Popular Posts

Friday, 12 April 2013

Maafkan Daku ( Bab 6 )


Bab 6
“Sudahlah tu , tak guna kau menangis sampai macam ni sekali . Mungkin ada salah faham antara korang berdua . Kau jangan pendamkan macam ni . Nanti bila okey , kau jumpa dia .” pujuk Adira . Dia melentokkan kepala Athirah ke bahunya .
“ Aku tak nak . Aku tahu dia akan tipu aku .” Athirah begitu kecewa melihat kekasihnya Harith bersama perempuan lain ketika dia sedang membeli – belah di Pavillion . Kemesraan Harith membuatkan jiwanya terbakar .
“Mana kau tahu yang dia tipu kau ? Kau tahu ke perempuan tu kekasih baru dia ke , atau saudara – mara dia ke , tak pun jiran sebelah rumah dia .” soal Adira kembali .
“ Banyaklah kau punya jiran sebelah .” Athirah tersenyum mendengar kata – kata terakhir Adira .
“ Ha , dah senyum pun . Macam ni lah aku nak . Athirah yang aku kenal seorang yang periang , tambah  lagi muka comel kau tu .” Adira berseloroh .
“ Oh , terima kasih .” kata Athirah sambil tergelak .
Athirah bingkas bangun dari tempat duduk dan ke dapur untuk membancuh air untuk mereka berdua .
Adira menekan butang suis pada alat kawalan televisyen rumahnya . Dia mengalih satu persatu siaran tetapi tiada satu pun yang menarik perhatiannya . Dia terpandang satu bingkai gambar yang bergantung pada dinding rumahnya . Gambar Adira , Athirah , Zanita , Aleesya , Zaima , Fariz , Fikri , Jeffri yang diambil ketika mereka berjaya memperolehi  10A dalam peperiksaan SPM lima tahun yang lalu .
Kini tinggal selangkah lagi untuk mengejar cita – cita mereka . Tahun ini adalah tahun akhir mereka setelah hampir lima tahun untuk menamatkan pengajian mereka dalam bidang  masing – masing . Adira , Zaima dan Fariz berada dalam bidang Sains & Kejuruteraan , Aleesya , Fikri dan Jeffri pula dalam bidang Pengurusan Perniagaan . Manakala Athirah dan Zanita meneruskan pengajian dalam bidang Seni Bina & Reka Bentuk .
Adira tersenyum lebar kerana tidak sabar untuk menamatkan pengajian bersama  rakan – rakannya . Gambar – gambar yang berada di setiap penjuru rumahnya memberikan kenangan terindah buat dirinya ketika di zaman sekolah . Adira amat merindui zaman persekolahannya .
FARIZ membantu Fikri mengemaskan pakaian sebelum mendaftar keluar dari hospital setelah hampir dua minggu Fikri menjadi penghuni di sana . Fariz yang bercuti pada hari ini merelakan diri untuk membantu sahabat sehidup semati yang hampir sembuh dari kecederaan yang dialaminya .
“ Terima kasihlah sebab kau sudi tolong aku hari ni . Aku baru fikir nak surprise kan korang semua .” kata Fikri .
“  Surprise apa nya ? Kau nak balik rumah sendiri ? Ha , baik tak payah . Kalau jadi apa – apa pada kau dekat tengah jalan tu nanti siapa yang susah ? Bukan ke aku dan Jeffri jugak ?” balas Fariz .
Fikri tertawa melihat wajah Fariz yang begitu merisaukan dirinya . “ Kenapalah kau risaukan aku sangat ? Bukannya aku sakit tenat pun … Lagipun aku ni lelaki , bukannya perempuan .” Fikri menepuk bahu Fariz yang lagi meraut wajahnya yang sedikit penat .
“ Banyaklah kau punya tenat . Sudah , aku nak keluar sekejap uruskan pendaftaran . Nanti kau tunggu aku dekat bangku di depan pintu lobi , okey ? Barang – barang ni biar aku yang bawa .” Fariz membetulkan kolar bajunya  supaya tampak lebih kemas .
