Bab 8
“ Fariz , kamu ni , nenek tengok asyik termenung je … kamu ada
masalah ke ?” soal Mak Nah yang merisaukan cucunya yang semenjak tadi melayan
perasaan sambil merenung akuarium ikannya .
“
Tak ada apa lah nek , Fariz cuma terfikir dah lama sangat Fariz tak balik
kampung . Kesian nenekkan ?” Fariz cuba memberikan senyuman yang paling manis
buat neneknya untuk menyembunyikan perasaaan sebenarnya .
“
Mana boleh tak ada apa – apa . Nenek bukannya kenal kamu setahun dua , dari
kecil nenek dah faham benar dengan kamu tu . Kalau dah duduk termenung sorang –
sorang maknanya ada masalahlah tu .” ujar Mak Nah yang masih tidak mahu
mengalah .
“
Betullah nek , Riz tak ada apa – apa . Masalah apa je yang Fariz ada . Riz
duduk dekat akuarium nenek tu sebab dah lama tak tengok ikan nenek . Tu je .”
kata Fariz yang berusaha menyembunyikan masalahnya .
“
Sudah – sudahlah kamu nak tutup masalah kamu tu . Kamu ingat nenek ni apa nak
tipu – tipu . Nenek tengok kamu pun dah tahu lah . Ni mesti pasal Adira kan .”
Mak Nah merenung ke anak mata cucunya yang masih mahu menyembunyikan masalah .
“
Nek , Fariz naik dululah . Fariz nak rehat . Penat .” Fariz tidak mahu mengulas
lebih lanjut tentang soalan yang diajukan neneknya . Fariz tahu kalau dia
memang akan dapat menyimpan apa – apa dari neneknya .
Fariz
berlari naik ke tingkat atas ruang tamu rumahnya . Mak Nah hanya mampu
menggelengkan kepala . Dia tahu Fariz akan berusaha sedaya upaya untuk
menyembunyikan masalah daripadanya . Dari kecil Fariz tidak mahu menyusahkan
dirinya . Mak Nah sambung memasak untuk makan tengahari .
Ketika
Fariz naik ke atas dia terserempak dengan pakciknya , Azman yang menghempas
pintu rumah sewaktu masuk tadi . Azman memandang Fariz dengan penuh dendam .
Sejak Fariz kecil , Azman memang tidak menyukainya kerana Fariz sentiasa
menjadi penghalang untuk dia melakukan sesuatu .
Fariz
turut menatap wajah Azman yang sudah tidak terurus kerana setiap hari kerjanya
hanya berulang alik ke tempat perjudian dan minum arak . Tidak pernah sekalipun
Azman berniat untuk membuka hatinya agar mencari kerja untuk menyara ibunya
yang semakin dimamah usia .
Fariz
beredar masuk ke bilik kerana dia tidak tahan melihat sikap pakciknya yang
tidak pernah berubah . Fariz tidak mahu membuat kekecohan kerana dia baru
sahaja tiba di kampungnya malam tadi . Fariz sering juga berkecil hati kerana neneknya
tetap mahu menyara pakciknya walaupun sudah dipesan berkali – kali bahawa Azman
bukan lagi tanggungjawabnya .
“
Aku tahu dia ada duit , kalau tidak , tak mungkin budak tu balik sini .Mesti
dia ada bagi pada Mak …” Azman berkata sendirian . Niatnya untuk mengambil wang
ibunya yang telah diberi oleh Fariz untuk membayar hutang kepada kaki judi yang
lain .
ADIRA berniat untuk bertemu dengan
Fikri ditemani oleh Aleesya . Dia memasukkan makanan kegemaran Fikri ke dalam
bekas dengan sempurna .
“
Dira , cepatlah sikit . Dah pukul berapa dah ni , sayang hoi ! ” teriak Aleesya
yang sudah pun menunggu di luar pintu rumah mereka .
“
Sabarlah , aku dah nak siapkan ni .Kau ni tak sabar – sabar betullah .” omel
Adira dari dalam rumah .
Adira
segera menghidupkan enjin kereta dan menuju ke rumah Fikri . Dia tidak mengerti
akan dirinya yang terlalu gembira mahu bertemu dengan Fikri . Padahal , dia
sendiri yang menyepikan diri dari Fikri dek kerana ucapan Fikri yang sedikit
menggugat perasaanya .
“
Yang kau tersenyum sorang – sorang ni kenapa ? Menang loteri ke ?” sindir
Aleesya . Wajah Adira kelihatan begitu gembira .
“
Hish , sejak bila pulak aku main loteri ni ?” soal Adira dengan wajahnya yang
agak kaget .
