Bab 7
Fariz duduk
di sofa sambil membaca akhbar . Dia khusyuk membaca isu – isu masa kini dan
halaman yang paling diminatinya , sukan . Setiap perkembangan sukan dari semasa
ke semasa akan dibaca apatah lagi bolasepak .
Tiba
– tiba iPhone 4 miliknya berdering . Fariz melihat siapakah gerangan yang
menelefonnya . Hatinya berbunga mekar apabila nenek yang dirindui menelefonnya
.
“
Assalamualaikum , nek .” Fariz memulakan perbualannya .
“
Waalaikumussalam . Apa khabar kamu , sihat ke ?” neneknya , Mak Nah begitu
merindui cucunya yang satu .
“
Alhamdulillah , Riz sihat . Fariz minta maaf sebab dah lama tak balik kampung .
Sejak kebelakangan ni Fariz terlalu sibuk . InsyaAllah , Fariz janji dalam
minggu depan Fariz balik kampung jenguk nenek .” janji Fariz .
“
Nenek ingat kamu tak sedar yang kamu tu dah lama tak balik kampung . Hmm takpe
lah , kamu jangan berjanji , nenek takut kamu tak dapat laksanakannya nanti .”
ujar Mak Nah penuh nasihat .
Fariz
terdiam . Dia sedar neneknya terasa hati kerana sudah hampir tiga bulan dia
tidak pulang ke kampung . Fariz adalah satu – satunya cucu Mak Nah yang dijaga
sejak umur dua belas tahun . Orang tua Fariz meninggal dunia kerana kemalangan
jalanraya . Oleh itu , dia sudah terlalu manja dengan neneknya .
Kini
Fariz mahu membalas segala jasa neneknya yang telah menjaganya tanpa kenal erti
penat . Setiap bulan Fariz akan menghantar duit kepada neneknya sebagai wang
perbelanjaan walaupun neneknya masih mampu untuk menyara diri sendiri .
Mak
Nah tinggal bersama anak bongsunya yang sudah lama menganggur , Azman . Azman
seorang yang kaki judi dan menghabiskan wang . Fariz sudah naik muak dengan
sikap pakciknya yang begitu pemalas dan berjudi . Jika kalah pasti Azman akan
panas baran dan menterbalikkan segala benda yang ada di dalam rumah . Dia
menghormati Azman sebagai pakciknya hanya kerana neneknya .
“
Kenapa diam ? Takkan merajuk dengan nenek ?” Mak Nah sengaja menguji cucunya .
“
Eh , tak ada lah . Buat apa Fariz nak merajuk dengan nenek , nenekkan orang
yang paling Fariz sayang .” ujar Fariz .
“
Hmm yelah tu . Sudahlah tu , nenek nak
masak ni . Sampaikanlah salam nenek pada Adira ya . Nanti kalau nak balik sini
, ajaklah Adira . Nenek pun rindukan dia .” kata neneknya yang menyembunyikan
perasaan sebak di dada kerana merindui cucunya .
“
InsyaAllah nek . Fariz tak janji . Fariz berharap sangat itu semua boleh
terjadi .” ujar Fariz acuh tidak acuh .
Mak
Nah yang mendengar suara cucunya sudah dapat menghidu bahawa Fariz lagi
mempunyai masalah . Dalam hatinya tahu kalau Fariz seorang yang kuat menghadapi
masalah dan mampu menyelesaikannya .
Fariz
menamatkan perbualannya . Fariz sungguh gembira kerana dia dapat mengubat
kerinduan terhadap neneknya . Dia memikirkan kata – kata terakhir neneknya
sebelum menamatkan panggilan tadi .
Macam
mana aku sampaikan salam pada Adira ? Ya Allah bantulah aku . bisik hati
kecilnya . Fariz nekad akan pulang ke kampung pada minggu hadapan kerana tidak
mahu menghampakan perasaan neneknya .
“ ALEESYA , kau kenapa ni ? Aku tengok semenjak dua menjak ni , kau muram je .
Kalau ada masalah ceritalah . Sejak kau balik dari rumah mama kau , kau terus
berubah .” ujar Adira .
“
Aku tak tahu nak buat apa lagi .” Air mata Aleesya jatuh berjujuran . Dia tidak
tahan untuk menampung kesedihannya kerana masalah yang ditanggungnya kini .
