handle Aleesya tu macam mana .” Fikri sudah kehabisan idea memberi jawapan kepada Jeffri .
“ Kau ni cakap orang , aku tengok Adira tak ada pun call kau .  Merajuk ke ? Itu belum couple lagi .” kali ini Jeffri pula yang mengenakan Fikri .
“ Kes Adira lain , Aleesya lain . Hemm , entahlah . Aku pun tak tahu macam mana nak cakap .” ujar Fikri .
“ Aku rasakan Fariz tu masih sayangkan Adira la .” tambah Fikri lagi .
“ Kenapa pulak ni ?” soal  Jeffri kehairanan .
“ Tak ada lah , hari tu aku ada tanya dia something pasal hubungan dia dan Mimi , tapi dia macam tak ikhlas je nak cakap . Lagi satu , masa aku kat hospital hari tu ,dia tak masuk pun dalam bilik aku masa Adira ada .” jelas Fikri .
“ Mungkin sebab  dia masih tak ready nak bertentang mata dengan Adira lagi .” ujar Jeffri .
“ Kalau pasal tu tak apa , jangan sebab dia cemburu sudahlah . Aku tak nak bersaing dengan kawan sendiri .” kata Fikri yang tidak mahu kehilangan sahabatnya .
“ Hishh kau ni , cuba kau cakap dengan aku untuk apa dia cemburu ? Bukan dia sendiri ke yang tinggalkan Adira . Dia yang pilih Mimi untuk diri dia .” jelas Jeffri yakin .
“ Betul jugak cakap kau tu .” Fikri menggaru kepalanya yang tidak gatal .
Tanpa mereka sedari , Fariz mendengar segala perbualan Fikri dan Jeffri . Hatinya bagai dihempap batu yang besar kerana mendengar perbualan mereka . Benarlah kata hatinya selama ini yang mengatakan Fikri sudah lama menyimpan perasaan terhadap Adira .
Fariz tidak mampu untuk memarahi atau berkecil hati dengan setiap perbualan Fikri dan Jeffri . Mereka tidak mengerti dan mungkin tak akan mengerti mengapa Fariz terpaksa memutuskan Adira dan membuat Adira benci kepadanya .
“ Ya Allah , Kau berikanlah aku kesabaran dalam menghadapi ujianMu yang begitu berat ini . Sesungguhnya hanya Engkau yang tahu betapa aku menyayangi Adira . Hanya dia bidadari hidupku .” rintih Fariz di dalam hati .
MIMI begitu ghairah menari dikelilingi lelaki yang terlalu menginginkannya . Setelah penat , dia duduk di tepi sahabat yang sentiasa menemaninya  , Fina . Mimi meneguk air syaitan dengan rakus sekali .
“ Mimi , aku peliklah dengan kau ni … punya ramai jantan keliling kau , kenapa mesti Fariz yang kau pilih ? Nak kata hensem , memanglah hensem ,tapi hensem lagi si Fikri . Apasal kau tak kebas je Fikri terus ?” ujar Fina .
“ Entahlah … kadang – kadang aku pun terfikir apa istimewanya Fariz , kau pun tahukan , aku boleh dapat seribu orang lagi hensem dari dia .” balas Mimi penuh bangga .
“ Fariz tu tak lah kaya mana yang kau nak bolot harta dia . Kau pun tahu kan yang dia tu tinggal dengan nenek dia kat kampung .” kata Fina yang masih tidak puas hati dengan jawapan Mimi .
“ Aku memang tak boleh jawab soalan kau tu , Fina . Tapi yang penting aku dah dapat dia . Aku tak kisah dia kaya ke , kayap ke janji sekarang dia aku yang punya .Tak menyesal aku perangkap dia dulu .” kata Mimi sambil ketawa .
Mimi mengingatkan peristiwa bagaimana dia berjaya menjerat Fariz masuk ke perangkapnya . Mimi begitu obses terhadap Fariz . Dia sanggup melakukan  apa sahaja demi mendapatkan Fariz walaupun membunuh .