“
Tak ada lah , bukan senang tau aku nak tengok kau senyum macam kambing macam
hari ni . Ni mesti sebab nak jumpa Fikri kan ? Padan jugak dengan muka kau
sebab Fikri merajuk dengan kau .” ujar Aleesya sambil melihat wajahnya ke
cermin kecil .
“
Entahlah , aku rasa susah hati bila Fikri tak bercakap dengan aku . Kau tahu je
lah kan , Fikri tak pernah berdiam diri dengan aku selama ni .” balas Adira .
Dia menumpukan pandangannya ke hadapan supaya pemanduannya tidak tersasar .
“
Aku rasa kau dah mula suka dengan Fikri lah .” Aleesya segera membuat
kesimpulan . Dia lega kerana perasaan sayang Adira terhadap Fariz mulai
berkurang .
Adira
membungkam . Dia sendiri tidak pasti perasaannya kini . Hatinya masih utuh
mencintai Fariz , tapi kebaikkan Fikri terhadapnya membuatkan Adira berbelah
bahagi . Adira tahu Fikri memang seorang yang baik dan ikhlas . Adira tidak
menyedari kalau dia sudah pun mulai suka kepada Fikri semenjak Fikri menolongnya
dari genggaman Airil .
“
Aku rasa tak salah kalau kau suka pada Fikri . Cuba kau dalami hati dia , mesti
kau nampak apa yang tersirat selama ni . Aku yakin Fikri takkan pernah
menyakiti hati kau macam yang Fariz lakukan .” tambah Aleesya .Dia yakin suatu
saat pasti Adira akan menyedari perasaannya terhadap Fikri .
Suasana
sepi seketika . Adira menumpukan pemanduannya dan Aleesya masih lagi membelek
wajahnya ke cermin kecil yang dibawa ke mana sahaja .
FIKRI membuka pintu rumahnya sebaik
sahaja mendengar ketukan pintu dari luar . Fikri terkejut kerana melihat Adira
sedang berdiri di hadapan pintu rumahnya . Dia hampir sahaja rebah tetapi digagahkan
juga untuk dirinya berdiri . Fikri benar – benar tidak menyangka kalau Adira
akan datang juga melawatnya kerana sudah lebih seminggu Adira tidak menghubungi
atau menanyakan khabar tentang dirinya .
“
Tak nak jemput kita orang masuk ke ? Kalau tak nak tak apa , kita orang balik
.” sindir Aleesya kerana sudah hampir
sepuluh minit mereka berdiri di luar rumah kerana Fikri tidak berhenti melihat
wajah Adira .
“
Sorry , sorry . Jemputlah masuk .” ujar Fikri .
“
Mana yang lain , takkan kau sorang je dekat rumah ?” soal Aleesya . Dia melihat
rumah Fikri kelihatan begitu sepi kerana tidak melihat kelibat Fariz dan Jeffri
. Jika tidak , pasti rumah itu riuh kerana senda tawa mereka .
“
Fariz balik kampung , biasalah dah tiga bulan tak jenguk nenek dia tu . Jeffri
ada kat atas , tengah mandi kut . Kau tahu je lah kan kalau orang bujang ni
duduk rumah mesti mandi lambat .” kata Fikri sambil mengemas sedikit majalah
maskulin dan sukan yang berselerak di atas meja .
“
Ooo,aku ingatkan dah lesap ke mana tadi . Kau tahu tak , aku sebenarnya sakit
hati tengok rumah korang bertiga ni . Harap je duduk rumah besar , tapi rumah
Ya rabbi . Dah macam tongkang pecah aku tengok .” bebel Aleesya . Dia tidak
tahan melihat rumah mereka yang agak berselerak kerana majalah bersepah – sepah
di atas meja dan sofa .
“
Hehe , kau faham je lah kan rumah bujang . Korang pun satu , kalau dulu tu
selalu sangat datang sini . Tapi kenapa sekarang ni dah jarang .” Fikri tidak
mengakui kesalahannya .
Aleesya
sudah penat melihat Adira yang hanya mendiamkan diri sebaik sahaja sampai di
rumah Fikri . Tadi bukan main lagi suka nak datang sini . Sekarang dia pulak
buat muka lima posen . Rungut Aleesya di dalam hati . Dia menyenggol bahu Adira
supaya rakannya itu berbicara dengan Fikri .
“
Korang , tunggu jap .Aku buatkan air .” pelawa Fikri .