Fikri teringat akan kata – kata doktor pada tempoh hari yang mengatakan Fariz berada di hospital pada hari Adira datang melawatnya . “ Hari tu kau ada datang hospital ke ?” soal Fikri .
“ Hari apa ? Kau tahu kan yang aku ni selalu datang jenguk kau .” jawab Fariz .
“ Hari Rabu lepas . Doktor Ikhwan kata kau ada di luar bilik aku masa aku dan Adira bersembang di dalam bilik .” kata Fikri tanpa berselindung .
Fariz mulai ingat pada hari dia pergi meninggalkan hospital begitu sahaja kerana dia tidak senang hati melihat Adira yang begitu mesra dengan sahabatnya .
“ Kenapa kau pergi macam tu je ? Kenapa kau tak masuk ?” soal Fikri lagi .
Fariz menunduk ke lantai . Dia terasa seperti seketul batu besar telah menghempap dirinya . Fariz tidak tahu untuk menjawab soalan Fikri .
“ Kau cemburu ke tengok aku dengan Adira ?” teka Fikri lagi . Dia bermain – main dengan emosi Fariz masih keliru .
Fariz mengangkat wajahnya . “ Hish , mana ada . Buat apa aku nak cemburukan kau . Lagipun aku sekarang dengan Mimi . Buat apa aku nak kisahkan Adira lagi ?” jawab Fariz spontan . Dia sangat berharap agar Fikri tidak mencurigai jawapannya .
Sampai begitu sekali Fariz membuang Adira dari hidupnya . Baik sangat ke Mimi tu sampai kau buang Adira terus dari hidup kau ? Bentak Fikri di dalam hati .
“ Kau nak tahu satu benda tak ?” lagak Fikri seperti seorang penyiasat .
“ Apa dia ?”
“ Semua orang nak tahu kenapa kau tinggalkan Adira . Termasuk aku . Sampai sekarang dah hampir dua bulan kau timbulkan persoalan . Apa istimewanya Mimi tu sampai kau sanggup tinggalkan Adira ?” Fikri tidak dapat membendung kata – katanya lagi . Dia perlu menanyakan soal itu kepada Fariz dengan segera .
Fariz terkedu . Pertanyaan Fikri membuatkan dirinya hampir pengsan . Dia tidak tahu harus menjawab apa . Sehingga sekarang hanya dia dan Mimi yang tahu mengapa dia terpaksa melakukan sedemikian . Ini semua gara – gara Mimi !
Fariz bingkas bangun dari katil an berjalan keluar dari bilik meninggalkan Fikri yang masih tertanya – tanya .
Fikri tidak bisa menahan sahabatnya dari terus pergi meninggalkannya . Fikri masih lagi lemah untuk mengejar Fariz yang sudah jauh ke hadapan . Dia cuma berharap Fariz akan menjawab semua soalan tersebut .
HARITH melihat Athirah yang sedang berada di butik Guess yang tidak jauh darinya . Harith segera mengejar Athirah kerana hampir seharian dia menelefon Athirah tetapi tidak diangkat .
“ Sayang .” Harith memegang tangan Athirah yang sedang membelek baju . Athirah terkejut dengan kehadiran Harith .
Athirah menepis tangan Harith dan keluar dari butik . Athirah masih tidak  mahu bertemu dengan kekasih hatinya itu .
“ Awak , tunggu dulu . Kenapa ni ? Awak tahu tak seharian saya call awak tak angkat . Saya rasa dah berpuluh – puluh kali saya telefon awak .” soal Harith yang masih tidak mengerti akan tindakan Athirah menghindarkan diri darinya .
“ Lepaskan saya lah . Saya nak cepat .” Athirah memberontak .
“ Kenapa tiba – tiba awak dingin dengan saya ni ? Apa salah saya ? Cuba awak cakap . Awak jangan buat saya macam ni ?” Harith mahukan kepastian . Dia masih tidak melepaskan Athirah .
“ Awak tanya saya kenapa ? Sepatutnya awak sedar sendiri apa salah awak pada saya .” kata Athirah . Semua orang yang lalu – lalang hanya memandang mereka berdua .