“ Yang kau ni , cakap je sayang kat Fariz tu , tapi aku tengok kau macam tak ambil peduli pun pasal dia . Macam malam ni , kau sepatutnya ajak dia keluar ke apa ke ? Ni kau boleh berseronok lagi dengan jantan lain ?” Fina mengeluh .
“ Walaupun Fariz milik aku , it doesn’t mean that he can control my life okay . Tapi sekarang hidup Fariz dah tak boleh bebas , hanya aku yang control hidup dia sekarang .”  ujar Mimi .
“ Hemm , apa – apa je lah kau ni . Mimi aku nak cerita sikit ni.” Bisik Fina .
“ Apa dia ?” soal Mimi .
“ Semalam aku bawak Amy pergi berubat dekat satu kampung ni , then aku nampak boyfriend Zanita . Airil kan boyfriend dia ?” bisik Fina kerana tidak mahu orang lain mendengar perbualan mereka .
“ What ? Kau confirm ke itu Airil ? Apa yang dia buat dekat kampung tu ?” soal Mimi untuk mendapatkan kepastian .
“ Ya , aku confirm tu Airil . Kan kau sendiri pernah tunjukkan Airil tu pada aku . Takkan aku boleh lupa . Tapi…aku tak tahulah apa yang dia buat kat kampung tu . Mungkin dia menyorok tak ? Kau jugak yang cakap yang dia hampir bunuh si Fikri tu , beberapa minggu yang lalu .” ujar Fina yakin .
“ Ya tak ya , jugak kau ni kan . Hey , kau bagi aku alamat kampung tu ?” Mimi sedang merancang sesuatu .
“ Kau nak buat apa pulak ni ? Macam – macam la kau ni …” bebel Fina seraya mengeluarkan sekeping kertas untuk mencatat alamat kampung yang dimaksudkan .
“ Ada lah …Just wait and see .” Mimi tersenyum nakal .
“ AKU nak kau pastikan betul – betul sama ada lelaki tu Airil ataupun bukan . Ini gambar dia . Kalau betul itu dia , aku akan bayar kau lagi .” ujar Mimi kepada seorang lelaki upahannya . Dia mengaturkan satu pertemuan rahsia dengan lelaki yang dikenali sebagai Bob .
“ Baik Puan . Tapi…kenapa Puan nak bayar lagi ? Kan Puan cuma minta saya selidik lelaki tersebut .” soal Bob yang masih tidak mengerti mengapa Mimi membayar lebih kepadanya .
“ Kau tak payahlah banyak cakap … kau terima duit ni , kau buat kerja . Habis cerita . Lagipun aku tak pernah bayar kau kurangkan . Aku selalu bagi kau lebih sebab kerja kau tak pernah gagal . Dari mula aku suruh sampai sekarang . Kau tak perlulah nak fikirkan pasal duit .” ujar Mimi .
“ Terima kasih Puan . Saya akan telefon Puan sebaik sahaja saya dapat pastikan lelaki tersebut .” ucap Bob .
“ Tapi ingat . Jangan sampai lelaki ni sedar yang kau intip dia . Nanti aku sendiri akan ke sana untuk jumpa dengan lelaki tu .” Mimi memberi amaran .
Bob menuruti segala perintah Mimi . Sudah hampir tiga bulan dia bekerja dengan Mimi . Bob senang berkhidmat dengan Mimi kerana Mimi sering memberikan bayaran yang lumayan .
Bob meninggalkan Mimi sendirian . Dirinya sedikit gerun melihat Mimi ketawa sendirian .Seperti sesuatu yang besar sedang dirancang olehnya .
“ Aku akan pastikan yang kau takkan lepas dari tangan aku . Engkau satu – satunya orang yang boleh tolong aku untuk porak – perandakan hubungan Adira dan yang lain .” kata Mimi sendirian .
Dia segera menghidupkan enjin Nissan Fairlady miliknya untuk pergi bertemu dengan Fariz yang masih kuliah di universiti .
MATA Zariff meliar – liar mencari Adira di segenap ruang Ice Room . Kemudian dia mengecam satu susuk tubuh yang cantik mengenakan sehelai jeans putih dan blouse berwarna coklat . Dia yakin itu Adira .