“
Fikri , tak payah . Kau duduk je sini . Kau tu bukannya sihat lagi . Biar aku
buatkan air . Lagipun sekejap lagi boleh kita makan sama – sama . Ada baiknya
kau tolong Aleesya kemaskan rumah ni . Nanti Aleesya penat , kau jugak yang
kena jawab dengan Jeffri .” Langkah Fikri terhenti sebaik sahaja Adira
mempelawa dirinya untuk membancuh air . Fikri lega kerana Adira sudah tidak
lagi merajuk dengan dirinya .
Adira
bingkas bangun dari tempat duduknya dan menuju ke dapur . Dia tidak mahu berada
lebih lama di situ kerana masih janggal untuk berbicara dengan Fikri . Dia
takut kalau Fikri masih memarahinya kerana Fikri dari tadi hanya melayan
Aleesya .
JEFFRI yang mendengar keriuhan suara
Aleesya dan Fikri bergurau , segera turun ke bawah . Dia juga tidak mahu
melepaskan peluang untuk saat – saat seperti ini .
“
Ini apa riuh – riuh ni ?” soal Jeffri .
Aleesya
dan Fikri terkejut dengan kehadiran Jeffri . Mulut mereka terkunci rapat .
Mereka berdua memalingkan tubuh ke arah Jeffri yang masih berdiri di tangga .
“
Yang korang senyap ni kenapa ? Sampai hati korang tak ajak aku sekali . Aku pun
nak join jugak .” ujar Jeffri sambil menuruni anak tangga .
“
Tak adalah apa , aku dengan Aleesya cuma terkejut je kau tiba – tiba tegur kita
orang . Bukannya nak bagi salam .”
“
Assalamualaikum !” jawab Jeffri bernada tidak puas hati .
“
Aleesya , kau sambunglah mengemas dengan Mr.Perfect kau ni . Aku nak ke dapur
sekejap .” kata Fikri . Dia mahu bertentang mata dengan Adira yang masih lagi
membancuh air dan menyiapkan makanan tengahari .
Jeffri
dan Aleesya tersenyum mendengar kata – kata Fikri . Jeffri mengambil peluang
ini untuk meluangkan masa bersama
Aleesya yang dilihat lagi mempunyai masalah . Walaupun Aleesya menyimpan jauh
di sudut hati , Jeffri tetap dapat mengetahuinya kerana mata Aleesya tidak
dapat menipu Jeffri .
Fikri
melihat Adira dari pintu dapur yang lagi memasukkan makanan yang dibawanya tadi
ke dalam bekas .
“
Kau nak aku tolong ke ?” Fikri mendekati Adira .
“
Tak perlulah , aku rasa kau duduk je dekat depan . Lagipun dah nak siap ni .
Sekejap lagi kita makan .” ujar Adira . Nada suaranya diperlahankan kerana
masih gementar untuk berbicara dengan Fikri . Matanya fokus ke arah lauk Ayam
Masak Lemak Cili Api yang dituang ke dalam mangkuk .
“
Adira , aku nak kau abaikan apa yang kau dengar hari tu . Aku minta maaf sebab
terlalu lancang sangat bercakap sampai aku tak sedar siapa di hadapan aku masa
tu .” jelas Fikri . Dia memegang tangan Adira untuk memberhentikan aktivitinya
buat sementara.
Dia
menoleh muka Adira yang masih tunduk ke bawah ke arahnya . Adira terpaku dengan
tindakan Fikri . Dia tidak tahu mengapa dirinya tidak boleh memberikan respons
ke atas perbuatan Fikri .
“
Aku harap kau boleh lupakan perkara tu . Maksud aku hari tu , aku cuma nak kau
tahu yang aku nak kau sentiasa jadi sahabat aku sampai bila – bila kalau kau
tak boleh lebih dari itu .” tambah Fikri lagi . Tangan Adira masih tidak lepas
dari genggamannya .
Adira
kurang selesa dengan panahan mata Fikri ke arahnya . Kenapa aku rasa berdebar –
debar ni ? Adakah ini semua berkaitan dengan perasaan ? Soal hatinya . Adira
segera melepaskan tangannya . Adira tidak mahu dihasut oleh syaitan disekelilingnya
supaya melakukan kejahatan .
“
Ehemm , aku dah lupa pun pasal perkara tu . Kau janganlah risau , kau tak salah
apa pun . Sepatutnya aku yang minta maaf sebab aku terus balik hari itu . Aku
tak patut buat kau macam tu . Maafkan aku ya .” ujar Adira .
Fikri
mengangguk . Sebaiknya , biarlah dia
menyimpan segala perasaan yang terpendam kepada Adira kukuh di dalam hati .
Mungkin dia sudah tewas untuk memiliki Adira dan dia tahu sayang dan cinta
Adira terhadap Fariz yang masih menggunung sukar dilenyapkan .