“
Hey , kenapa ni ? Janganlah menangis . Aku ada kat sini .” Adira menenangkan
sahabatnya .
“
Aku disuruh kahwin dengan pilihan orang tua aku . Aku tak nak . Aku tak nak .”
rintih Aleesya .
“
Siapa kau maksudkan tu ?” soal Adira .
“
Zariff .” jawab Aleesya pendek .
“
What ?!” Adira terkejut mendengarnya .
Adira
mendengar segala masalah Aleesya dengan khusyuk . Adira tidak menyangka kalau
sahabatnya mempunyai masalah yang begitu berat sekali .
“
Aku nak tolong Zariff , aku mesti temukan Zaima dengan dia . Aku cuma ada lima
bulan je lagi .” kata Aleesya cemas .
“
Kau jangan risau . Aku akan sentiasa sokong kau . Sekarang ni aku dah tak nak
tengok kau bersedih lagi . Setiap masalah pasti akan ada jalan keluar . Kau
dengan Zariff mesti kena kuat .” Adira memberi kata – kata penguat kepada
sahabatnya .
“
Aku nak jumpa Zariff bila ada masa . Kau kena tolong aku . Aku ada plan .”
tambah Adira lagi .
“
Plan apa ?” Aleesya tertanya – tanya .
“
Hehe , ada lah .” Adira membuat wajah nakalnya . Dia tersenyum sendirian .
ADIRA mendail nombor Zariff pada
telefon Aleesya . Dia menunjukkan isyarat senyap kepada Aleesya .
“
Hello , Aleesya . Ada apa ni ?” Zariff menjawab .
“
Siapa Aleesya ? Ini aku , Adira .” kacau Adira .
“
Adira ? Macam mana kau boleh tahu aku ?” Zariff terkejut kerana rupa – rupanya
Adira yang menelefonnya .
“
Itulah dia , aku ingat kau dah tak kenal aku . Kau macam tak tahu je kalau
Aleesya ni tinggal serumah dengan aku .” jerkah Adira .
“Aku
nak jumpa kau esok boleh ? Ada hal penting antara kau , Zaima dan Aleesya .
Hidup dan Mati .” tambah Adira .
Zaima
? Nama yang begitu dirindui Zariff sendiri . “ Aku free esok . Nanti kita jumpa
kat Ice Room boleh ?” Zariff menentukan
tempat pertemuan .
“
No hal , kita jumpa dalam pukul dua petang .” kata Adira sebelum menamatkan
panggilannya .
Zariff
berharap pertemuannya dengan Adira akan memberikan satu penyelesaian dalam
masalah keluarganya . Kenapa sulit sekali untuk aku bahagia dengan Zaima . Aku
yakin Zaima adalah yang terbaik buat aku . Aku bersumpah cinta aku cuma untuk
dia . Saya cintakan awak Zaima . Bisik hati kecil Zariff .
JEFFRI risau memikirkan Aleesya . Sudah
hampir seminggu Aleesya tidak menghubunginya . Sesungguhnya dia tidak
mengetahui kalau Aleesya sedang ditimpa masalah yang begitu rumit . Dia juga
sudah mencuba untuk menelefon Aleesya , tapi hanya peti pesanan suara yang menjawab
.
FIkri
memerhatikan sahaja gelagat sahabatnya yang gelisah . Dia juga sedar Aleesya
tidak menghubungi Jeffri .
“
Kenapa ni ? Aku tak pernah pulak tengok orang yang bernama Jeffri ni termenung
sepanjang masa ?” Fikri cuba untuk menghiburkan Jeffri . Jeffri masih tidak
menyedari kehadiran Fikri di sampingnya .
“
Kau tahu tak orang pernah kata , tak baik termenung seorang diri macam ni . Itu
tandanya kau dah tua .” FIkri berseloroh .
“
Apasal pula kau kata macam tu ?” Jeffri mula menumpukan ke arah Fikri .
“
Ya lah , kalau termenung mestilah kita fikirkan sesuatu , betul tak ? Kalau kau
asyik berfikir je nanti uban pun keluar . Tak ke tua namanya tu ?” ujar Fikri .