“ Okey macam ni , saya janji akan lepaskan awak . Tapi tolonglah bagi saya sepuluh minit untuk saya penjelasan dari mulut awak . Please , tolong jangan buat saya macam ni .” Harith berkata lembut dengan Athirah .
Athirah mengeluh panjang . “ Okey . Sepuluh minit je .” kata Athirah . Dia berasa kasihan kerana Harith terus – terusan merayu kepadanya .
Harith mengajak Athirah pergi ke restoran untuk berbual lebih selesa . Harith lega kerana Athirah melembutkan hatinya .
“ Sekarang  , awak beritahu saya apa salah saya pada awak . Awak tolong jangan hukum saya . Saya memang tak tahu apa yang saya dah buat sampai awak marah macam ni sekali .” Harith menatap wajah Athirah yang manis itu .
“ Siapa perempuan yang ada dengan awak semalam ?” soal Athirah .
Harith terdiam sejenak . Dia memikirkan kata – kata Athirah . “ Maksud awak Ika ?”
“ Saya malas nak ambil tahu siapa nama perempuan tu . Saya cuma nak tahu kenapa perempuan tu bukan main mesra lagi dengan awak  .” jelas Athirah .
“ Awak cemburu ke ?” Harith tertawa melihat wajah muram Athirah .
“ Kenapa ketawa ? Lawak sangatkah pertanyaan saya ni ?”
“ Okey , okey . Sorry . Biar saya terus terang . Perempuan yang awak nampak semalam tu bukan sesiapa , dia adik saudara saya . Saya bawa dia datang sini pun dengan family , semalam tu family saya makan tengahari . Kami dah lama tak jumpa . That’s why  saya bawa dia keluar jalan – jalan .” jelas Harith .
“ Boleh ke saya percaya dengan kata – kata awak ni ?” soal Athirah yang masih ragu – ragu .
“ Hemm , terserah awak nak percaya atau tak . Yang pasti saya tak ada simpan apa – apa pun dari awak . Dari dulu sampai sekarang cuma awak seorang je yang ada dalam hati saya . Tapikan , saya suka awak cemburu .” Harith mengusik Athirah lagi .
“ Kenapa awak suka saya cemburu ?” soal Athirah yang tidak berpuas hati .
“ Cemburu tu kan tandanya sayang . Maknanya sayang dan cinta awak pada saya tu makin bertambah lah .” kata Harith .
“ Eee , perasannya awak ni .” Athirah mencubit bahu Harith .
Athirah tersenyum . Dia lega setelah mendengar jawapan dari Harith . Benar kata Adira , jika kita memendam segala masalah di dalam hati , itu semua tidak akan selesai dan mungkin akan membawa pertengkaran . Athirah amat menyayangi Harith .
“ FARIZ , kau marahkan aku ke sebab aku tanya macam tu tadi ?” soal Fikri sebaik sahaja masuk ke dalam rumah . Semenjak dari dalam kereta lagi Fariz tidak berkata apa – apa .
“ Aku tak marah pun . Kenapa ?”  Fariz menghempaskan tubuhnya ke atas sofa setelah penat memandu kereta .
“ Tak adalah apa . Aku minta maaf sebab mulut aku melampau tadi . Aku tak patut tanya sebab itu privacy kau .” kata Fikri penuh kesal .
“ Fik, relakslah . Aku tak terasa apa pun . Memang patut pun kau tanya . Kau jangan risaulah , sebab suatu hari nanti kau akan tahu jugak jawapannya .” ujar Fariz dengan yakin .
“ Sekarang ni , aku nak kau rehat . Kau tu bukannya sihat sangat . Kalau nak apa – apa , aku tolong kau .” tambah Fariz lagi .
Thanks , buddy .” ucap Fikri .
Fariz berlalu ke tingkat atas untuk membersihkan diri terlebih dahulu . Fikri merehatkan tubuhnya yang sedikit keletihan . Luka dari tikaman tersebut masih lagi terasa . Tiba – tiba dia memikirkan Adira .
Marah sangat ke Adira pada aku ? Aku salah cakap ke ? Apa maksud Fariz ? Kenapa dia banyak rahsiakan dari aku ? Banyak persoalan yang bermain di fikiran Fikri . Dia termenung memikirkan setiap persoalan sehingga terlena di sofa .