“ Lama ke tunggu ?” sapa Zariff sambil menarik kerusi yang berhadapan dengan Adira .
“ Eh , tak adalah . Aku baru je sampai , tak sampai 20 minit pun .” jawab Adira . Dia memanggil pelayan untuk memesan minuman buat Zariff .
“ So , apa yang kau boleh tolong aku ?” soal Zariff . Dia sudah tidak sabar mengetahui  strategi yang sedang dirancang Adira .
“ Kau boleh relaks tak ? Dalam masa lima tahun kau tak balik , takkan dalam satu jam pun tak boleh ? Aku tahu kau nakkan Zaima balik , tapi selama ini kau pernah terfikir tak betapa menderitanya dia masa kau tinggal di Australia dulu ?” gertak Adira .
“ Aku tahu aku salah . Dan aku nak tebus semua kesalahan aku pada dia selama lima tahun ni . Kau takkan faham kenapa aku tinggalkan dia . Untuk pengetahuan kau , sepanjang hayat aku nak bersama dengan dia je .” balas Zariff . Dia tahu tidak ada seorang pun yang akan mengerti alasannya meninggalkan Zaima dulu .
“ Zariff , bawa bertenang . Aku sebenarnya saja je nak uji kau . Aku nak tengok sejauh mana kesabaran kau dalam menempuh dugaan yang berat ni . Aku tahu kau tak bersalah , dan aku tahu apa alasannya kau tinggalkan Zaima . Aku yakin kalau kau ceritakan semua ni kepada dia , dia akan faham .” lantas Adira menenangkan Zariff . Dia berasa amat kasihan kepada Zariff kerana terpaksa menanggung masalah yang melibatkan keluarga dan Zaima .
Adira menatap wajah Zariff penuh kasihan . Dia yakin Zariff dapat menempuhi segala dugaan ini dengan sabar dan bertawakal kepada Allah .
“ Aku akan sentiasa bantu kau dalam apa jua keadaan sekalipun . Tapi satu je yang aku nak kau ingat sampai bila – bila .” kata Adira lagi .
“ Apa dia ?” soal Zariff .
“ Kau kena sentiasa ingat ada Allah S.W.T yang selalu di samping kau . Allah takkan membiarkan hambanya berada di dalam kesusahan , Zariff . Allah menguji kau kerana Dia menyayangi kau sebagai hambanya . Aku nak kau sentiasa ingat tu Zariff .” nasihat Adira . Kata – katanya begitu mendalam  membuatkan Zariff bangkit untuk menempuh dugaan ini .
“ InsyaAllah . Sekarang apa yang patut aku buat ?” Zariff kembali tersenyum .
“ Aku akan aturkan satu pertemuan yang tak diduga dengan Zaima . Dan ingat ! Jangan kau cuba – cuba nak larikan diri .Kau berdepan dengan dia , ceritakan segala yang terjadi .” Adira merenung ke anak mata Zariff dan membuatkan Zariff sedikit gerun dengan wajah Adira .
“ Lepas tu ?” soal Zariff yang sudah tidak sabar – sabar bertemu Zaima .
“ Hishh kau ni …. Kot iya pun sabarlah dulu . Belum tentu pertemuan pertama ni akan berjaya . Kau jangan risau aku dah aturkan segalanya untuk kau dan Zaima . Semua dah ada dalam poket aku la .” jawab Adira yakin .
Zariff tersenyum melihat kesungguhan Adira membantunya . Zariff berbangga kerana dapat berkawan dengan Adira . Dia mempelawa Adira untuk menikmati minuman yang telah dipesan sebentar tadi .

Maafkan Daku ( Bab 6 )


Bab 6
“Sudahlah tu , tak guna kau menangis sampai macam ni sekali . Mungkin ada salah faham antara korang berdua . Kau jangan pendamkan macam ni . Nanti bila okey , kau jumpa dia .” pujuk Adira . Dia melentokkan kepala Athirah ke bahunya .