Jeffri
melepaskan lelahnya . “ Aku sebenarnya fikirkan Aleesya . Dia macam ada masalah
je . Dah seminggu tau dia tak call aku . Jarang dia buat aku macam ni .” Jeffri
mengadu kepada Fikri . Itu membuatkan beban Jeffri terasa ringan .
“
Aku dah agak dah . Kau ni Aleesya tu kalau ada masalah pun takkan dia nak
ceritakan semuanya pada kau . Bukannya kau tu laki dia . Kalau dia ada masalah
perempuan macam mana ?” kata Fikri .
“
Maksud kau ?” soal Jeffri kehairanan .
“
Aduhai , kenapalah otak kau tiba – tiba slow hari ni ? Kalau dia ada masalah
peribadi yang melibatkan perempuan takkan dia nak cerita pada kau . Relakslah ,
Aleesya tu bukannya tinggal seorang diri . Dia ada Adira , Zaima , sape lagi ,
Athirah . Apa yang kau nak risau sangat . Tahulah diorang nak handle Aleesya tu
macam mana .” Fikri sudah kehabisan idea memberi jawapan kepada Jeffri .
“
Kau ni cakap orang , aku tengok Adira tak ada pun call kau . Merajuk ke ? Itu belum couple lagi .” kali
ini Jeffri pula yang mengenakan Fikri .
“
Kes Adira lain , Aleesya lain . Hemm , entahlah . Aku pun tak tahu macam mana
nak cakap .” ujar Fikri .
“
Aku rasakan Fariz tu masih sayangkan Adira la .” tambah Fikri lagi .
“
Kenapa pulak ni ?” soal Jeffri
kehairanan .
“
Tak ada lah , hari tu aku ada tanya dia something
pasal hubungan dia dan Mimi , tapi dia macam tak ikhlas je nak cakap . Lagi
satu , masa aku kat hospital hari tu ,dia tak masuk pun dalam bilik aku masa
Adira ada .” jelas Fikri .
“
Mungkin sebab dia masih tak ready nak
bertentang mata dengan Adira lagi .” ujar Jeffri .
“
Kalau pasal tu tak apa , jangan sebab dia cemburu sudahlah . Aku tak nak
bersaing dengan kawan sendiri .” kata Fikri yang tidak mahu kehilangan
sahabatnya .
“
Hishh kau ni , cuba kau cakap dengan aku untuk apa dia cemburu ? Bukan dia
sendiri ke yang tinggalkan Adira . Dia yang pilih Mimi untuk diri dia .” jelas
Jeffri yakin .
“
Betul jugak cakap kau tu .” Fikri menggaru kepalanya yang tidak gatal .
Tanpa
mereka sedari , Fariz mendengar segala perbualan Fikri dan Jeffri . Hatinya
bagai dihempap batu yang besar kerana mendengar perbualan mereka . Benarlah
kata hatinya selama ini yang mengatakan Fikri sudah lama menyimpan perasaan
terhadap Adira .
Fariz
tidak mampu untuk memarahi atau berkecil hati dengan setiap perbualan Fikri dan
Jeffri . Mereka tidak mengerti dan mungkin tak akan mengerti mengapa Fariz
terpaksa memutuskan Adira dan membuat Adira benci kepadanya .
“
Ya Allah , Kau berikanlah aku kesabaran dalam menghadapi ujianMu yang begitu
berat ini . Sesungguhnya hanya Engkau yang tahu betapa aku menyayangi Adira .
Hanya dia bidadari hidupku .” rintih Fariz di dalam hati .
MIMI begitu ghairah menari dikelilingi
lelaki yang terlalu menginginkannya . Setelah penat , dia duduk di tepi sahabat
yang sentiasa menemaninya , Fina . Mimi
meneguk air syaitan dengan rakus sekali .
“
Mimi , aku peliklah dengan kau ni … punya ramai jantan keliling kau , kenapa
mesti Fariz yang kau pilih ? Nak kata hensem , memanglah hensem ,tapi hensem
lagi si Fikri . Apasal kau tak kebas je Fikri terus ?” ujar Fina .
“
Entahlah … kadang – kadang aku pun terfikir apa istimewanya Fariz , kau pun
tahukan , aku boleh dapat seribu orang lagi hensem dari dia .” balas Mimi penuh
bangga .
“
Fariz tu tak lah kaya mana yang kau nak bolot harta dia . Kau pun tahu kan yang
dia tu tinggal dengan nenek dia kat kampung .” kata Fina yang masih tidak puas
hati dengan jawapan Mimi .