Walau
apa pun , Fikri tidak akan membawa dirinya pergi jauh , kerana dia mahu Adira
sentiasa di sampingnya walaupun hati Adira bukan miliknya .
“
Mari sini aku tolong , kesian kau buat sorang – sorang .” Fikri segera mencapai
bekalan makanan di tangan Adira untuk dituang ke dalam mangkuk . Adira tidak
dapat menghalangnya .
Adira
menyedari bahawa dirinya telah memberi secebis rasa cinta dan sayang terhadap
Fikri . Tetapi Adira masih bingung akan pilihan hatinya . Masih mahu menagih
kasih dan cinta dari lelaki yang telah meninggalkannya , atau belajar menerima
seorang lelaki yang begitu setia menyayanginya ? Adira yakin Allah S.W.T akan
memberikan yang terbaik untuk dirinya
kelak .
Adira
tersenyum kepada Fikri kerana membantunya di dapur . Adira berasa tenang dan
selamat jika berada di samping Fikri . Adira amat berterima kasih kepada Fikri kerana
telah menyelamatkan dirinya ketika nyaris diperkosa oleh Airil .
MIMI memberikan bayaran selebihnya
yang telah dijanjikan kepada Bob . Tidak salah dia memilih Bob untuk
melaksanakan segala rancangannya berjaya . Mimi berpuas hati kerana Bob dapat
memastikan bahawa Airil memang berada di kampung seperti yang dikatakan
temannya Fina .
Bob
meninggalkan Mimi yang telah pun berada di Kampung Hulu Langat . Mimi berada di
hadapan rumah di mana Airil tinggal . Dia mengetuk pintu rumah Airil yang masih
ditutup walaupun tengahari sudah menjelang . Dia tidak sabar melihat reaksi
Airil apabila melihat kehadirannya .
Airil
membuka daun pintu dan melihat Mimi berada terpacak di hadapan rumahnya . Mimi
menahan pintu apabila Airil cepat – cepat mahu menutupnya .
“
Kenapa kau takut ? Aku cuma datang nak melawat kau je lah . Sampai hati kau tak
beritahu aku yang kau tinggal dekat tempat macam ni ya ?” Mimi masuk ke dalam rumah
tanpa segan silu . Airil agak terkejut kerana selama dia tinggal di sini ,
tiada seorang pun yang tahu keberadaannya termasuk keluarganya .
“Apa
yang kau nak ? Macam mana kau tahu aku tinggal di sini ? Jangan - jangan kau ni
bawak polis .” ujar Airil yang jelas ketakutan .
“
Relakslah , aku tak bodoh okey untuk bawa polis ke sini . Kau tak perlulah tahu
macam mana aku boleh tahu tempat persembunyian kau ni . Aku datang sini pun
sebab aku ada perkara yang dibincangkan .” jelas Mimi . Dia menguis – nguis
habuk yang ada pada tempat duduknya .
“
Apa dia ? Aku dan kau tak ada apa – apa yang perlu dibincangkan.” Soal Airil .
Perasaan gelisah menguasai dirinya .
“
Aku tak sangka yang orang macam kau ni sebenarnya takut polis . Tak ada lah
hebat sangatkan ? Hmm , let me straight
to the point . Aku perlukan kau dalam rancangan aku . Aku nak kita
bekerjasama , aku tahu yang kau memang tak sukakan Adira , am I right ? ” Mimi berterus terang . Dia ketawa melihat Airil yang
sedari tadi mundar – mandir di hadapannya .
“
Rancangan apa ? Apa yang aku akan dapat kalau aku bekerjasama dengan kau ?”
soal Airil yang mula meminati tawaran Mimi .
“
Kau akan dapat kepuasan . Dari dulu aku memang benci dengan Adira , dan aku
memang nak tengok dia hancur . Aku tahu orang macam kau pasti ligat berfikir
untuk hancurkan perempuan seperti Adira kan ? Itulah sebabnya aku nak kau
berkerjasama dengan aku .” kata Mimi . Jelas riak wajahnya menunjukkan
kebencian yang mendalam terhadap Adira .
Airil
lama berfikir . Mungkin benar apa yang dikatakan Mimi , dia akan berasa puas
jika melihat Adira hancur ditangannya .
“
Aku akan tunggu jawapan kau , Airil . One
more thing , kau sebenarnya dah tak perlu bersembunyi macam ni . Fikri dah
lama tarik balik dakwaan terhadap kau tu .” Mimi mahu beransur pulang
setelah hajatnya tercapai . Ketika dia
berjalan menuju ke pintu , Airil menahannya .