“ Aku tak nak . Aku tahu dia akan tipu aku .” Athirah begitu kecewa melihat kekasihnya Harith bersama perempuan lain ketika dia sedang membeli – belah di Pavillion . Kemesraan Harith membuatkan jiwanya terbakar .
“Mana kau tahu yang dia tipu kau ? Kau tahu ke perempuan tu kekasih baru dia ke , atau saudara – mara dia ke , tak pun jiran sebelah rumah dia .” soal Adira kembali .
“ Banyaklah kau punya jiran sebelah .” Athirah tersenyum mendengar kata – kata terakhir Adira .
“ Ha , dah senyum pun . Macam ni lah aku nak . Athirah yang aku kenal seorang yang periang , tambah  lagi muka comel kau tu .” Adira berseloroh .
“ Oh , terima kasih .” kata Athirah sambil tergelak .
Athirah bingkas bangun dari tempat duduk dan ke dapur untuk membancuh air untuk mereka berdua .
Adira menekan butang suis pada alat kawalan televisyen rumahnya . Dia mengalih satu persatu siaran tetapi tiada satu pun yang menarik perhatiannya . Dia terpandang satu bingkai gambar yang bergantung pada dinding rumahnya . Gambar Adira , Athirah , Zanita , Aleesya , Zaima , Fariz , Fikri , Jeffri yang diambil ketika mereka berjaya memperolehi  10A dalam peperiksaan SPM lima tahun yang lalu .
Kini tinggal selangkah lagi untuk mengejar cita – cita mereka . Tahun ini adalah tahun akhir mereka setelah hampir lima tahun untuk menamatkan pengajian mereka dalam bidang  masing – masing . Adira , Zaima dan Fariz berada dalam bidang Sains & Kejuruteraan , Aleesya , Fikri dan Jeffri pula dalam bidang Pengurusan Perniagaan . Manakala Athirah dan Zanita meneruskan pengajian dalam bidang Seni Bina & Reka Bentuk .
Adira tersenyum lebar kerana tidak sabar untuk menamatkan pengajian bersama  rakan – rakannya . Gambar – gambar yang berada di setiap penjuru rumahnya memberikan kenangan terindah buat dirinya ketika di zaman sekolah . Adira amat merindui zaman persekolahannya .
FARIZ membantu Fikri mengemaskan pakaian sebelum mendaftar keluar dari hospital setelah hampir dua minggu Fikri menjadi penghuni di sana . Fariz yang bercuti pada hari ini merelakan diri untuk membantu sahabat sehidup semati yang hampir sembuh dari kecederaan yang dialaminya .
“ Terima kasihlah sebab kau sudi tolong aku hari ni . Aku baru fikir nak surprise kan korang semua .” kata Fikri .
“  Surprise apa nya ? Kau nak balik rumah sendiri ? Ha , baik tak payah . Kalau jadi apa – apa pada kau dekat tengah jalan tu nanti siapa yang susah ? Bukan ke aku dan Jeffri jugak ?” balas Fariz .
Fikri tertawa melihat wajah Fariz yang begitu merisaukan dirinya . “ Kenapalah kau risaukan aku sangat ? Bukannya aku sakit tenat pun … Lagipun aku ni lelaki , bukannya perempuan .” Fikri menepuk bahu Fariz yang lagi meraut wajahnya yang sedikit penat .
“ Banyaklah kau punya tenat . Sudah , aku nak keluar sekejap uruskan pendaftaran . Nanti kau tunggu aku dekat bangku di depan pintu lobi , okey ? Barang – barang ni biar aku yang bawa .” Fariz membetulkan kolar bajunya  supaya tampak lebih kemas .
Fikri teringat akan kata – kata doktor pada tempoh hari yang mengatakan Fariz berada di hospital pada hari Adira datang melawatnya . “ Hari tu kau ada datang hospital ke ?” soal Fikri .
“ Hari apa ? Kau tahu kan yang aku ni selalu datang jenguk kau .” jawab Fariz .