ZAIMA menghulurkan minuman kepada Adira yang bosan kerana asyik mengalih rancangan televisyen . Tiada satu pun yang menarik minatnya . Adira bosan kerana tiada kerja untuk dilakukan . Aleesya , semenjak pulang dari rumah ibunya , hanya berkurung di dalam bilik . Jarang sekali Aleesya bersikap begitu . Athirah pula lagi sibuk menyiapkan assignment nya . Zaima juga sepertinya .
“ Fikri dah balik dari hospital . Kau tahu kan ?” Zaima memulakan topik perbualannya dengan Adira untuk menghilangkan rasa bosan .
“ Dah balik ?” Adira agak terkejut mendengarnya . Kenapa dia tak beritahu aku . Takkan dia marah bila aku tinggalkan dia macam tu je hari tu ? getus hatinya .
“ Aah dah balik . Fariz yang beritahu . Sebab dia yang bawa Fikri pulang ke rumah .” jelas Zaima .
 Adira hanya mengangguk seperti burung belatuk . Dia menghabiskan minumannya dengan segera . “ Hemm , nanti aku sendiri telefon Fikri . Thanks , sebab kau buatkan aku air ni . Sedap .” Adira sengaja menukar topik .
“ Apasal , tiba – tiba pula kau puji aku buat air ni ? Biasa je , aku rasa .” soal Zaima pelik .
“ Aku puji pun salah ke ? Kau ni pun …” Adira menjuihkan mulutnya .
Zanita datang menuju ke arah Adira . Zaima meminta diri untuk beredar . Dia duduk bersama dengan Athirah di meja makan yang lagi menyiapkan assignmentnya .
“ Kau nak minum ? Aku boleh tolong buatkan .” pelawa Adira .
“ No , thanks . Aku cuma nak bersembang . Bolehkan ?” Zanita menolak dengan baik .
“ Apa yang tak bolehnya … apalah kau ni .” Adira berseloroh .
“Aku sebenarnya nak minta maaf dengan kau sebab selama ni aku tak pernah nak dengar cakap kau . Aku rindukan kita yang dulu .” ujar Zanita .
Athirah dan Zaima memasang telinga tentang perbualan mereka . “ Apa lagilah yang perempuan tu cakap pada Adira .” kata Athirah dengan nada perlahan . Antara dia dan Zaima sahaja boleh mendengarnya .
“ Hishh , kau ni . Cubalah jangan asyik nak marah je dengar dulu apa yang Nita nak cakap .” Zaima menekup mulut Athirah yang begitu lancang berbicara . Mereka kembali mendengar perbicaraan Adira dan Zanita . Kerja Athirah ditangguhkan .
“ Tanpa kau minta maaf pun aku dah maafkan sebenarnya . Cuma aku harap kau sedar sepenuhnya dengan apa yang terjadi sebelum ni .” kata Adira .
“ Aku tahu selama ini aku dah salah pilih orang . Airil dah rosakkan hidup aku . Aku janji aku takkan berhubung dengan Airil lagi .” kata Zanita bersungguh – sungguh . Namun , dia sendiri tidak pasti apa yang dia cuba sampaikan . Niat yang sebenarnya Zanita mahu mengetahui perasaan Adira kepada Fikri .
Zanita mula menyimpan perasaan pada Fikri semenjak dari bangku sekolah lagi . Tetapi , dia memendam rasa kerana Fikri begitu sukar untuk dipikat . Kemudian , datangnya Airil . Airil menjadi pengganti Fikri kerana Airil boleh memberikan apa yang dia mahu . Airil boleh memberikan dia kepuasan . Malangnya , cintanya kepada Airil hanyalah ‘cinta plastik’ . Zanita tidak tahu kalau Airil juga berperasaan begitu .
Adira melihat kejujuran yang ditunjukkan Zanita . Kejujuran palsu yang entah bila akan bertahan . Adira begitu cepat percaya akan perubahan Zanita . Dia tidak tahu niat sebenar Zanita adalah untuk mendekati Fikri kerana Fikri terlalu rapat dengan dirinya .