“
Aku memang tak boleh jawab soalan kau tu , Fina . Tapi yang penting aku dah
dapat dia . Aku tak kisah dia kaya ke , kayap ke janji sekarang dia aku yang
punya .Tak menyesal aku perangkap dia dulu .” kata Mimi sambil ketawa .
Mimi
mengingatkan peristiwa bagaimana dia berjaya menjerat Fariz masuk ke
perangkapnya . Mimi begitu obses terhadap Fariz . Dia sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan Fariz walaupun
membunuh .
“
Yang kau ni , cakap je sayang kat Fariz tu , tapi aku tengok kau macam tak
ambil peduli pun pasal dia . Macam malam ni , kau sepatutnya ajak dia keluar ke
apa ke ? Ni kau boleh berseronok lagi dengan jantan lain ?” Fina mengeluh .
“
Walaupun Fariz milik aku , it doesn’t
mean that he can control my life okay . Tapi sekarang hidup Fariz dah tak
boleh bebas , hanya aku yang control hidup dia sekarang .” ujar Mimi .
“
Hemm , apa – apa je lah kau ni . Mimi aku nak cerita sikit ni.” Bisik Fina .
“
Apa dia ?” soal Mimi .
“
Semalam aku bawak Amy pergi berubat dekat satu kampung ni , then aku nampak
boyfriend Zanita . Airil kan boyfriend dia ?” bisik Fina kerana tidak mahu
orang lain mendengar perbualan mereka .
“
What ? Kau confirm ke itu Airil ? Apa yang dia buat dekat kampung tu ?” soal
Mimi untuk mendapatkan kepastian .
“
Ya , aku confirm tu Airil . Kan kau sendiri pernah tunjukkan Airil tu pada aku
. Takkan aku boleh lupa . Tapi…aku tak tahulah apa yang dia buat kat kampung tu
. Mungkin dia menyorok tak ? Kau jugak yang cakap yang dia hampir bunuh si
Fikri tu , beberapa minggu yang lalu .” ujar Fina yakin .
“
Ya tak ya , jugak kau ni kan . Hey , kau bagi aku alamat kampung tu ?” Mimi
sedang merancang sesuatu .
“
Kau nak buat apa pulak ni ? Macam – macam la kau ni …” bebel Fina seraya
mengeluarkan sekeping kertas untuk mencatat alamat kampung yang dimaksudkan .
“
Ada lah …Just wait and see .” Mimi tersenyum nakal .
“ AKU nak kau pastikan betul – betul
sama ada lelaki tu Airil ataupun bukan . Ini gambar dia . Kalau betul itu dia ,
aku akan bayar kau lagi .” ujar Mimi kepada seorang lelaki upahannya . Dia
mengaturkan satu pertemuan rahsia dengan lelaki yang dikenali sebagai Bob .
“
Baik Puan . Tapi…kenapa Puan nak bayar lagi ? Kan Puan cuma minta saya selidik
lelaki tersebut .” soal Bob yang masih tidak mengerti mengapa Mimi membayar
lebih kepadanya .
“
Kau tak payahlah banyak cakap … kau terima duit ni , kau buat kerja . Habis
cerita . Lagipun aku tak pernah bayar kau kurangkan . Aku selalu bagi kau lebih
sebab kerja kau tak pernah gagal . Dari mula aku suruh sampai sekarang . Kau
tak perlulah nak fikirkan pasal duit .” ujar Mimi .
“
Terima kasih Puan . Saya akan telefon Puan sebaik sahaja saya dapat pastikan
lelaki tersebut .” ucap Bob .
“
Tapi ingat . Jangan sampai lelaki ni sedar yang kau intip dia . Nanti aku
sendiri akan ke sana untuk jumpa dengan lelaki tu .” Mimi memberi amaran .
Bob
menuruti segala perintah Mimi . Sudah hampir tiga bulan dia bekerja dengan Mimi
. Bob senang berkhidmat dengan Mimi kerana Mimi sering memberikan bayaran yang
lumayan .
Bob
meninggalkan Mimi sendirian . Dirinya sedikit gerun melihat Mimi ketawa
sendirian .Seperti sesuatu yang besar sedang dirancang olehnya .