“ Hari Rabu lepas . Doktor Ikhwan kata kau ada di luar bilik aku masa aku dan Adira bersembang di dalam bilik .” kata Fikri tanpa berselindung .
Fariz mulai ingat pada hari dia pergi meninggalkan hospital begitu sahaja kerana dia tidak senang hati melihat Adira yang begitu mesra dengan sahabatnya .
“ Kenapa kau pergi macam tu je ? Kenapa kau tak masuk ?” soal Fikri lagi .
Fariz menunduk ke lantai . Dia terasa seperti seketul batu besar telah menghempap dirinya . Fariz tidak tahu untuk menjawab soalan Fikri .
“ Kau cemburu ke tengok aku dengan Adira ?” teka Fikri lagi . Dia bermain – main dengan emosi Fariz masih keliru .
Fariz mengangkat wajahnya . “ Hish , mana ada . Buat apa aku nak cemburukan kau . Lagipun aku sekarang dengan Mimi . Buat apa aku nak kisahkan Adira lagi ?” jawab Fariz spontan . Dia sangat berharap agar Fikri tidak mencurigai jawapannya .
Sampai begitu sekali Fariz membuang Adira dari hidupnya . Baik sangat ke Mimi tu sampai kau buang Adira terus dari hidup kau ? Bentak Fikri di dalam hati .
“ Kau nak tahu satu benda tak ?” lagak Fikri seperti seorang penyiasat .
“ Apa dia ?”
“ Semua orang nak tahu kenapa kau tinggalkan Adira . Termasuk aku . Sampai sekarang dah hampir dua bulan kau timbulkan persoalan . Apa istimewanya Mimi tu sampai kau sanggup tinggalkan Adira ?” Fikri tidak dapat membendung kata – katanya lagi . Dia perlu menanyakan soal itu kepada Fariz dengan segera .
Fariz terkedu . Pertanyaan Fikri membuatkan dirinya hampir pengsan . Dia tidak tahu harus menjawab apa . Sehingga sekarang hanya dia dan Mimi yang tahu mengapa dia terpaksa melakukan sedemikian . Ini semua gara – gara Mimi !
Fariz bingkas bangun dari katil an berjalan keluar dari bilik meninggalkan Fikri yang masih tertanya – tanya .
Fikri tidak bisa menahan sahabatnya dari terus pergi meninggalkannya . Fikri masih lagi lemah untuk mengejar Fariz yang sudah jauh ke hadapan . Dia cuma berharap Fariz akan menjawab semua soalan tersebut .
HARITH melihat Athirah yang sedang berada di butik Guess yang tidak jauh darinya . Harith segera mengejar Athirah kerana hampir seharian dia menelefon Athirah tetapi tidak diangkat .
“ Sayang .” Harith memegang tangan Athirah yang sedang membelek baju . Athirah terkejut dengan kehadiran Harith .
Athirah menepis tangan Harith dan keluar dari butik . Athirah masih tidak  mahu bertemu dengan kekasih hatinya itu .
“ Awak , tunggu dulu . Kenapa ni ? Awak tahu tak seharian saya call awak tak angkat . Saya rasa dah berpuluh – puluh kali saya telefon awak .” soal Harith yang masih tidak mengerti akan tindakan Athirah menghindarkan diri darinya .
“ Lepaskan saya lah . Saya nak cepat .” Athirah memberontak .
“ Kenapa tiba – tiba awak dingin dengan saya ni ? Apa salah saya ? Cuba awak cakap . Awak jangan buat saya macam ni ?” Harith mahukan kepastian . Dia masih tidak melepaskan Athirah .
“ Awak tanya saya kenapa ? Sepatutnya awak sedar sendiri apa salah awak pada saya .” kata Athirah . Semua orang yang lalu – lalang hanya memandang mereka berdua .
“ Okey macam ni , saya janji akan lepaskan awak . Tapi tolonglah bagi saya sepuluh minit untuk saya penjelasan dari mulut awak . Please , tolong jangan buat saya macam ni .” Harith berkata lembut dengan Athirah .