Zanita tersenyum puas . Mangsa sudah masuk ke perangkapnya . Zanita begitu hebat bersandiwara di hadapan Adira .
“ Macam mana dengan Fikri . Tadi aku dengar yang dia dah keluar dari hospital .” Zanita meneruskan niatnya .
“ Dia okey je . Tak adalah teruk sangat .” jawab Adira .
“  Kau rasa apa pendapat kau tentang Fikri ?” soal Zanita .
“ Hmm , aku rasa dia seorang lelaki yang memang baik . Hensem , kenapa ?” ujar Adira .
Zanita sudah dapat merasakan kalau Adira masih belum mempunyai apa – apa perasaan terhadap Fikri . Ini adalah peluang terbaik untuknya mendekati Fikri .
“ Cepatnya kau berubah ? Selalunya orang yang cepat berubah ni ada niat lain . Takkan yang lama baru pergi , orang baru pula kau nak ganti . Ish ish ish , memang cepatkan .  ” Athirah mencelah . Dia tidak suka dengan sikap Adira yang begitu cepat mempercayai orang . Zaima tidak mampu lagi untuk menahan kata – kata Athirah .
Zanita tergumam . Orang yang paling susah untuk diperdaya adalah Athirah . Athirah bukanlah sejenis yang cepat mempercayai sepenuhnya orang lain . Athirah cepat membaca fikiran setiap orang di sekelilingnya .
“ Irah …” Adira menegaskan kata – katanya .
“ Betulkan apa yang aku cakap .” Athirah mempertahankan egoisnya .
Kata – kata Athirah membuatkan Zanita tersentap walaupun ia benar . Kepura – puraan Zanita jelas terserlah di mata Athirah . Zanita meminta izin Adira untuk naik ke bilik . Dia tidak mahu berperang mulut dengan Athirah kerana akan kelihatan dia masih belum berubah .
“ Kenapa dengan kau ni ?” Athirah terus datang menerpa ke arah Adira .
“ Kau tanya kenapa ? Sepatutnya aku yang tanya kau macam tu sebab kenapa kau cakap macam tu pada Zanita .” Adira juga tidak berpuas hati dengan sikap Athirah yang keterlaluan .
“ Apa yang aku cakap tu semua betulkan ? Semenjak dia buat kau dulu , sikit pun aku dah tak percaya dengan kata – kata dia . Aku tak fahamlah kenapa kau begitu cepat maafkan dia .” balas Athirah .
“ Aku maafkan dia sebab aku sayang dia , macam mana aku sayangkan kau , Zaima dan Aleesya .” jelas Adira yang masih tidak mahu mengalah .
“ Aku..aku…erghh .” Athirah menumbuk tempat duduknya .
“ Aku cakap macam tu sebab aku sayangkan kau . Aku memang tak boleh terima selepas apa yang dia buat dulu .” Athirah mengalah . Dia tidak mahu bertekak dengan sahabat baiknya .
Adira terdiam . Mulutnya terkunci rapat . Zaima hampir menangis melihat pertengkaran mereka berdua . Athirah bangun dari sofa tetapi tangannya digenggam kemas oleh Adira .
“ Aku minta maaf . Aku tak sedar yang aku pun salah . Memang betul apa kau cakap . Tak semua orang yang mengakui kesalahannya itu jujur . Dari dulu aku terlalu manjakan Zanita .” rayu Adira .
“ Kau tak salah pun . Sepatutnya aku minta maaf sebab aku keterlaluan sangat tadi .” Athirah juga mengakui kesalahannya . Mereka berpelukan .
Zaima datang menghampiri mereka . Mujur mereka saling beralah . Bagi Zaima , dua – dua berada di pihak yang benar .
“ Lagi satu , aku nak kau tahu yang sebenarnya Fikri tu…” kata – kata Athirah terhenti .
“ Irah .” Zaima menghalang Athirah dari terus berbicara . Athirah sudah lupa kalau Fikri sendiri meminta perasaanya terhadap Adira disembunyikan . Adira hairan melihat mereka berdua . Zaima dan Athirah beredar dari situ meninggalkan Adira yang masih tertanya – tanya .







No comments:

Post a Comment