“
Aku setuju untuk bekerjasama dengan kau .” ujar Airil ringkas .
Mimi
yang mendengarnya tersenyum lebar , dari awal lagi dia sudah dapat menjangka
kalau Airil akan bekerjasama dengannya jua . Mimi memandang Airil yang juga
tersenyum . Dia yakin kalau rancangannya akan berjaya .
SELEPAS mereka semua selesai makan ,
Fikri membantu Adira begitu juga Jeffri dan Aleesya . Fikri dan Jeffri
kelihatan begitu selera , mungkin kerana sudah lama tidak merasai makanan yang
dimasak sendiri . Selama ini , jika lapar , Jeffri atau Fikri hanya akan
membeli makanan di restoran berdekatan atau membeli mi segera sahaja .
Jeffri
melihat Aleesya yang kelihatan sedikit penat duduk di buaian rumahnya . Jeffri
mendekati Aleesya . “ Boleh ke saya
duduk sebelah awak ?” soal Jeffri .
Aleesya
memandang wajah Jeffri dengan senyuman . “ Takkanlah tak boleh . Duduklah .”
balas Aleesya .
“
Kenapa ya , sejak akhir – akhir ni awak jarang telefon or mesej saya ? Kalau saya call
awak pun , macam tak nak layan je . Awak ada masalah ke ?” soal Jeffri .
Jeffri menunjukkan sikap prihatinnya terhadap Aleesya .
Aleesya
membungkam . Dia tidak pasti sama ada mahu menceritakan segalanya , atau lebih
baik hanya dia dan Adira sahaja yang tahu . Aleesya yakin Jeffri pasti akan
terluka apabila mendengar masalahnya . “ Hmm , saya tak ada apa – apa . Saya
minta maaf kalau saya jarang call awak .” ujar Aleesya cuba menyembunyikan
masalahnya .
“
Betul ke ni ? Atau awak ada sembunyikan sesuatu ?” soal Jeffri lagi . Dia masih
ragu – ragu dengan jawapan Aleesya .
“
Betul lah . Untuk apa saya sembunyikan masalah daripada awak ? Jeff , awak
sayangkan saya ?” Airmata Aleesya mulai bergenang di kelopak matanya ketika
memandang wajah Jeffri . Dia memang tidak sanggup untuk membohongi Jeffri ,
tetapi Aleesya tahu sikap Jeffri jika dia mendapat tahu tentang apa yang
terjadi kepada dirinya sekarang .
“
Hey , kenapa ni ? Tanpa awak tanya pun saya akan sentiasa menyayangi awak .
Saya janji yang saya hanya mencintai awak sampai bila – bila . Itu janji saya
.” ujar Jeffri penuh ikhlas .
Jeffri
mengesat air mata yang mengalir di pipi Aleesya . Dia tidak pasti apa yang
membuatkan Aleesya begitu sedih seperti ini . Jeffri amat yakin bahawa Aleesya
pasti lagi menyembunyikan satu masalah yang tidak patut dia tahu . Walau apa
pun masalah itu , Jeffri yakin Aleesya mempunyai seribu satu sebab mengapa dia
menyembunyikannya .
Kemesraan
Aleesya dan Jeffri disaksikan Adira yang bersandar di daun pintu . Dia melihat
Jeffri dan Aleesya begitu manis jika bersama – sama . Adira membayangkan mereka
berdua seperti dirinya dan Fariz .
“
Kau teringin nak macam tu lagi ke ?” sapa Fikri dari belakang . Dia
memerhatikan Adira yang dari tadi termenung sendirian .
“
Kalaulah itu semua boleh terjadi . Tapi aku tahu sampai bila – bila pun aku
akan sentiasa begini .” rintih Adira . Sikap romantik dan kasih sayang yang
diberikan oleh Fariz masih tidak mampu dibuang , dan mungkin akan terpahat di
dalam hati buat selamanya .
Adira
tidak mahu mengingati memori pahitnya lagi . Dia mengesat air matanya yang
mengalir supaya Fikri tidak menyedari kalau dia menangis . Ketika dia mahu
masuk ke dalam , Fikri memaut tangannya dengan erat .Belum pernah Fikri
seberani ini .
“
Kalau kau izinkan aku untuk ulangi semula apa yang Fariz lakukan , aku janji
takkan buat kau bersedih .” ungkap Fikri . Fikri yakin dengan jawapannya.
Adira
tidak memberi sebarang jawapan . Adira tidak menyangka kalau Fikri sanggup
berterus terang kepadanya walaupun Fikri tahu bahawa dirinya masih belum bisa
melupakan Fariz .
No comments:
Post a Comment