Athirah mengeluh panjang . “ Okey . Sepuluh minit je .” kata Athirah . Dia berasa kasihan kerana Harith terus – terusan merayu kepadanya .
Harith mengajak Athirah pergi ke restoran untuk berbual lebih selesa . Harith lega kerana Athirah melembutkan hatinya .
“ Sekarang  , awak beritahu saya apa salah saya pada awak . Awak tolong jangan hukum saya . Saya memang tak tahu apa yang saya dah buat sampai awak marah macam ni sekali .” Harith menatap wajah Athirah yang manis itu .
“ Siapa perempuan yang ada dengan awak semalam ?” soal Athirah .
Harith terdiam sejenak . Dia memikirkan kata – kata Athirah . “ Maksud awak Ika ?”
“ Saya malas nak ambil tahu siapa nama perempuan tu . Saya cuma nak tahu kenapa perempuan tu bukan main mesra lagi dengan awak  .” jelas Athirah .
“ Awak cemburu ke ?” Harith tertawa melihat wajah muram Athirah .
“ Kenapa ketawa ? Lawak sangatkah pertanyaan saya ni ?”
“ Okey , okey . Sorry . Biar saya terus terang . Perempuan yang awak nampak semalam tu bukan sesiapa , dia adik saudara saya . Saya bawa dia datang sini pun dengan family , semalam tu family saya makan tengahari . Kami dah lama tak jumpa . That’s why  saya bawa dia keluar jalan – jalan .” jelas Harith .
“ Boleh ke saya percaya dengan kata – kata awak ni ?” soal Athirah yang masih ragu – ragu .
“ Hemm , terserah awak nak percaya atau tak . Yang pasti saya tak ada simpan apa – apa pun dari awak . Dari dulu sampai sekarang cuma awak seorang je yang ada dalam hati saya . Tapikan , saya suka awak cemburu .” Harith mengusik Athirah lagi .
“ Kenapa awak suka saya cemburu ?” soal Athirah yang tidak berpuas hati .
“ Cemburu tu kan tandanya sayang . Maknanya sayang dan cinta awak pada saya tu makin bertambah lah .” kata Harith .
“ Eee , perasannya awak ni .” Athirah mencubit bahu Harith .
Athirah tersenyum . Dia lega setelah mendengar jawapan dari Harith . Benar kata Adira , jika kita memendam segala masalah di dalam hati , itu semua tidak akan selesai dan mungkin akan membawa pertengkaran . Athirah amat menyayangi Harith .
“ FARIZ , kau marahkan aku ke sebab aku tanya macam tu tadi ?” soal Fikri sebaik sahaja masuk ke dalam rumah . Semenjak dari dalam kereta lagi Fariz tidak berkata apa – apa .
“ Aku tak marah pun . Kenapa ?”  Fariz menghempaskan tubuhnya ke atas sofa setelah penat memandu kereta .
“ Tak adalah apa . Aku minta maaf sebab mulut aku melampau tadi . Aku tak patut tanya sebab itu privacy kau .” kata Fikri penuh kesal .
“ Fik, relakslah . Aku tak terasa apa pun . Memang patut pun kau tanya . Kau jangan risaulah , sebab suatu hari nanti kau akan tahu jugak jawapannya .” ujar Fariz dengan yakin .
“ Sekarang ni , aku nak kau rehat . Kau tu bukannya sihat sangat . Kalau nak apa – apa , aku tolong kau .” tambah Fariz lagi .
Thanks , buddy .” ucap Fikri .
Fariz berlalu ke tingkat atas untuk membersihkan diri terlebih dahulu . Fikri merehatkan tubuhnya yang sedikit keletihan . Luka dari tikaman tersebut masih lagi terasa . Tiba – tiba dia memikirkan Adira .
Marah sangat ke Adira pada aku ? Aku salah cakap ke ? Apa maksud Fariz ? Kenapa dia banyak rahsiakan dari aku ? Banyak persoalan yang bermain di fikiran Fikri . Dia termenung memikirkan setiap persoalan sehingga terlena di sofa .