“
Aku akan pastikan yang kau takkan lepas dari tangan aku . Engkau satu – satunya
orang yang boleh tolong aku untuk porak – perandakan hubungan Adira dan yang
lain .” kata Mimi sendirian .
Dia
segera menghidupkan enjin Nissan Fairlady miliknya untuk pergi bertemu dengan
Fariz yang masih kuliah di universiti .
MATA Zariff meliar – liar mencari
Adira di segenap ruang Ice Room .
Kemudian dia mengecam satu susuk tubuh yang cantik mengenakan sehelai jeans
putih dan blouse berwarna coklat . Dia yakin itu Adira .
“
Lama ke tunggu ?” sapa Zariff sambil menarik kerusi yang berhadapan dengan
Adira .
“
Eh , tak adalah . Aku baru je sampai , tak sampai 20 minit pun .” jawab Adira .
Dia memanggil pelayan untuk memesan minuman buat Zariff .
“
So , apa yang kau boleh tolong aku ?” soal Zariff . Dia sudah tidak sabar
mengetahui strategi yang sedang
dirancang Adira .
“
Kau boleh relaks tak ? Dalam masa lima tahun kau tak balik , takkan dalam satu
jam pun tak boleh ? Aku tahu kau nakkan Zaima balik , tapi selama ini kau
pernah terfikir tak betapa menderitanya dia masa kau tinggal di Australia dulu
?” gertak Adira .
“
Aku tahu aku salah . Dan aku nak tebus semua kesalahan aku pada dia selama lima
tahun ni . Kau takkan faham kenapa aku tinggalkan dia . Untuk pengetahuan kau ,
sepanjang hayat aku nak bersama dengan dia je .” balas Zariff . Dia tahu tidak
ada seorang pun yang akan mengerti alasannya meninggalkan Zaima dulu .
“
Zariff , bawa bertenang . Aku sebenarnya saja je nak uji kau . Aku nak tengok
sejauh mana kesabaran kau dalam menempuh dugaan yang berat ni . Aku tahu kau
tak bersalah , dan aku tahu apa alasannya kau tinggalkan Zaima . Aku yakin
kalau kau ceritakan semua ni kepada dia , dia akan faham .” lantas Adira
menenangkan Zariff . Dia berasa amat kasihan kepada Zariff kerana terpaksa
menanggung masalah yang melibatkan keluarga dan Zaima .
Adira
menatap wajah Zariff penuh kasihan . Dia yakin Zariff dapat menempuhi segala
dugaan ini dengan sabar dan bertawakal kepada Allah .
“
Aku akan sentiasa bantu kau dalam apa jua keadaan sekalipun . Tapi satu je yang
aku nak kau ingat sampai bila – bila .” kata Adira lagi .
“
Apa dia ?” soal Zariff .
“
Kau kena sentiasa ingat ada Allah S.W.T yang selalu di samping kau . Allah
takkan membiarkan hambanya berada di dalam kesusahan , Zariff . Allah menguji
kau kerana Dia menyayangi kau sebagai hambanya . Aku nak kau sentiasa ingat tu
Zariff .” nasihat Adira . Kata – katanya begitu mendalam membuatkan Zariff bangkit untuk menempuh
dugaan ini .
“
InsyaAllah . Sekarang apa yang patut aku buat ?” Zariff kembali tersenyum .
“
Aku akan aturkan satu pertemuan yang tak diduga dengan Zaima . Dan ingat !
Jangan kau cuba – cuba nak larikan diri .Kau berdepan dengan dia , ceritakan
segala yang terjadi .” Adira merenung ke anak mata Zariff dan membuatkan Zariff
sedikit gerun dengan wajah Adira .
“
Lepas tu ?” soal Zariff yang sudah tidak sabar – sabar bertemu Zaima .
“
Hishh kau ni …. Kot iya pun sabarlah dulu . Belum tentu pertemuan pertama ni
akan berjaya . Kau jangan risau aku dah aturkan segalanya untuk kau dan Zaima .
Semua dah ada dalam poket aku la .” jawab Adira yakin .
Zariff
tersenyum melihat kesungguhan Adira membantunya . Zariff berbangga kerana dapat
berkawan dengan Adira . Dia mempelawa Adira untuk menikmati minuman yang telah
dipesan sebentar tadi .
No comments:
Post a Comment