ZAIMA menghulurkan minuman kepada Adira yang bosan kerana asyik mengalih rancangan televisyen . Tiada satu pun yang menarik minatnya . Adira bosan kerana tiada kerja untuk dilakukan . Aleesya , semenjak pulang dari rumah ibunya , hanya berkurung di dalam bilik . Jarang sekali Aleesya bersikap begitu . Athirah pula lagi sibuk menyiapkan assignment nya . Zaima juga sepertinya .
“ Fikri dah balik dari hospital . Kau tahu kan ?” Zaima memulakan topik perbualannya dengan Adira untuk menghilangkan rasa bosan .
“ Dah balik ?” Adira agak terkejut mendengarnya . Kenapa dia tak beritahu aku . Takkan dia marah bila aku tinggalkan dia macam tu je hari tu ? getus hatinya .
“ Aah dah balik . Fariz yang beritahu . Sebab dia yang bawa Fikri pulang ke rumah .” jelas Zaima .
 Adira hanya mengangguk seperti burung belatuk . Dia menghabiskan minumannya dengan segera . “ Hemm , nanti aku sendiri telefon Fikri . Thanks , sebab kau buatkan aku air ni . Sedap .” Adira sengaja menukar topik .
“ Apasal , tiba – tiba pula kau puji aku buat air ni ? Biasa je , aku rasa .” soal Zaima pelik .
“ Aku puji pun salah ke ? Kau ni pun …” Adira menjuihkan mulutnya .
Zanita datang menuju ke arah Adira . Zaima meminta diri untuk beredar . Dia duduk bersama dengan Athirah di meja makan yang lagi menyiapkan assignmentnya .
“ Kau nak minum ? Aku boleh tolong buatkan .” pelawa Adira .
“ No , thanks . Aku cuma nak bersembang . Bolehkan ?” Zanita menolak dengan baik .
“ Apa yang tak bolehnya … apalah kau ni .” Adira berseloroh .
“Aku sebenarnya nak minta maaf dengan kau sebab selama ni aku tak pernah nak dengar cakap kau . Aku rindukan kita yang dulu .” ujar Zanita .
Athirah dan Zaima memasang telinga tentang perbualan mereka . “ Apa lagilah yang perempuan tu cakap pada Adira .” kata Athirah dengan nada perlahan . Antara dia dan Zaima sahaja boleh mendengarnya .
“ Hishh , kau ni . Cubalah jangan asyik nak marah je dengar dulu apa yang Nita nak cakap .” Zaima menekup mulut Athirah yang begitu lancang berbicara . Mereka kembali mendengar perbicaraan Adira dan Zanita . Kerja Athirah ditangguhkan .
“ Tanpa kau minta maaf pun aku dah maafkan sebenarnya . Cuma aku harap kau sedar sepenuhnya dengan apa yang terjadi sebelum ni .” kata Adira .
“ Aku tahu selama ini aku dah salah pilih orang . Airil dah rosakkan hidup aku . Aku janji aku takkan berhubung dengan Airil lagi .” kata Zanita bersungguh – sungguh . Namun , dia sendiri tidak pasti apa yang dia cuba sampaikan . Niat yang sebenarnya Zanita mahu mengetahui perasaan Adira kepada Fikri .
Zanita mula menyimpan perasaan pada Fikri semenjak dari bangku sekolah lagi . Tetapi , dia memendam rasa kerana Fikri begitu sukar untuk dipikat . Kemudian , datangnya Airil . Airil menjadi pengganti Fikri kerana Airil boleh memberikan apa yang dia mahu . Airil boleh memberikan dia kepuasan . Malangnya , cintanya kepada Airil hanyalah ‘cinta plastik’ . Zanita tidak tahu kalau Airil juga berperasaan begitu .
Adira melihat kejujuran yang ditunjukkan Zanita . Kejujuran palsu yang entah bila akan bertahan . Adira begitu cepat percaya akan perubahan Zanita . Dia tidak tahu niat sebenar Zanita adalah untuk mendekati Fikri kerana Fikri terlalu rapat dengan dirinya .
Zanita tersenyum puas . Mangsa sudah masuk ke perangkapnya . Zanita begitu hebat bersandiwara di hadapan Adira .
“ Macam mana dengan Fikri . Tadi aku dengar yang dia dah keluar dari hospital .” Zanita meneruskan niatnya .
“ Dia okey je . Tak adalah teruk sangat .” jawab Adira .
“  Kau rasa apa pendapat kau tentang Fikri ?” soal Zanita .
“ Hmm , aku rasa dia seorang lelaki yang memang baik . Hensem , kenapa ?” ujar Adira .
Zanita sudah dapat merasakan kalau Adira masih belum mempunyai apa – apa perasaan terhadap Fikri . Ini adalah peluang terbaik untuknya mendekati Fikri .
“ Cepatnya kau berubah ? Selalunya orang yang cepat berubah ni ada niat lain . Takkan yang lama baru pergi , orang baru pula kau nak ganti . Ish ish ish , memang cepatkan .  ” Athirah mencelah . Dia tidak suka dengan sikap Adira yang begitu cepat mempercayai orang . Zaima tidak mampu lagi untuk menahan kata – kata Athirah .
Zanita tergumam . Orang yang paling susah untuk diperdaya adalah Athirah . Athirah bukanlah sejenis yang cepat mempercayai sepenuhnya orang lain . Athirah cepat membaca fikiran setiap orang di sekelilingnya .
“ Irah …” Adira menegaskan kata – katanya .
“ Betulkan apa yang aku cakap .” Athirah mempertahankan egoisnya .
Kata – kata Athirah membuatkan Zanita tersentap walaupun ia benar . Kepura – puraan Zanita jelas terserlah di mata Athirah . Zanita meminta izin Adira untuk naik ke bilik . Dia tidak mahu berperang mulut dengan Athirah kerana akan kelihatan dia masih belum berubah .
“ Kenapa dengan kau ni ?” Athirah terus datang menerpa ke arah Adira .
“ Kau tanya kenapa ? Sepatutnya aku yang tanya kau macam tu sebab kenapa kau cakap macam tu pada Zanita .” Adira juga tidak berpuas hati dengan sikap Athirah yang keterlaluan .
“ Apa yang aku cakap tu semua betulkan ? Semenjak dia buat kau dulu , sikit pun aku dah tak percaya dengan kata – kata dia . Aku tak fahamlah kenapa kau begitu cepat maafkan dia .” balas Athirah .
“ Aku maafkan dia sebab aku sayang dia , macam mana aku sayangkan kau , Zaima dan Aleesya .” jelas Adira yang masih tidak mahu mengalah .
“ Aku..aku…erghh .” Athirah menumbuk tempat duduknya .
“ Aku cakap macam tu sebab aku sayangkan kau . Aku memang tak boleh terima selepas apa yang dia buat dulu .” Athirah mengalah . Dia tidak mahu bertekak dengan sahabat baiknya .
Adira terdiam . Mulutnya terkunci rapat . Zaima hampir menangis melihat pertengkaran mereka berdua . Athirah bangun dari sofa tetapi tangannya digenggam kemas oleh Adira .
“ Aku minta maaf . Aku tak sedar yang aku pun salah . Memang betul apa kau cakap . Tak semua orang yang mengakui kesalahannya itu jujur . Dari dulu aku terlalu manjakan Zanita .” rayu Adira .
“ Kau tak salah pun . Sepatutnya aku minta maaf sebab aku keterlaluan sangat tadi .” Athirah juga mengakui kesalahannya . Mereka berpelukan .
Zaima datang menghampiri mereka . Mujur mereka saling beralah . Bagi Zaima , dua – dua berada di pihak yang benar .
“ Lagi satu , aku nak kau tahu yang sebenarnya Fikri tu…” kata – kata Athirah terhenti .
“ Irah .” Zaima menghalang Athirah dari terus berbicara . Athirah sudah lupa kalau Fikri sendiri meminta perasaanya terhadap Adira disembunyikan . Adira hairan melihat mereka berdua . Zaima dan Athirah beredar dari situ meninggalkan Adira yang masih tertanya – tanya .